بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Monday 29 April 2013

Janjiku Capati.

Hari ni aku merenung diri aku yang sentiasa dalam resah diatas perilaku yang tidak disenangi oleh para malaikat yang bertugas. Setiap kali aku mula bangun dari tidur, sememangnya aku berharap agar mendapat rahmat dari-Nya. Petunjuk jalan yang lurus. Aku tahu dosa aku terlalu banyak. Dan aku sedar itu. Taubat yang aku kerjakan hanyalah untuk mengurangkan ketakutan aku kepada Allah. Namun selepas itu aku kembali kepada kejahilan. Bukankah ini melampaui batas?? ye! amat zalim aku terhadap diri ini. Aku sering kali menaburkan janji-janji manis kepada sesiapa yang berurusan dengan aku. Tapi janji aku sukar untuk ditepati. Dari sekolah menengah lagi, tabiat janji-janji ini aku amalkan. Tahu lah, janji yang diingkari adalah dosa. Janji aku pada Allah nak bertaubat. Tetap aku ingkari, seolah-olah aku ini tidak mengerti akan azab Allah yang amat pedih. Wahai pembaca entri ini. adalah baik sekiranya kita sama-sama saling mendoakan agar kita diampuni oleh Allah s.w.t. yer...
Jangan berjanji jika tidak mampu untuk dilaksanakan.
namun janji itu penting agar orang lain meyakini kita.
Janjiku Capati, lepas ni Janjiku Ditepati..

Thursday 25 April 2013

Sayidina Abu Bakar as-Siddiq Ingat 6 Perkara

gambar hiasan

Sayidina Abu Bakar as-Siddiq pernah berpesan berpesan, katanya:
Siapa yang meninggal dunia tanpa membawa bekalan sama seperti orang yang berlayar di tengah lautan tanpa berperahu.
Ada lima perkara kegelapan dan penerangannya juga ada lima iaitu:
    *Cinta dunia itu adalah kegelapan dan penerangannya ialah Takwa.
    *Dosa itu adalah kegelapan dan penerangannya ialah Taubat.
    *Akhirat itu adalah kegelapan, penerangannya ialah amal soleh.
    *Kubur itu adalah kegelapan, penerangannya adalah kalimah syahadah.
    *Titian sirat itu adalah kegelapan, penerangannya ialah yakin.

Sumber: Majalah "IMAN" bil no:14 muka surat 48.


UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)


        Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, dalam bahasa Inggeris dipanggil United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR: adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.
UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.
       Satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
Membantah pertubuhan Malayan Union; dan
Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Za'aba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Dato Onn mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi "Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Disebabkan cadangan itu ditentang, Dato Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951. Dato Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951

Parti Islam Se-Malaysia


Parti Islam Se-Malaysia adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Dengan tidak menafikan bahawa semangat perjuangan yang berteraskan kepada Islam di negara ini telahpun wujud semenjak tahun 1906 lagi, yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha) yang berpusat di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang, PAS yang muncul pada tahun 1951 adalah atas kesedaran masyarakat Melayu (pada waktu itu) untuk melihat Agama Islam dapat ditegak dan didaulatkan di negara ini.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UMNO. Didokongi oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. Pun begitu setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UMNO untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). PAS adalah diantara parti pengasas BN. Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. Pun begitu, krisis dalaman PAS telah membawa kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
PAS telah mengambil masa yang lama untuk menyusun semula perjuangan mereka. Ketika Tuan Guru Yusuf Rawa mengambil alih teraju PAS pada 1982, PAS telah menjenamakan semula parti tersebut dibawah slogan "Kepimpinan Ulama".
Kini PAS adalah sebahagian dari sebuah perikatan yang namakan sebagai Pakatan Rakyat, bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Tindakan Rakyat (DAP). Pencapaian PAS pada Pilihanraya Umum 2008 adalah diantara yang terbaik. Selain dari mengekalkan penguasaan PAS di Kelantan dengan majoriti yang besar, PAS turut membentuk kerajaan di Kedah dan Perak (diantara 2008-2009). PAS juga adalah sebagai dari kerajaan di Selangor dan Terengganu.

Wednesday 24 April 2013

Blackberry Massenger Pin



saja aku nak share BBM contact.. berminat invite la mereka.. :-)




PIN:29F630E3- MIRA
PIN:2A38949B-MIRSYA
PIN:2A6AD45B-MISS NISA
PIN:22A1957A- NOOR AMIRAH
PIN:238AB9ED-NURUL
PIN:229344DF - Hero Padini
PIN:270CE9E5 - Erul K'xeron
PIN:23B0B689 - Amer Milo
PIN:23AA4E70 - Sam Wilson's
PIN:2807F845 - Amran Vvip's
PIN:2708925C - Apit Vvip's
PIN:21519949 - Ayed Vvip's
PIN:233AF92A - Azri Daniel
PIN:21B8EB3F - Syiera Llyod
PIN:2755C466 - Mera Nabila
PIN:21ECAEB8 - Paan Nino
PIN:25C6DF46 - AiOpie Wolves
PIN:2862D7A0 - Syura Saufee
PIN:2954C55A - Esya Llyod
PIN:216E3CC6 - Ijji Wolves
PIN:2685D948 - Hairi Kinda
PIN:29F7CEC9 - @AmeeraRly
PIN:2A6C89BC - Bo boo Vvip's
PIN:28BD44F9 - Blast
PIN:29D31EB9 - @AraaEyraa
PIN:29C3B6D9 - Puteri Swaggie
PIN:22867C98 - Bie Kepengg
PIN:2279F99F - Farouk Hayley's
PIN:28CD6784 - AnysWolves
PIN:29D32B12 - @RaraFertibeetty
PIN:26E5822D - IzwanZayn
PIN:26DA3DEB - @harith_raviera
PIN:2A72B831 - Hxrris Chxkia (Vansslayy'x)
PIN:2A899757 - Araa Wolves
PIN:28C0785E - Heroin Swagger
PIN:218F685E - Hero Wolves
PIN:2173822D - Danny Vvip's (Hero La'Viece)
PIN:210E607A - Heroin Wolver
PIN:283C39A4 - Ehh Iwan
PIN:26DC8724 - BabyyAdele
PIN:225EC422 - HafizJerome
PIN:25D0C717 - Nicky Ryan
PIN:2726753B - Ohh Amoy
PIN:29FA2F36 - Aiman Vansslayy's
PIN:2839044D - Ameer Apollo
PIN:2736CD51 - TeddyWolves
PIN:2A6CE4AD - MiaaWolves
PIN:29D31C87 - Adib Omar
PIN:28EF3B15 - AyeesyahWolves
PIN:22E8804E - ejjaat
PIN:2345781F - Sha
PIN:29FA2F36 - Aiman Fadzly
PIN:2363B276 - @SchaKikin
PIN:2A6C8710 - @eykaamalya
PIN:2A351F2D - Shalye O'Conner

Syaitan Vs Malaikat ikut tahap Iman


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh­? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah­..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh­ !

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan­ lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.


Cinta ikut taraf ilmu.


     Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid..Satu hari budak itu melamar gadis itu. Kemudian gadis itu berkata, "Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar..

     Macam mana saya nak terima awak? Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak? Saya tidak akan
menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ... Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. " Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah. 10 tahun kemudian.

          Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz. Gadis itu berkata, "Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin. Adakah awak tahu siapa suami saya? Suami saya adalah lepasan Al Azhar Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. " Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

        Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu. "Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana." Kemudian dia berkata kepada isteri beliau, "Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana..Kalaulah tanpa tuan...Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu. Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin. Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?

*** Moral dari cerita ini...Hidup tidak begitu singkat. Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain. Situasi boleh berubah dengan masa. Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya...Jangan menyesal di kemudian hari..jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah..semoga menjadi iktibar kepada kita semua***


Sumber: https://www.facebook.com/groups/CintaAllahCintaAbadi/

Kaabah Pernah Rosak.

Sejarah Kaabah sangat panjang. Ada laporan menyebut Kaabah wujud sebelum Nabi Adam a.s. , asas-asasnya pula dibangunkan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s.. Sepanjang sejarahnya yang panjang itu , sudah pastilah bangunan Kaabah mengalami kerosakan. Antaranya:
TERBAKAR. Kaabah pernah terbakar  dan mengalami kerosakan teruk pada tahun 64 Hijrah 684 Masihi. Pada waktu pendudukan Abdullah bin Zubair itu, Makkah dikepung oleh pasukan Yazid. Dalam pertembungan itu, sebilah mata panah yang berapi menyebabkan kaabah terbakar dan rosak terus. HajarulAswad  retakmenjadi tiga bahagian.
        Setelah berakhir pertempuran, Abdullah bin Zubair memperbaiki Kaabah, bangunannya ditinggikan dan dipanjangkan. Beliau juga menutup kaabah dengan kain hitam.
        Kaabah juga pernah rosak kerana banjir besar pada tahun 1030 Masihi. Dalam kejadian itu, sebahagian lampu dan dinding-dinding kaabah turut hanyut. Sultan Murad telah memerintah supaya ia diperbaiki dan sekali gus diperluaskan.
dipetik dan diubahsuaikan daripada majalah "IMAN" 2013.

Pesan Imam Hassan al-Basri

"Sesungguhnya aku menasihati kamu, bukan bermakna aku yag terbaik di kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melakukan kesalahan. Seandainya seorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka tidak ramailah orang yang memberi peringatan."
gambar hiasan

Monday 22 April 2013

Ulama' ada kata tentang ilmu tiga jengkal


Petikan dari kata2 ulama' = ilmu itu tiga jengkal :

- barangsiapa yang masuk jengkal yang pertama,akan sombong
- barangsiapa yang masuk jengkal yang kedua,akan merendah diri
- barangsiapa yang masuk jengkal yang ketiga,akan tahu bahawa dirinya tidak tahu apapun "

# kebanyakkan kita para penuntut yang suka bergaduh,mengatakan orang lain tidak mengaji,tidak alim,merasakan kitalah yang paling tahu,kitalah yang paling alim...maka tahulah,kita baru di tahap pertama..

Sunday 21 April 2013

Unic Liner terbakar depan DPP Petro?


Cerita tentang kejadian ni dah lama, saja aku nak berkongsi. Kejadian ni berlaku pada 7 Januari 2010. Satu semester sebelum aku masuk UUM. Aku masuk UUM pada bulan Julai 2010, sebab pengambilan kemasukan Universiti pada tahun 2010 adalah bulan Julai. Cerita kebakaran yang berlaku di hadapan bustop DPP Petro tu bukanlah bas Unik Liner tapi bas milik HBR Group of Companies . Tapi pada masa tu bas Unik Liner memang da beroperasi. Potongan kisah benar adalah seperti ni .Sebuah bas milik HBR Group of  Companies itu  terbakar selepas sahaja menurunkan sebahagian penumpang di kawasan sekitarnya.

Sepasukan Bomba dan Penyelamat dari Bukit Kayu Hitam telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api yang merebak ke seluruh bas.

Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat Bukit kayu Hitam, Eshak Ayob Ali, pihak kami telah menerima laporan pada pukul 8.30 malam dan kami telah bergegas ke tempat kejadian selepas 15 minit kemudian dan api berjaya di kawal sepenuhnya pada pukul 9.05 malam.

Menurutnya lagi, “kebakaran ini mungkin berpunca daripada masalah pendawaian di bahagian enjin bas lalu menyebabkan kebakaran secara perlahan-lahan sehingga merebak keseluruh bahagian bas dan kini siasatan masih dijalankan”.

Sementara itu, menurut Pegawai Unit Keselamatan UUM , Ku Abdul Rahman berkata, pihaknya terus bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan dari salah seorang pelajar dan berusaha mengawal keadaan sekitar tempat kejadian.

Menurut salah seorang penumpang bus yang hanya mahu dikenali sebagai Nik berkata, pada mulanya bas itu berbau asap dan apabila pemandu membuka bahagian enjin bersebelahan tempat pemandu, asap mula kelihatan keluar dari bas dan pemandu mengarahkan penumpang segera turun daripada bas.

“Kesemua penumpang yang berjumlah kira-kira 6 orang segera turun menyelamatkan diri dan api kemudiannya marak dan merebak dari bahagian tengah bas dan seterusnya ke bahagian atas bumbung”, katanya lagi.

Menurut salah seorang mahasiswa yang berada di tempat kejadian, Kang Kett Shing,21, beliau berasa terkejut apabila melihat sendiri kebakaran itu berlaku dan beliau berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan kerana bas adalah menjadi pengangkutan utama mahasiswa UUM untuk keluar.


Sumber: Mohd Hafiz Jamil- Pelajar Universiti Utara Malaysia 2010

Tiket Bas Balik Mengundi UUM ke Selatan Sempena PRU-13

"Campus Liner"

::Keselesaan Anda Keutamaan Kami::


tarikh bertolak: 29 April 2013
Masa: 5.30PM (Perak)
          9.00PM (Kelantan-Johor-Selangor)
Laluan A : Bustop TNB
Laluan B : Bustop Sime Darby
Laluan C : Bustop YAB
Laluan D : Kachi Mall




Kelantan (2 way)
UUM-JELI-TANAH MERAH- PASIR MAS- KOTA BHARU>>>45

Perak

UUM – BOTA >>> 35
UUM – KUALA KANGSAR >>> 30
UUM – IPOH >>> 32
UUM – TELUK INTAN >>> 40
UUM – MANJUNG >>> 35
UUM – SEBERANG PERAK >>> 40

Johor


UUM – LARKIN >>> 73
UUM – BATU PAHAT >>> 66
UUM – MUAR >>> 63

Selangor


UUM – SABAK BERNAM >>> 46
UUM –KUALA SELANGOR >>> 49


SMS NAMA, NO MATRIK DPP DAN DESTINASI


ALI – 0137951462/0124867943( JOHOR )
HALIM PENYU-0136319976 (JOHOR)
AZHARI – 0136474691( DIMANA SHJ )(MELAKA)
FAROQ – 0132054574 ( PERAK & KELANTAN)
AKHMAL – 01116550131 (PERAK & KELANTAN)
AMIN-0135686182 (SELANGOR)






Aku dahaga pujian orang

Assalamualaikum kepada pembaca blog aku.

    Entry saya kali ini adalah cerita tentang seronoknya mendapat pujian dari manusia. Banyak manusia yang mempunyai penyakit mengharapkan pujian dari manusia.Saudara saudari, sememangnya kita adalah insan biasa yang selalu tidak perasan dengan apa yang kita buat itu kadang-kadang mendatangkan kemarahan Allah. Cerita tentang pujian, setiap amal baik kita sering dipuji oleh orang awam. Bahaya der... Baik-baik niat kita buat sesuatu amal itu ikhlas untuk Allah, tetapi sering mendapat pujian menjadikan kita buat sesuatu amal hanya untuk mendapat pujian dari orang ramai. Dari sini lah lahirnya penyakit takbur, ujub dan riak.
         Mungkin saudara saudari mengetahui tiga perkataan itu. Saudara saudari, saya mengingatkankan saudara saudari dan juga diri saya sendiri supaya berjaga-jaga dengan hati dan niat. Mahukan popular sanggup kerja keras, rajin dan sebagainya demi mendapat pujian dari manusia.. Adakah amal kita diterima? Wallahualam. 
        Akibat terlalu mengharapkan pujian sesama manusia. Diceritakan daripada Hamid bin Abdul Rahman bin Auf bahawa suatu hari Marwan berkata kepada penjaga pintunya, " Wahai Rafi', pergilah berjumpa dengan Ibnu Abas dan tanyakan tentang ayat ini: "Jika setiap orang yang berbangga dengan perbuatannya dan mengharapkan pujian orang lain atas perbuatannya itu, maka nanti mereka akan disiksa".
       Pergilah Marwan bertemu dengan Ibn Abbas. Dipertemuan itu, berkatalah Ibn Abbas, " Kamu ingin tahu tentang ayat itu? ayat sebenarnya berbunyi bergini 9maksudnya) : "JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENYANGKA BAHAWA ORANG YANG BERGEMBIRA DENGAN APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN, DAN MEREKA PULA SUKA DIPUJI DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN. JANGAN ENGKAU MENYANGKA MEREKA AKAN TERSELAMAT DARIPADA SIKSA, DAN MEREKA AKAN BEROLEH AZAB YANG PEDIH". (Surah Ali 'Imran 3; 188)
    Ibn Abbas bertanya pula, " Kamu ingin tahu bagaimana dan sebab ayat itu diturunkan? Marwan senyap mendengar.
     Bergini: Suatu masa dan ketika Rasulullah s.a.w. bertanya kepada ahli kitab tentang sesuatu, tetapi mereka memberi tahu tentang sesuatu yang lain. Lalu, dengan mengharapkan pujian, mereka memperlihatkan kepada setiap orang bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w. dan berbangga pula kerana berjaya menyembunyikan sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan mereka tidak tahu akan seksaan yang pedih menanti mereka diakhirat kelak." -Riwayat al-Bukhari dan  Muslim.
Wallahuaklam...  

Saturday 20 April 2013

Hebatnya Bumi Ciptaan Allah s.w.t.

gambar hiasan

Entry bertajuk hebatnya bumi ciptaan Allah s.w.t. , aku mengumpulkan beberapa hadis tentang kelebihan Nabi kita tentang tempat untuk bersujud kepada Allah s.w.t.
antaranya:

Dari Abu Said al-Hudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali perkuburan dan kamar mandi".
(Hadis Sahih Ibnu Majah dan Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila iQamah sudah dikumandangkan, maka sama sekali tiada solat kecuali solat wajib".
(Hadis Riwayat Muslim, Al-Tirmizi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Daripada Jabir r.a. , Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Hadis Abu Zar r.a katanya: 
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidilharam. Aku bertanya lagi: Setelah itu, masjid mana pula? Baginda menjawab: Masjidilaqsa. Seterusnya aku bertanya: Berapa lamakah beza waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Walau pun begitu, di mana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang, dirikanlah sembahyang kerana di situ juga merupakan masjid.
(Hadis Sahih riwayat Imam Muslim)


Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.
(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim: Hadis no.810)


Jadi, seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali tempat perkuburan, tempat-tempat bernajis dan sebagainya. Sila tinggalkan teguran kepada saya jika saya silap.
Terima kasih.



Sudah Buang Baru Nikmat


Gambar hiasan

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang.Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut.

Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa

yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang.

Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.


Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum.

Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir.Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya.

Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan.

Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat.

Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar anda pun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.

Seminggu tidak selera makan benda keras, tapi kalau x buang lagi la siksa.. tersumbat lubang dengan sisa makanan... errrr..

I love Pusat Kesihatan Pelajar UUM.

Friday 19 April 2013

ADAKAH HAIWAN LEBIH BERJEMAAH BERBANDING KITA?

 Berjemaah menuju satu arah.

    Burung migrasi tidak pernah bermusafir jauh bersendirian. mereka akan ber migrasi secara berjemaah. Bukan sekadar beramai-ramai bahkan bergitu berorganisasi sekali. Mereka akan terbang dalam formasi "V".

    Formasi itu bukan sekadar pertunjukan udara. Saintis mendapati bahawa dengan formasi itu, penerbangan menjadi lebih berkesan dengan mengurangkan rintangan angin dan menambahkan daya apung sesama mereka. Bergitu aerodinamik sekali. Hasilnya, burung-burung tersebut boleh terbang sejauh 71% lebih jauh berbanding terbang secara solo.
     Bergitulah seharusnya kita. Maka apabila kita menuju kepada suatu matlamat itu secara berjemaah, segala yang sukar menjadi mudah.

Sehebat jemaah semut.


   Semua orang tahu bahawa semut hidup berjemaah. Namun perkara yang paling menarik ialah semut-semut bekerja tanpa seliaan. Semut bukan setakat tahu tugas masing-masing, malah melaksanakan amanah tanpa dipaksa.
     Untuk membina sarang di atas dahan, semut-semut akan memaut daun-daun yang berdekatan sehingga bercantum lalu menjadi bulatan. Pautan sehelai daun akan dijayakan oleh beberapa ekor semut. Sebaik sahaja seekor semut berjaya mendapatkan hujung daun tersebut, maka yang lain menariknya. Apabila daun-daun mula bersentuhan, maka beberapa ekor semut menggenggamnya. Lalu terhasilah sebuah sarang buat teduhan bersama.
    Bergitulah sepatutnya kita. Nikmat hidup berjemaah dirasai apabila semua warga amanah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Thursday 18 April 2013

Ikhlas dalam persahabatan



Manusia sentiasa memerlukan persahabatan bagi sesuatu tempat untuk dijadikan teman. Tidak kiralah persahabatan antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan. Diantara dua konsep persahabatan ini, saya menyimpulkan bahawa persahabatan yang ikhlas lebih terdapat pada hati perempuan. Berdasarkan pengalaman saya dari bangku sekolah rendah lagi, bersahabat dengan perempuan lebih disenangi berbanding bersahabat dengan lelaki. Sememangnya persahabatan dengan keikhlasan adalah penting bagi kedua-dua belah pihak untuk merapatkan ukhwah. Mengapa saya berkata sedemikian adalah berdasarkan pengalaman saya hidup dengan bersahabatkan perempuan dan lelaki. Namun sehingga kini tiada persahabatan yang kekal melauinkan sedikit sahaja.
      Perempuan mempunyai nilai yang tinggi terhadap hatinya yang sentiasa ikhlas berkawan. Tidak memandang paras rupa sahabatnya melainkan keselesaannya untuk berkawan. Maksud keselesaannya adalah serasi dengan apa yang dimaksudkan kawan iaitu saling memahami. Perempuan dari konsep sahabat ia sentiasa memiliki sikap "ambil berat" terhadap kawannya meskipun kawannya telah mempunyai kekasih. Ucapan yang sentiasa diberi sedap didengar dengan kata-kata semangat. Perempuan lebih memahami sahabatnya berbanding lelaki. Namun jika dilihat seluruh sahabat, semuanya mengharapkan keikhlasan dalam persahabatan.

    Kita dapat perlu mengikuti cara pergaulan persahabatan yang diberkati oleh Allah dengan menghayati kisah benar para sahabat Nabi yang mencerminkan keikhlasan, kepimpinan, persaudaraan, dan sebagainya.

Cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

sememangnya cuti seperti ini perlu diperkenalkan dan dilaksanakan setiap negara bagi mengurangkan masalah indivuidu stress dalam kehidupan. Kesan putus cinta juga akan menyebabkan sesebuah pekerjaan atau pelajaran akan terganggu sekaligus akan berlakunya pengurangan pengeluaran produk dalam sesebuah organisasi. Hal ini sedemikian, para pekerja yang putus cinta terhadap pasangannya akan mengalami tekanan jiwa yang menyebabkan mereka tidak bersemangat dalam apa-apa bidang pekerjaan, bahkan untuk selera makan nye pon aka berkurangan. Bagi orang islam , kita diberi pelbagai ilmu islam untuk mengatasi masalah putus cinta iaitu bersabar, banyakkan berzikir, berdoa untuk ketenangan jiwa dan sebagainya. Yang ditakuti kebanyakan manusia yang tidak dapat mengawal perasaan akan membuat tindakan yang tidak waras seperti bunuh diri, berkelakuan tidak siuman, akan bersendirian tanpa menghiraukan kesihatan diri sendiri.

Ditulis oleh Aku bercerita.
berdasarkan keratan akbar bertajuk cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

Posisi tidur Rasulullah S.A.W

gambar hiasan
`Abu Qatadah meriwayatkan: "jika Rasulullah s.a.w hendak tidur pada waktu malam, Baginda akan baring menghadap ke kanan. Jika Baginda hendak tidursebentar sebelum subuh, Baginda akan menegakkan lengan dan meletakkan kepala di atas telapak tangan. "
(Riwayat al-Tirmizi, Muslim, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan al-Hakim)

*dipetik daripada Syama'il Muhammad S.A.W.:
peribadi Muhammad, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Tuesday 16 April 2013

Apa ada dalam kaabah?? buku SOLUSI isu54 April 2013

cerita ini aku ambil dari buku SOLUSI isu 54 April 2013 halaman 33.
Apa ada di dalam kaabah?

Soalan ini pernah ditanya kepada para masyaikh. Kebiasaannya mereka akan menjawab dengan jawapan yang mudah dan ringkas: "tiada apa-apa di dalam kaabah kecuali tiga batang tiang yang menongkat bumbung kaabah."
Fatwa bernombor 9016 oleh Markaz Fatwa bagi laman Islamweb.net menjelaskan bahawa sebahagian individu yang boleh dipercayai (thiqah) telah diberi peluang masuk ke dalam kaabah. Menurut mereka tiada apa-apa yang tinggal di dalamnya kecuali beberapa buah kerusi dan sebuah meja. Bahagian di dalam kaabah  dipenuhi dengan batu marmar.
Sejarah tiang kaabah bermula sewaktu orang Quraisy membina kaabah. Mereka telah menutupnya dengan atap dan disokong oleh enam batang tiang sebanyak dua baris. setiap baris mempunyai tiga batang tiang. Kemudian ketika pembinaan semula kaabah oleh ibnu Zubair beliau telah menjadikan hanya tiga batang tiang yang menongkat kaabah dan atapnya. Jarak antara setiap batang tiang adalah 2.35 meter. Di sebelah kanan pintu kaabah disediakan tangga untuk naik kebahagian atap kaabah. (Dr.Abdul Basit Abdul Rahman)

untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa ada di dalam kaabah sila klik http://www.islah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=86:apa-ada-di-dalam-kaabah-&catid=36:pendidikan .

Pelik bukan??


Jika orang Yahudi ditanya:"siapakah generasi kamu yang terbaik?
mereka menjawab: "sahabat Musa!

Jika orang Nasrani ditanya: "Siapakah generasi kamu yang terbaik?"
mereka menjawab: "sahabat Isa"

PELIKNYA jika orang Syiah ditanya: "Siapakah generasi kamu paling Jelik?"
mereka menjawab: "sahabat Muhammad".


salinan daripada SOLUSI isu 54 /April 2013 halaman 102.

Monday 15 April 2013

Koleksi Status Facebook Pilihan 1




Sahabat Ku ...
Awali hari dengan bismillah.
Sambut hari dengan semangat beribadah.
Syukuri nikmat hari ini dengan hamdalah.
Buat harta menjadi berkah dengan sedekah.
Tetapilah bahagia meski hati sedang gundah.
Ubah-lah dunia menjadi indah dengan senyum merona diwajah.
Tetaplah menata diri dengan mengamalkan Al-Qur`an & Sunnah..
^__^
dipetik daripada status http://www.facebook.com/toushiro.y.hitsugaya


Air mata slalu mnetes sa'at qta patah hati
tpi coba lah air mata qta jatuhkan buat brdkat dngan nya,
 n mnyadari btapa bnyk nya dosa qta slama ni

dipetik daripada statushttp://www.facebook.com/yhuda.chie

Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang. Tapi, ketika CINTA itu TULUS, meskipun kalah, kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia..dapat mencintai seseorang..LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri..

dipetik daripada status http://www.facebook.com/kusut.deehtitik



ade masa kita plu menags agar kita thu dunia ni bkan untk ktwa! ada masa kita plu ktwa agar kta thu btpa nilainya stitis air mata,
ada masa kita plu seorg teman agar kita x ksunyian, dan ada masa kesnyian membuat kita x kan pnah lupa btape bnilainya seorg teman.

dipetik daripada status http://www.facebook.com/kusut.deehtitik



(») 10 Perkara Yang Sia-Sia, Jauhilah! (♥)

(1) ilmu yang tidak diamalkan,
(2) amal yang tidak ikhlas,
(3) harta yang tidak disedekahkan,
(4) hati yang kosong,
(5) badan yang malas,
(6) cinta yang bertepuk sebelah tangan,
(7) waktu yang dilewatkan,
(8) memikirkan sesuatu yang tidak ada manfaatnya,
(9) berkhidmat untuk sesuatu yang tidak mendekatkan dirimu pada Allah,
(10) takut terhadap sesuatu yang tidak bisa memberi mudharat dan manfaat kepadamu.

dipetik daripada status http://www.facebook.com/didikudilboy

jng pernh mengnal keraguan krena kraguan akn merebut kemenangan kita menuju kebahagiaan..


dipetik daripada status http://www.facebook.com/lala.buziest




♥ TENTANG KEHIDUPAN ♥
♥ Hidup ini bukanlah untuk
bersenang-senang bermegah-
megahan mengisi kesenangan
♥ Hidup ini bukanlah tentang
apakah kita memiliki banyak nya
teman atau kesendirian.
♥ Hidup ini bukanlah tentang di
terima atau di tolak di dalam
lingkungan.
♥ Semua ini bukan menjadi
keutamaan karena hidup yang
sedemikian hanya mengisi
kekosongan dari dimensi ruang
dan waktu kehidupan.
♥ Hidup adalah tentang kecintaan
dan kesakitan.
♥ Hidup adalah tentang
penghinaan dan penghargaan.
♥ Hidup adalah tentang
mengatasi rasa tidak di
perdulikan dan membina
kekuatan.
♥ Hidup adalah tentang
kepercayaan kebahagiaan dan
belas kasihan.
♥ Hidup adalah kepercayaan
tentang jujurnya hubungan
sesama insan dan tulusnya
kecintaan kepada Tuhan.

Persahabatan kita seperti sebuah berlian, meski tidak besar namun sangat berharga dan perlu dijaga

dipetik daripada status : http://www.facebook.com/yie.ee.5

Manusia yang ego yg hanya memenangkan egonya akan menyesal di kemudian hari jika dye xmampu tuk mgubah hidupnya sendiri.

dipetik daripada status: http://www.facebook.com/yie.ee.5


kekal dlm neraka:
org munafik(termasuk tukar hukum agama), org kafir(termasuk ajaran sesat), org yg drhaka kpd ibu bapa, org yg syirik(termasuk pengamal ilmu sihir), & org yg bunuh diri...
~kekal mean... example: mse tetap kedepan dan xleh d undur...
dipetik daripada status : http://www.facebook.com/joe.nero.10



Dunia ibarat pentas lakonan
Manusia adlah pelakon dan pengarahnya utama
Al Quran dn As Sunnah itulah skripnya
Islam itu jalan ceritanya
Kiamat itulah pengakhiran pengambaran
Padang mashyar adlah tmpat penganugerahannya
Rasullulah adalah penerima anugerah terbaik
Allah adalah hakimnya
SYURGA atau NERAKA itulah trofinya..
dipetik daripada status : http://www.facebook.com/evangeline.angel



Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.
dipetik daripada status : http://www.facebook.com/azmar.man






Sunday 14 April 2013

Kisah Wanita Penzina dan Pembunuh berjumpa Nabi Musa a.s


Alhamdulillah, halaman kali ini aku kongsikan sebuah cerita mengenai perempuan yang berzina lalu bunuh anak luar nikahnya berjumpa nabi Musa a.s..
Gambar Hiasan


            Pada suatu petang yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam. Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

         Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.” Jawab wanita cantik. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” Desak Nabi Musa.

        Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, “Saya… telah berzina”. Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun…lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… mati,” ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!”… teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

           Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

           Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?” “Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa yang kian keliru. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina”.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa solat itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Wallahualam..
rujukan: *i love islam
             *tanyalah ustaz
             *Islam itu indah

Friday 12 April 2013

tentang Kita sebenarnya...

Kata-kata mutiara ni aku copy dari seorang kawan melalui blackberry messenger..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


••► Kita sebenarnya lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat

••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji

••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi

••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid

••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama

••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka

••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah

••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan

••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

» » TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt?? Fikir-fikirkan la ツ

Perkara kurang baik yang selalu terlintas dalam diri..



Buat renungan bersama...
Bacalah sekejap wahai para sahabatku.
Pernah x kita rasa cmni??

1.)Bila kita duduk dlm masjid,nak cepat je kuar,rasa x aman,rasa x senang,xsempat nak berdoa,xsempat nak berzikir,xsmpt nak ddk dlm mjlis ilmu..dgn ringan kaki kita melangkah kluar msjid tanpa ada rasa brsalah..

2.)Bila org tegus /nasihat kta,kta xboleh terima,alasannya hdup lg lama dr yg mmberi nasihat,alasannya dia budak baru, alasannya jawatan aku lg tggi & lbih malang lg alasannya aku lebih bnyk ilmu.

3.)Bila tgok shbt/saudara kita brjya/snang/bhgia,kt rasa marah,dengki,xpuas hati,tmbul rsa nak khianat,brmasam mka bila brjumpa,xtegur sapa. Hati pnuh ngan benci.

4.)Bila kt wat maksiat,lmbt solat,xsolat lgsung,xpuasa,ddah aurat,hina org sekeliling yg mskin & xbrpendidikn,sja wat dosa kering dgn mngumpat. Khianati adk beradik,mak ayah,saudara mara & org lain,xhormat mahluk lain,perlekeh hukum agama,tp hati kita x rasa apa2 lgsung.

5.)Bila rasa mcmni,prcayalah shbt2 kita dah jauh dari Allah,hati kita dan dikotori dgn karat dosa yg kita wat,ht kt da mula mngeras & gelap shbt2. Kita prlu mula semula utk lembutkn & bersihkn  dgn lgkah taubat,muhasabah,zikir & hampirkn diri dgn Allah & mnyesal lah dgn prbuatan yg lalu.

Jom share tp syaitan kata jgn share sbb xpenting langsung!!!!!
Dipetik daripada blackberry messeger status. 
www.alieCopypaste@bbm.com

Thursday 11 April 2013

"Jangan Bersedih"



KepadaNya aku bertawakal.

Diantara perkara terpenting yang harus dilakukan oleh seseorang hamba agar memperoleh kebahagiaan adalah menyandarkan diri kepada Tuhan, tawakkalnya, dan merasa cukup dengan perlindungan, penjagaan, dan pengawasanNya atas dirinya.
.......apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah). (Maryam:65)
Sesungguhnya perlindunganku ialah Allah yang telah menurunkan al-Kitab(al-Quran) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh. (Al-A’raf:196)
Ketahuilah bahawa wali-wali Allah itu tidak ada ketakutan bagi mereka dan mereka tidak pernah bersedih hati. (Yunus:62)
Setiap apa yang telah kita usahakan, maka wajibnya untuk kita bertawakal kepada Allah agar setiap usaha kita diredhaiNya.
*Dipetik dari buku La Tahzan “Jangan bersedih” dan diubahsuaikan oleh “Aku bercerita”.

Tuesday 9 April 2013

Malaikat Yang Masuk Kubur sebelum Mungkar dan Nakir.



Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam, masuklah seorang malaikat kepada mayat sebelum mungkar dan nakir masuk. Mukanya bersinar seperti matahari, namanya ialah Rumman. Ia masuk menemui mayatlalu duduk dan berkata kepada mayat: “Tulislah apa yang telah kamu perbuat dari kebaikan da kejelekan”. Mayat menjawab : “Dengan apakah aku menulis, mana pulpenku, tintaku dan tempat tintaku?”. Sahut malaikat: “Ludahmu sebagai tintamu dan pulpenmuadalah jarimu”. Mayat berkata: Di atas apakah aku menulis padahal aku tidak mempunyai buku.....?” Dalam sabda nabi: “Dan malaikat itu memotong kain kafannya mayat dan sesobek kafan diberikan kepada mayat sambil berkata: “Inilah bukumu! Maka tulislah!’’. Kemudian mayat itu menulis apa yang telah dilakukan di dunia dari suatu kebaikan. Dan jika sampai pada kejelekan ia merasa malu untuk menuliskan. Berkatalah malaikat : “Wahai orang yang salah, kenapa kamu tidak malu terhadap Zat yang menciptakan kamu (Tuhanmu) sewaktu kamu melakukan perbuatan di dunia, dan sekarang kamu merasa malu terhadap saya?”.
Malaikat seketika mengangkat tonggak pemukul dan memukulnya, maka berkatalah seorang hamba itu: “ Angkatlah dari saya sehingga saya menulisnya”. Maka ia menulis seluruh kebaikan dan kejelekannya, lalu malaikat memerintahkan untuk melipat dan mengecapnya. Mayat berkata: “Dengan apa aku mengecap padahal aku tidak mempunyai cap (setempel)”. Sahut malaikat: “Kamu cap dengan kukumu”. Lalu ia memberikan cap dengan kukunya dan mengalungkan pada lehernya sampai hari kiamat.
Sebagaimana Allah awt. Berfirman yang bermaksud:
“Dan tiap-tiap manusia itu telah kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya dengan terbuka”. (Surah Al-Isra’ ayat: 13)
Setelah itu lalu masuklah Mungkar dan Nakir seperti itu juga, dan jika melihat ahli maksiat dalam bukunya pada hari kiamat maka sewaktu Allah memerintahkan kepadanya untuk membaca, ia Cuma membaca kebaikan-kebaikannya. Dan jika sampai pada kejelekkannya ia diam. Maka Allah berkata: “mengapa tidak kamu membaca?”. Ia menjawab: “aku malu kepada-Mu.” Allah berkata lagi: “Mengapa kamu tidak malu di dunia, dan sekarang kamu malu kepada-Ku?”. Akhirnya seorang hamba itu meraasa menyesal, namun sesal kemudian tidak berguna.
Kemudian Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:
“peganglah dia lalu berlengulah tangannya dilehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api Neraka yang menyala-nyala”. (QS.Al-Haaqqah ayat: 30-31).

(dipetik dan diubahsuaikan daripada buku Alam Barzah)
(dikongsi oleh Aku bercerita)

Wednesday 3 April 2013

Makanan kegemaran Rasulullah S.A.W



Ini adalah serba sedikit makanan yang digemari oleh Nabi kita. Semoga ianya menjadi sunah dalam kehidupan seharian kita. Insya-Allah

1.) Barli- Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2.) Kurma- Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tiada ada makanan.
3.) Buah Tin- Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4.) Anggur- Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5.) Madu- Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6.) Tembikai(segaa jenis)- Nabi berkata perempuan mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakan dan wajahnya.
7.) Susu- Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8.) Cendawan- Baik untuk mata, perancang keluarga.
9.) Minyak Zaitun- Rawatan kulit dan rambut. <elambatkan penuaan, merawat radang perut.
10.) Delima- Membersihkan tubuh dari syaitan selama 40 hari.
11.) Air- minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Allah dan Nabinya lebih mengetahui tentang hal ini.. ;-)

Video Gitar dan Nyanyian Blok D

video ini adalah asli dan tidak mendapat kebenaran penyanyi untuk dikongsikan dalam youtube. jadi anda boleh menyaksikan disini sahaja...
maaf kalau tak sedap didengar.

Tuesday 2 April 2013

Kala Malam Bulan Mengambang


Tatkala malam menjelma, dengan keindahan bulan penuh yang mengambang, aku lepak keseorangan diri melihat langit yang dihiasi oleh keindahan bulan dan bintang. Di situ aku dapat menikmati mata yang sempurna melihat kekuasaan Allah. Dalam pada itu, aku merenung diri akan apa yang telah aku lakukan kepada Tuhan. Bermulanya aku lahir dengan beragama islam sehingga sekarang. Apakah aku sudah memenuhi apa yang Tuhan mahukan. Menjadi manusia tidak semudah apa yang aku sangka. Tatkala aku diseru dengan seruan azan, kadangkala hatiku terpaut, dan kadang kala hati ku berpaling tanpa rasa bersalah. Apakah tahap keimanan aku telah jauh atau hilang.

Pertanyaan Nabi Kepada Iblis (soalan ke-6 dan ke-7)

6.) "Jika umatku membaca al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab iblis:
Jika mereka membaca al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala urat ku lalu aku lari daripadanya.

7.)"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu??"

Jawab iblis:
Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islam.

Ini adalah potongan daripada 20 pertanyaan Rasulullah kepada Iblis.
Allah telah memerintahkan seorang malaikat menemui iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberi tahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi  Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka malaikat itu pun berjumpa iblis dan berkata;
     "Hai Iblis! bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasulullah. Hendaklah engkau buka segala rahsiamu dan apapun yang ditanya rasulullah. Hendaklah engkau menjawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta dengan satu perkataanpun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta diseksa dengan azab yang amat keras."

Mendengar ucapan Malaikat yang dasyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih sepuluh helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga tiga kali tidak juga dijawab oleh Rasuullah. Maka sambut ibis (alaihi laknat), Ya Rasulullah! mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?''

Maka jawab nabi saw dengan marah;
  "Hai Aduwullah (seteru Allah)! kepadaku engkau menunjukan kebaikanmu? janganlah engkau mencuba menipuku sebagaimana kau menipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Kisah Nabi Daud a.s dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan gitu juga beberapa Anbiya' dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

  "Hai iblis ! sebenarnya islam itu sangat mulia disisi Allah, cuma salam mu sahaja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemui ku?''

Maka berkatalah Iblis;
   "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenali ku. Kedatangan ku adalah perintah Allah untuk memberi tahu segala tipu daya ku terhadap umatmu dari zaman Adam a.s hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tidaklah aku berani menyembunyikannya."

Maka iblis pun bersumpah dengan nama Allah dan berkata;

   "Ya Rasulullah! sekiranya aku berdusta sepatah pun nescaya hancur leburlah badan ku menjadi abu".

Apabila mendengar sumpah iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.


Wallahualam.
#sumber dari buku bertajuk ''IBLIS yang sombong Soal Jawab Bersama Rasulullah saw"
nama penulis buku Halim majid al-Otmani.

tentang keburukan orang lain.


keburukan orang lain kebaikan diri sndiri mudah je nampak.. tapi keburukan diri sendiri kebaikan orang lain susah je nak nampak...

~peringtan tuk diri, pndanglah kebaikan orang lihat lah kekurangan diri dan perbaiki lah~
dipetik daripada status facebook http://www.facebook.com/zedy91


Pertanyaan Nabi kepada iblis (soalan ke-5)

''Hai Iblis! Jika umat ku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:
 Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemahlah tulang sendiku. Maka aku akan kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggooda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, waswas, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang kepada pekerjaan dunia yang ditinggalnya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya- matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang bersembahyang itu supaya tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.


wallaualam..


gambar hiasan.