بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday 30 May 2013

Cerita Pendek Permintaan terakhir dari seorang isteri.


Isteri: Abg, JEMPUT sy mlm ni boleh? (◦ˆ⌣ˆ◦)
Suami: Knp nk berjemput pula. Selalunyakan awk naik
BAS kan??

Isteri: Sy ada "SUPRISE" utk abg. Sy tunggu abg dkt bus

stop dpn office ok?

Suami: Sy byk kerja. MENYUSAHkan betul. Lg 45 minit

baru sy sampai! (Suami terus matikan telefon) (︺︹︺)
2JAM kemudian, suami sampai, lihat isterinya TIADA di
tempat yg dijanjikn. Tanpa fikir pjg, dia terus PULANG.
Setibanya di rumah, dia melihat ramai org di rumahnya.
Ibu mertuanya terus melulu ke arahnya.

“Kau PERGI mana ha?!? Isteri kau diROGOL & diBUNUH!

Dia minta kau jemput dia. Tp keMATIan yg
menjemputnya!”

Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia

membuka telefon bimbitnya. Terdpt 3 SMS drpd isterinya.

9:55- Abg LAMBAT lg ke?

10.05- Sy sebenarnya nak buat kejutan ULANG TAHUN
PERKAHWINAN kita . . . ◕ ‿ ◕
10:15- Ada org PERHATIkan sy abg . . . Sy TAKUT . . .

Suami MENANGIS semahu-mahunya. MENYESAL sbb

mengABAIkn isterinya. Dia TERKILAN tidak menjemput
CEPAT isterinya. Kini dia hanya boleh berHARAP dpt
menjemput isterinya menjadi BIDADARInya di SYURGA
kelak. (╥﹏╥)

# HARGAI lah sesiapa pun yg ada dlm hidup anda selagi

dia msh ada

Wednesday 29 May 2013

15 TANDA KEMATIAN MULIA (video)





Sekadar renungan..
Wallahualam
Semoga kita tergolong dalam golongan orang yang yang mendapat Petunjuk..

Sunday 26 May 2013

ILMU BUDI BAKTI (karangan 2500 patah perkataan)


Kegelapan menjadi terang apabila disinari cahaya. Seperti kegelapan malam bertukar menjadi terang dengan sinaran matahari yang sungguh cerah. Bergitu juga kehidupan, kejahilan boleh bertukar kepada keilmuan dengan cahaya petunjuk sesuatu sumber yang benar. Manusia sering kali tertanya-tanya ilmu yang ada akan ke mana. Adakah tanpa menuntut ilmu, kejahilan menjadi teman dalam diri selama-lamanya. Semenjak manusia dikeluarkan dari alam kandungan ibu ke alam nyata bumi ini satu ilmu pun tiada di fikiran.Permulaan otak mula beroperasi menerima input pembelajaran yang formal. Permulaan ilmu apabila otak mula mengembang sementara fikiran semakin meluas. Ibu merupakan seorang insan yang bergelar guru yang pertama setelah kita dilahirkan. Permulaan yang amat memeningkan, mengenali satu persatu nama objek-objek di sekeliling membuatkan kita merasakan bertapa ceteknya ilmu yang dikuasai. Hanya pandai senyum, ketawa, nangis dan sebagainya tanpa apa-apa makna. Ibulah yang mengajar sebutan “ibu”,”ayah”, “nenek” dan sebagainya. Lidah terbelit apabila cuba menyebutkannya. Itu lah manusia yang baru dilahirkan. Tiada pengetahuan bahkan tidak pandai berkata-kata. Kegembiraan dapat dilihat di kejernihan wajah ibu dengan terukirnya sebuah senyuman lebar apabila anaknya mula pandai menyebut sesuatu. Walaupun sebutan tidak jelas, tertapi itulah satu ilmu permulaan.

           Peningkatan pencarian ilmu baru dalam kehidupan mula diingikan oleh kita untuk menjumpainya. Ibu dan ayah merupakan tulang belakang kita untuk menimba ilmu pengetahuan. Ibu dan ayah juga pernah berkata “ilmu itu penting untuk menjamin masa depan yang baik”. Apa yang kita faham, ilmu itu terbahagi kepada dua cabang besar. Antara keduaanya itu adalah ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Fardhu pula membawa maksud asas yang diwajibkan untuk mencarinya. Ilmu fardhu ain adalah satu cabang ilmu yang wajib dituntut oleh setiap manusia. Perbezaan agama menyebabkan ilmu fardhu ain ini hanya digunakan oleh insan atau umat Muhammad s.a.w.. Ilmu fardhu kifayah pula adalah satu cabang ilmu untuk menjamin kehidupan di dunia. Cabang ilmu ini adalah luas seperti ilmu perniagaan, ilmu pertahanan, ilmu kepimpinan dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini pula diamalkan oleh ahli-ahli falsafah terkenal yang cuba mendalami ilmu tersebut dan kemudiannya cuba untuk menyebarkan kepada orang lain. Ilmuan islam yang terkemuka dunia seperti Ibnu Sina yang terkenal dengan ilmu perubatan manakala Ibnu Khaldun yang terkenal dengan ilmu matematiknya yang sehingga kini merupakan asas kepada ilmu yang disebarkan. Oleh itu, kedua-dua cabang ilmu ini perlu distabilkan dalam kehidupan agar kita mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

            Bertapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa ilmu kita ini sememangnya tidak akan maju. Ilmu membawa maksud pengetahuan tentang sesuatu perkara. Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan kita perlu lalui proses mengenal yang diperoleh melalui pengalaman hidup bermulanya lahir sehingga kini. Dalam setiap kehidupan kita, sering kali mendapat perhatian penuh terhadap ilmu. Ada orang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mahu untuk mencari atau menimba ilmu maka ia adalah dari golongan yang tidak mahu mencari kebenaran. Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa untuk mencari sesuatu kebenaran terhadap apa-apa yang berlaku disekeliling kita diperlukan oleh kita terhadap satu fakta yang boleh dirujuk. Fakta-fakta ini akan menjadi penguat kepada kita agar setiap kesalahan dapat ditutupi dengan kebenaran.
 
          Penambahan pengetahuan terhadap konsep ilmu ini, kita boleh lihat ciri-ciri yang dikatakan ianya adalah ilmu. Antara ciri ilmu tersebut ialah boleh dipertuturkan. Ilmu sememangnya berbeza dengan perasaan dan pengalaman. Sebagai contohnya, pengalaman diri sukar untuk kita pertuturkan melalui bahasa. Berbeza dengan ilmu, setiap sesuatu yang dipertuturkan dalam bahasa ia dikategorikan sebagai ilmu. Contoh lain, seseorang yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara yang telah ia lalui itu adalah pengalaman. Bermulanya pengalaman ini semestinya seseorang itu akan berusaha untuk mencari makna sesuatu perkara yang telah dilalui. Ini dipanggil pengetahuan terhadap sesuatu perkara dan ini juga merupakan ilmu. Selain itu, ciri ilmu juga dapat kita lihat bahawa setiap ilmu harus mempunyai nilai kebenaran. Setiap sesuatu yang bergelar ilmu seharusnya dianggap benar. Sekiranya kita tidak memiliki ilmu, sesuatu perkara itu adalah tergelincir dari kebenaran asal. Hal ini sedemikian kerana, ilmu adalah penyuluh jiwa. Setiap kejahatan akan tewas dengan kebaikan yang berpaksikan ilmu yang bermanfaat. Ilmu sememangnya berharga terhadap seseorang. Ada juga berpendapat bahawa perkara tahyul, santau, pembuatan minyak dagu dan sebagainya juga dikategorikan ilmu. Kita boleh menerima penyataan ini. Tetapi boleh disimpulkan bahawa ilmu yang digunakan untuk kejahatan adalah terlarang dan ianya disebut ilmu hitam. Ilmu ini sememangnya tidak mendatangkan kebaikan kepada seseorang kerana kelak akan menyakitkan atau menyusahkan diri yang menuntut ilmu tersebut. Bagi orang islam, ilmu sejenis ini adalah terlarang keras, dan ianya dianggap melanggar syarak. Sesiapa yang menuntut ilmu tersebut perlu diingatkan supaya segera bertaubat kepada Tuhan. 

               Selain itu, bagaimana dengan situasi orang yang menuntut ilmu yang baik atau menuntut ilmu bukan ilmu hitam yang melakukan jenayah? Sebenarnya untuk persoalan ini, kita harus lihat bahawa seseorang yang mempunyai ilmu wajib untuk mengamaikannya. Dengan amalan ilmu yang dituntut, ianya akan menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa pertahanan fikiran agar tidak melakukan perkara yang sedemikian. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mengamalkannya unpama perpatah arab yang berbunyi “ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah”. Untuk lebih jelas lagi, seseorang menanam anak pokok rambutan, setelah tiga tahun dibajai dan dijaga dengan baik pokok itu tidak mendatangkan hasil buah-buahan yang diharapkan oleh penanam. Sama ertinya dengan seseorang yang bertahun-tahun menuntut sesuatu ilmu, tiba-tiba ilmunya itu hanya sekadar difikiran tetapi tidak mengamalkannya. Ini menggambarkan bahawa ilmu yang dituntut tanpa membuat amal atau menyebarkan ilmu tersebut kepada orang lain maka ianya adalah sia-sia balaka.

           Selain itu, ciri sesuatu perkara boleh dikatakan ilmu ialah dengan merujuk kepada sifatnya yang objektif. Hal ini sedemikian kerana, ilmu tidak boleh diubah mengikut keinginan seseorang. Dengan merujuk kepada dunia hari ini yang sangat maju dengan penggunaan teknologi maklumat yang luas kita dapat lihat bahawa permbaharuan objek yang sedia ada kepada yang lebih baru adalah berbeza dengan objek yang dimaksudkan ilmu. Sebagai contohnya, nama sesuatu objek yang diberikan oleh ilmuan terdahulu seperti pen sememangnya tidak boleh ditukarkan atau diubah namanya dengan nama lain mengikut kesukaan seseorang. Oleh itu, setiap ilmu yang kita timba dari seseoarang yang bergelar guru dan sebagainya tidak boleh diperbaharui sesuka hati melainkan ianya diperbaharui dengan contoh atau fakta yang benar dan diterima oleh orang lain.

             Setelah kita mengetahui tetang ciri-ciri ilmu, maka kita juga perlu mengetahui tentang kepentingan ilmu itu sendiri terhadap politik, ekonomi dan sosial. Dalam politik, sesebuah negara itu akan meningkat maju dengan keaamanan masyarakat sekiranya politik yang terdapat dalam negara tersebut adalah stabil. Untuk menstabilkan politik, setiap ahli politik seharusnya mempunyai ilmu yang tinggi. Ini kita dapat lihat bahawa kestabilan politik di negara kita menyebabkan negara menjadi aman dan damai. Perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang pentadbiran negara mampu menjaga keamanan dan kestabilan politik. Bergitu juga dengan ekonomi dan sosial. Ilmu amat diperlukan untuk memastikan kesemua bidang adalah benar.

          Setelah ilmu diperoleh, maka seseorang itu perlu untuk berbudi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satukelompok manusia. Amalan mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Budi bahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku,perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan oranglain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Ini bermakna, sekiranya kita telah berjaya memiliki ilmu yang dituntut, maka seharuusnya kita memiliki budi yang baik. Konsep budi yang amat luas, namun kita dapat melihat bahawa untuk berbudi perlunya ada ilmu. Ilmu ini yang membentuk kita untuk berbudi. Kebiasaan kita mendengar “orang berbudi kita berbahasa”. Kita juga dapat lihat para ilmuan dunia yang kaya dengan ilmu akan secara langsungnya menyediakan pelbagai kebajikan seperti penyebaran ilmunya secara meluas. Para ustaz yang berjaya menguasai ilmu agama yang tinggi juga sentiasa menyediakan atau membantu masyarakat dalam bentuk penubuhan sekolah pondok dan sebagainya.

             Selain itu juga budi seseorang dapat dilihat dengan nilai kata hati dimana manusia sentiasa melihat budi seseorang. Senang kata budi ini merujuk kepada jasa seseorang. Bdi akan menjadi ingatan kepada seseorang untuk dihargai. Dalam pada itu, kita tidak boleh mengungkit budi yang telah kita lakukan kepada sesiapa pun. Menggunakan bahasa-bahasa yang baik terhadap sesiapa sahaja juga merupakan budi yang mencermikan bahawa kita adalah seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Budi sememangnya baik da budi ini terhasil daripada ilmu yang diruntut. Perpatah Orang Arab ada menyatakan bahawa “Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang rendang tidak berbuah”. Oleh itu, kita yang memiliki ilmu atau yang telah menuntut ilmu seberaapa banyak sekali pun jika tidak diamalkan ilmu itu pasti tidak membawa apa-apa faedah pun pada diri kita.

            Disamping itu juga, budi lebih kepada bahasa. Tutur kata yang baik, halus dan sebagainya. Budi ini mencerminkan akhlak kita. Akhlak ketika bertutur dengan orang lain umpamanya bertutur dengan ibu bapa kita, guru-guru kita, majikan kita, kawan-kawan kita dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang kesat yang dikeluarkan oleh kita sememangnya menunjukan diri kita bahawa ilmu yang kita perolehi adalah amat sedikit.  Jika dilihat zaman-zaman nenek moyang kita, atau lebih dikenali dengan zaman klasik, mereka akan bertutur menggunakan bahasa ibunda, atau bahasa halus. Mereka juga sering kali menggunakan pantun sebagai bahasa pertuturan. Pantun yang sangat kretif dengan bahasa yang mendalam membuatkan orang lain memahami dan menganggap ianya teguran yang berilmu. 

           Masalah yang timbul pada masa kini adalah akhlak remaja. Akhlak ketika mereka bertutur dengan orang yang lebih tua dari mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat. Segelintir pelajar ini, yang menunjukan bahawa ilmu pengetahuan tentang pertuturan adalah lemah. Mereka akan dianggap kurang hajar oleh masyarakat. Mereka ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Sebenarnya perbentukan akhlak yang merupakan budi seseorang adalah bermula dari ibu bapa. Ibu bapa adalah pihak yang perlu mengambil perhatian yang penuh terhadap anak-anak mereka dengan memberikan ilmu pengetahuan tentang  adab pertuturan. Ini lah yang menggambarkan budi seseorang. Jika kita melihat kepada slogan atau moto sesebuah pusat pengajian seperti sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya mengenengahkan perkataan budi ini sebgai satu prinsip dalam sistem mereka. Ini lah yang menjadi pegangan dimana mereka yang merupakan pihak berkepentingan dalam pendidikan ingin menjadikan para dapat dilahirkan dengan budi bahasa yang tinggi.

              Oleh itu, budi sememangnya penting dalam hidup kita seharian. Untuk memperoleh budi yang baik perlulah mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Jika dilihat ilmu dan budi berkait langsung dalam diri kita. Hal ini sedemikian kerana, setiap pertuturan kita ini adalah menggambarkan diri kita. Jika kita ke luar negara, pertama penting yang mesti kita lakukan adalah menjaga pertuturan kita. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita yang ingin ke tempat lain, khusunya ke negara-negara jiran untuk bercuti dan sebagainya semestinya membawa nilai budi masyarakat kita. Jika kita menunjukan budi pekerti atau budi bahasa yang baik dan sopan , maka mereka akan menganggap bahawa keseluruhan penduduk di negara kita adalah masyarakat yang sopan. Jika kita menunjukan budi bahasa yang buruk maka anggapan mereka terhadap masyarakat negara kita adalah buruk. Ini secara tidak langsungnya mengaibkan negara dengan anggapan negara ini yang mempunyai budi yang tidak baik. Jadi, kita seharusnya sentiasa menggunakan pertuturan yang baik ketika berada di mana-mana sahaja demi menjaga maruah pelbagai pihak.

             Selain budi, ilmu juga berkait rapat dengan bakti. Apa yang dimaksudkan dengan bakti? Adakah bakti itu perlu dilaksanakan setelah memiliki ilmu? Bakti merujuk kepada sesuatu yang mendatangkan perkhidmatan yang umum. Sebenarnya bakti membawa konsep yang luas. Kita sering kali mendengar perkataan ini tidak kita dima jua kita berada, sama ada di pusat pengajian tinggi, pusat beli-belah, dan sebagainya. Pelbagai program-program yang dianjurkan oleh kerajaan dan sebagainya seperti program anak angkat, prograk bakti siswa dan sebagainya merupan satu contoh amalan yang boleh dikatakan ianya adalah bakti. Dalam masjid juga kita sering mendengar perkataan ini, yang biasa disebut-sebut oleh imam masjid jemaah-jemaah masjid dan sebagainya. Bergitu juga dalam buku-buku. Kita seringkali membaca perkataan bakti dimana-mana majalah, buku-buku ilmu dan sebagainya. Kita juga sering menggunakan perkataan bakti pada bila-bila masa.

             Bakti juga boleh dilihat secara nyata dan tidak nyata. Bakti kepada kedua ibu bapa boleh dilihat dengan dua cara. Pertama, bakti dengan mendoakan ibu bapa agar dia selamat dunia akhirat. Ini merupakan cara berbakti secara tidak nyata. Kadang-kadang dengan cara ini tidak dilihat oleh sesiapa pun melainkan Tuhan. Jadi, kita yang sentiasa mendoakan ibu bapa keselamatan, kegembiraan dan sebagainyaa adalah satu budi yang amat baik. Kedua, bakti dengan cara nyata dimana kita sebagai seorang anak wajib menjaga kebajikan ibu bapa sama ada ketika mereka sihat atau pun tidak. Kita perlu menjaga mereka, menyayangi mereka dan sebagainya. Menyediakan keselesaan mereka, memelihara kesihatan dan sebagainya juga merupakan cara berbakti kepada ibu bapa. 

             Jika tiada ilmu atau tidak memanfaatkan ilmu yang ada, pasti kita tidak dapat berbuat sedemikian. Hal ini dapat dilihat dimana masyarakat yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Mereka seolah-olah tidak mempunyai ilmu tentang besarnya pahala sekiranya seseorang anak yang berbakti kepada ibu bapa mereka. Alangkah indahnya bakti itu disulami dengan ilmu yang bermanfaat. Menjaga ibubapa dengan memperdengarkan oleh mereka bacaan ayat suci al-Quran dan sebagaunya. Kita seharusnya memiliki rasa sayang dan cinta kepada kedua ibu bapa agak kita sentiasa berbakti kepada mereka dengan berusaha menggembirakan hati mereka. Selain itu, terhadap tuhan juga kita perlu berbakti. Berbakti atau secara umumnya berkhidmat, kita perlu berkhidmat kepada Tuhan yang menciptakan kita. Tanpa ilmu kita tidak mampu berkhidmat kepada Tuhan. Amalan baik yang kita buat terhadap Tuhan merupakan bakti kita kepada Tuhan. Ilmu-ilmu tentangnya perlulah ada. Ilmu solat, ilmu membaca al-Quran dan sebagainya perlu sedia dituntut sebelumnya datang kematian pada diri kita.Selain itu, bakti yang kita boleh lihat, umumnya di sebuah intitusi pengajian tinggi awam, Universiti Utara Malaysia yang menggunakan slogan ilmu, budi dan bakti. Dalam pada itu, IPT ini ingin melahirkan para pelajar yang berilmu dan akan melahirkan sifat bakti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Kita sememangnya mampu memberikan pelbagai bakti kepada masyarakat dengan adanya ilmu yang bermanfaat. Dari ilmu inilah datangnya amal kebajikan.

         Seseorang yang telah tamat menuntut ilmu bagi sesebuah intitusi, mereka secara langsungnya akan berfikir tentang apa yang masyarakat dapat dari ilmu yang dituntutnya. Dari sini juga, mereka akan menggunakan ilmu untuk melahirkan satu aktiviti atau satu organisasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagai contohnya seorang mahasiswa dari jurusan pentadbiran perniagaan telah menamatkan pendidikan ijazahnya. Dia mencuba membuka satu perniagaan dengan mengamalkan prisip perniagaan yang dituntut. Pada mulanya adalah kecil-kecilan. Setelah meningkat maju, perniagaannya mula membuka sebuah kilang yang agak besar. Dengan adanya kilang itu, maka dia memerlukan tenaga kerja yang mencukupi. Dia pon membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat untuk bekerja dengannya. Ini menunjukan bahawa mahasiswa ini telah berjaya menghidupkan nilai ilmu budi dan bakti dalam dirinya. Secara tidak langsung dia telah berbakti kepada masyarakat dan kepada negara dengan membantu mengurangkan masalah pengangguran.

           Sebagai kesimpulan, ilmu, budi dan bakti adalah tiga perkataan yang berbeza dan membawa maksud juga berbeza. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga perkataan ini ada kait rapatnya untuk melaksanakannya dalam diri kita. Tanpa ilmu, amalan budi dan bakti tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tanpa budi dan bakti, maka ilmu yang dituntut adalah sia-sia belaka dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri sendiri dan kepada masyarakat lainnya. Ini bermakna punca segala-gala amal kebaikan adalah lahir dari ilmu. Oleh itu, semua manusia harus malah wajib untuk menuntut ilmu yang memberi banyak kebaikan kepada diri sendiri di dunia dan di akhirat. Pepatah melayu ada mengatakan, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”. Sebenarnya ilmu telah banyak diperkatan di mana-mana tempat dan telah menjadi buah mulut masyarakat yang pentingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka berperanggapan bahawa dengan adanya ilmu, maka anak-anak mereka akan mampu untuk memberi manfaat kepada semua masyarakat dengan melakukan budi bakti. Ini juga dianggap anak-anak mereka telah berjaya menjadi insan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka mahukan anak-anak mereka menjadi tenaga penyumbang kepada masyarakat sekali gus berbakti kepada masyarakat dan negara.

Friday 24 May 2013

CERITA SERAM TASIK GUTHRIE SELEPAS 12AM

Keindahan sebuah tasik yang menjadi tumpuan pelajar untuk melakukan riadah pada waktu petang. Dikelilingi udara yang nyaman, dengan tiupan angin segar menambah keseronokan manusia untuk menikmati keindahan alam. Lain ceritanya kala malam menjelma. Cerita ini bermula sekitar jam 12am, Khamis malam jumaat. Sememangnya jumaat adalah cuti bagi penduduk kedah. Jadi sepasang kekasih bermesra pada malam itu di sebuah bangku batu yang berhampiran tasik. Bermula jam 12.15am sehingga 1am mereka hanya bersembang kosong. Abu, bukan nama sebenar. Dia menceritakan pengalaman pahit ketika bermesra di kawasan tasik itu pada larut malam. Sedang seronok berbual-bual, tiba-tiba angin sayu-sayu meniup dan menyebabkan daun-daun berguguran. Abu cuba menyentuh tangan kekasihnya Senah "bukan nama sebenar" kerana membuatkan pada malam itu adalah hari romantik baginya.
              Mereka duduk berdua-duan yang amat rapat. Cahaya lampu yang malap berhampiran tasik itu menambah keberanian mereka untuk melakukan kemesraan. Sedang berseronok, tiba-tiba mereka berdua terdengar satu ngilaian perempuan seolah-olah berhampiran dengan mereka. Meraka menganggap ianya adalah hayalan mereka sahaja. Tiba-tiba ngilaian semakin kuat, tetapi mereka masih buat tak tahu sahaja. Sedang asyik bermesraan, Senah tiba-tiba turut megilai seolah-olah orang yang sedang menonton Maharajalawak.. Abu terkejut dan bertanyakan kepada Senah apa yang menyebabkan Senah ketawa. Tanpa sebarang jawapan, senah bertukar perwatakan menangis yang menyebabkan Abu pelik dan meremang. Abu merasakan sesuatu yang pelik berlaku terhadap Senah. Tanpa berfikir panjang, Abu memimpin Senah untuk pergi dari kawasan itu. Tetapi Senah tetap tidak mahu bangun sambil ketawa mengilai semula.
                 Mana kau nak bawak akuuuu.... Keluar suara garau dan besar dari mulut Senah.. Abu semakin bingung dan segara mengajak Senah pulang. Tetapi tindakan Abu itu tidak diendahkan oleh Senah. Lalu Senah berkata lagi" aku xnak balik bilik... tempat aku kat sini..." Abu sememangnya tahu bahawa si senah telah dirasuk oleh makhluk halus. Lalu Abu membuat panggilan telefon kepada kawannya Naim yang agak alim untuk meminta bantuan. Selang 15 minit Naim pon sampai ke lokasi si Abu. Naim terlihat satu lembaga putih seolah-olah sehelai kain yang terlintang diatas sebuah pokok besar yang berhampiran tasik itu. Lalu naim membaca potongan ayat dari Al-Quran sehingga satu ayat, lalu naim meneruskan dengan azan.Dengan tindakan naim itu, lalu Senah menjerit sekuat-kuatnya lalu pengsan. Selang beberapa minit Senah sedar lalu bingung dang menangis. Abu merasa malu dengan apa yang dilakukan di kawasan tasik itu. Naim segera menyuruh Abu menemani Senah untuk pulang kebilik.


Pengajaran:  *Jangan buat hal di tempat orang. 
                   *Jangan lepak berdua2an di kawasan gelap.
                   *Hafal lah ayat-ayat al-Quran.




CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA TIDAK KENA MENGENA DENGAN SESIAPA SAMA ADA YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG MENINGGAL DUNIA.

Thursday 23 May 2013

Kemungkinan Anda telah Ditipu Semasa Menggunakan Rebat di Mall UUM.


Kenaikan harga tambahan untuk memiliki Alcatel dengan menggunakan rebat rm200 di Mall UUM  adalah satu penipuan. Menurut satu sumber dari seorang pelajar UUM berkata "dia telah membuat panggilan telefon ke pusat DIGI dimana pihak digi tidak membuat penambahan harga untuk mengguakan rebat itu". Ini bermakna anda dikenakan penambahan rm100 untuk menebus rebat adalah satu penipuan. Sebenarnya penebusan rebat rm200 itu , pengguna perlu menambah rm50 sahaja untuk menebus telefon berjenama Alcatel di mana-mana cawangan DIGI terutamanya di Mall. Untuk maklumat lanjut, sila membuat panggilan terus ke pusat DIGI..

Monday 20 May 2013

Ada Peristiwa Menarik 6 Jun 2013??

Apa yang berlaku pada 6 Jun 2013 ini?? Diam tak diam lagi bape minggu je kan nak sampai pada tarikh 6 Jun tu.. Saja aku nak kongsikan peristiwa yang akan berlaku pada 6 Jun bagi tahun ini adalah antara hari kebesaran dalam Islam.

Kalau rujuk pada kalender islam 27 Rejab 1435H adalah hari berlakunya peristiwa Isra' Mikraj yang merupakan satu bukti kukuh kehidupan akhirat.

Umumnya semua da tahu tentang pengertian Isra' Mikraj ini.
Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Panjang cerita tentang sejarah isra' dan mikraj ni, cuma aku ringkaskan bahawa pada 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj. Majlis memperingati peristiwa itu disambut penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit.

Sunday 19 May 2013

Harga Minyak Turun 50sen dikuatkuasakan pada 22 Mei 2013.

      Harga semasa bagi petrol sehingga hari ini adalah 1.90/liter di negara ini. Penurunan harga minyak di negara ini akan berkuatkuasa pada 22 Mei 2013 Rabu ini dimana penurunan sebanyak 30% iaitu penurunan sebanyak 50 cent per liter adalah satu langkah kerajaan perihatin terhadap rakyat. Menteri-menteri kabinet sebulat suara bersetuju untuk bertindak sedemikian semasa mesyuarat Kabinet di Parlimen petang tadi. Mereka juga bersetuju menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak manpu diturunkan sebanyak 30 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12am  22 Mei ini. Sumber ini menegaskan bahawa penurunan harga minyak tersebut dapat dinikmati oleh semua pengguna minyak di negara ini.
        Kabinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat. Walaupun tiada dalam manifesto yang berlangsung pada bulan lepas, namun atas sikap prihatin kerajaan maka penurunan harga minyak di lakukan.
        Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga,
1. Minyak angin cap sauh dan cap jempol.
2. Minyak Dagu.
3, Minyak Pengasih Kak Ton.
4. Minyak Lintah Sawah Alor Mengkudu.
5. Minyak Belacak
6. Minyak rasa bersalah.
7. Minyak Rambut Cap Ibu dan Anak.

Dengan langkah yang dilaksanakan ini diharap semua pengundi sentiasa memberi sokongan kepada Parti Kami.

*gurauan sahaja, harap jangan marah..hehe :-)

Saturday 18 May 2013

Perkara Menarik Cafe Jenan berbanding Cafe lain di UUM



Apa kata mereka???

Makanan yang harganya stabil sejak saya semester satu pada tahun 2010 lagi.. Apa yang penting makanan nye yang serba cukup rempah2 menambah selera saya apabila makan disini. jadi saya kekalkan membeli makanan di Cafe Jenan.. Terima kasih pacik jenan..
-Jawaher, 23tahun.






Makanan best kat sini, hari2 lauk tengahhari sama je menunye, jadi saya rasa makanan yang berprotin penting bagi saya sebagai seorang atlet UUM.. Tengtang harga adalah mengikut giliran jaga kaunter.. kalau ngan makcik murah sikit, ngan pakcik kurang sikit..hmm gitu lah.. apa2 pon jenan best!!
Azhari Kachil, 23 Tahun.



Saya sebagai seorang perempuan yang pakar dalam bidang masakan cafe2 di Universiti utara ini, saya buat kesimpulan, sos yang digunakan dlm masakan ikan keli ini adalah tepat.. Cuma kadang2 terlebih lada sula membuatkan resdung kawan2 saya naik.. Cafe yang agak bersih di UUM ini adalah Cafe Jenan..
-Sholeyha Daut, 23tahun.




Jenan yang best nye sebab dia bagi kuasa kat pelanggan utk pegang remote astro.. jarag berlaku di cafe2 lain di UUM. Jadi pelanggan bebas guna remote utk menonton televisyen yang mereka mahu. Hampir setiap kali makan saya memilih Cafe Jenan sebagai tempat membeli makanan.. Bilik saya pon dekat ngan cafe.. jd senang lah saya..
Syafiq Helmi, 22tahun.





Walaupun saya tidak merokok, tetapi saya mahu katakan di Cafe Jenan sahaja boleh isap rokok.. Sebab tempatnye yang strategi dari pandangan pihak berkuasa UUM..Cafe lain xbole ooo..
Mahfuz Wan Har, 21 Tahun.





Cafe Jenan mempunyai makanan yang menyelerakan dan harga yang berpatutan.. Antara cafe terlama beroperasi di Sime Darby ini. Saya sebagai R.A. DPP Sime Darby, sila pastikan pakaian anda tidak terlalu menjolok mata ketika makan di Sime Darby.. Nanti mod makan saya terganggu.. terima kasih..
Nazrin Sarlan, 23Tahun.



Jenan antara satu Cafe di uum yg menggunakan pekerja asing. Ketertampilan pekerja yg bersih lagi kemas menyebabkan saya berfikir bahawa Cafe ini adalah bersih dan mengikut syarat yg ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Minuman yg dijual juga tdk menggunakan air mentah.
Akhmal Hafiz, 21 Tahun.




Sila hantarkan gambar anda semasa di cafe jenan dan hantarkan komen anda sekali untuk dikongsi bersama di ali.islam90@yahoo.com..

Wednesday 15 May 2013

Misteri blok lelaki berhampiran cafe Jenan.


Cerita bermula setelah pelajar pulang mengundi PRU-13. Seperti kebiasaan pelajar yang tidak layak mengundi yang kampung halamannya amat jauh dari universiti sememangnya tidak pulang. Menghabiskan masa cuti pilihan raya umum dengan duduk di hostel yang pelajar lainnya hanya segelintir tidak pulang. Aku diselubungi misteri ketika berada di hostel. Selepas isyak dalam jam 9pm aku berada di bilik keseorangan kerana rakan sebilik pulang ke kampung halaman untuk mengundi, katanya. Jadi malam tu aku seorang hanya memberanikan diri untuk berada di bilik ketika itu. Jiranku pelajar luar negara yang berasal dari Bangladesh pula bercuti di kuala Lumpur. Manakala sebelah kiri bilikku adalah surau yang digunakan oleh pelajar di blokku. Pada malam pertama aku tinggal seorang dibilik tiada apa-apa yang menakutkan. Aku hanya layan drama melalui "tv online" dan setelah itu aku menyentuh sedikit tugasan yang perlu disiapkan. 
          Tiba hari kedua aku berada di bilik berseorangan. Kebetulan hari itu adalah hari khamis, dan sememangnya malam itu adalah malam jumaat. Dengan ditemani keindahan langit di waktu malam dihiasi bulan purnama mengingatkanku bahawa pada malam itu adalah malam jumaat koliwon. Seperti biasa sebelum aku memulakan tugasan yang diberikan oleh pensyarahku, aku menonton drama TV3 yang ditayangkan pada setiap hari khamis. Setelah aku selesai menonton aku memanaskan air dan membancuh white coffee 3 in 1 lalu menikmati malam itu dengan minuman coffee yang hangat. Tepat jam 2.30am, mataku mula berat, namun aku meneruskan menaip artikel yang perlu diselesaikan pada malam berkenaan. Tiba-tiba lampu bilikku terpadam dalam beberapa kali seolah-olah petanda yang akan berlaku pada waktu itu. Namun aku tidak menghiraukan apa yang terjadi terhadap lampu. Selang beberapa minit, lampu "blackout" seperti yang berlaku di SPR. Jantungku mula berdenyut kencang, dua tiga minit lampu mula menyala. Huh! Alhamdulillah, bisik hatiku. Aku mula tidak sedap hati lalu mengemas meja tulisku dan aku mula bersiap untuk menikmati tidur. 
          Tepat jam 3am.. Tong..Tong..Tong..bunyi jam diatas mejaku menunjukan tepatnya jam 3am. Aku mula baring dan menarik selimut lalu memadamkan lampu. Selang beberapa minit, kedengaran suara bayi yang tertawa berhampiranku. Aku hanya memejamkan mata dan melapangkan fikiranku. Tiba-tiba kedengaran suara bayi menangis pula menjadikan aku berfikiran buruk terhadap apa yang berlaku. Bunyi taburan alat tulis seolah-olah dicampak di merata tempat. Kebetulan sebatang pen terkena di kepalaku.. Perghhh sakit wo.. jerit aku yang sederhana kuat. Aku meraba-raba tilamku untuk mencari handphone ku, lalu menggunakan cahaya lampu handphone itu untuk melihat apa yang berlaku. Lampu yang samar-samar menyebabkan penglihatanku tidak berapa jelas seolah-olah aku melihat satu lembaga yang tidak terlalu tinggi tidak terlalu rendah yang berjalan menuju ke katik rakan sebiliku. Jantungku mula berdetak kencang seperti dikejar anjing. Aku mula beranikan diri untuk membuka lampu kalimantang. Klik.. terang menerang satu bilik.. kelihatan seorang kawan aku yang biliknya selang empat bilik. La... kau rupanya.. macam mana kau masuk bilik aku? kenapa kau berselerakan meja tulis aku?bukankah kau da balik kampung petang tadi? tanyaku kepada kawan aku itu. Lalu ia menjawab, "aku tak jadi balik sebab ketinggalan bas". aku masuk bilik ko sebab tadi aku da beri salam, ka tak buka, kebetulan kunci kau biarkan saja di pintu. Bilik au da gelap, aku ingat kau da tidur mati. hehe.. diceritakan lalu ketawa kecil. kenapa kau bersepahkan meja tulisku? Jawab kawan aku itu, aku taknak ganggu kau tidur, aku cari charge phone td.. gelap beb, hampir semua aku raba meja kau.. Last soalan aku nak tanye kau, siapa yang gelak dan nagis tadi? kau ke? jawab kawan aku tu.. eh bukan la, bukan aku.. Tiba-tiba kedua-dua kawan itu melihat di penjuru dinding sebelah meja tulis. Kelihatan bayi yang merangkak berlumuran darah sambil ketawa.. Adik la yang ketawa tadi.. Kedua sahabat tadi lari berciciran seolah-olah tidak cukup tanah. Keesokan harinya kedua-dua sahabat itu buat surat tukar DPP yang berhampiran masjid.   

Pengajaran: Jangan terlalu takut melainkan kepada Tuhan. Jangan tinggal kunci diluar pintu disebabkan kecuaian. Haram memasuki rumah orang lain tanpa pengetahuan tuannya. Baca doa sebelum tidur.

 AMARAN: PESAKIT JANTUNG DAN IBU MENGANDUNG TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBACA CERITA INI.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata tidak kena mengena yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Bulan Rejab Tahun 2013


Sememangnya masa itu terus pantas berlalu, sehingga tibanya antara bulan-bulan yang penuh hikmah, hari ini 15 Mei 2013 bersamaan 5 rejab 1434H. Bulan ini lah bermulanya antara 3 bulan dalam islam yang mempunyai pergandaan pahala serta amalan puasa sunat yang disunatkan oleh Allah kepada hambanya.. Banyak kelebihan kita berada di dalam bulan ini.

REJAB adalah bulan menabur benih, bulan menyucikan badannya,bulan maghfirah, bulan taubat serta bulan digandakan 70 pahala setiap amalan..

Sama-samalah kita menghidupkan bulan-bulan yang penuh dengan hikmah..
Wallahualam..

Monday 13 May 2013

Koleksi gambar kenangan Universiti Utara Malaysia 2010-2013

Koleksi gambar-gambar kenangan semasa berada di Universiti Utara Malaysia bermula 2010 hingga 2013.. Di ambil daripada program Kembara Budi,Tautan Kasih, Kelab penyayang, Raya Sime Darby, Ceramah Imam Muda Hizbur, Kempen Derma Darah dan sebagainya...


Tasik pada September 2010
membaca Yasin pada malam jumaat..

carom semester satu 2010.. jumpa carom kat dalam surau..

suasana blok di waktu petang..tahun 2010..

Balik kelas business law tahun 2010..

Hari integrasi kokurikulum...

dalam DKG 1/1 kelas management..

Riadah takraw..



Berkayak di tasik sime darby 2010..

Perjumpaan Adhok anak-anak johor..

Tenis di pusat sukan UUM

Raya di Sime Darby..

Gangster Kampung Pisang..








Menunggu bas beramai-ramai semasa sem satu..

































berbuka puasa di 6D105 tahun 2010