بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 25 December 2013

Kenapa Rusydan suka jadi bilal?

Bismillah..

Aku bercerita tentang Rusydan Saufi yang selalu singgah bilik aku sebelum masuk waktu solat. Hampir setiap kali waktu solat dia yang azan. Dah takde orang lain??hehe gurau je der.. Pertama sekali, Rusydan jadi bilal sebab dia rebut peluang melaungkan azan. Nak ada peluang azan kat masjid-masjid memang tak la kan.. Ringkasnya di sini, bagi lelaki mukmin haruslah berebut untuk melaungkan azan. Kenapa? sebab.. Aku akan bentangkan dalil-dalil tentang keistimewaan muazzin.. Dan pasni, sesiapa ada peluang untuk azan,maka azanlah..

Pertama.
- Jikalau manusia mengetahui akan kelebihan azan dan saf awal, dan mereka tidak akan mendapat keputusan siapakah yang layak melainkan dengan cara undi, maka mereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan yang terdapat dalam bersegera solat nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan seandainya mereka mengetahui akan kebaikan pada solat subuh dan isyak nescaya mereka akan mendatanginya walaupun perlu merangkak. (Hadis Sahih Bukhari ; Bab Azan, 580)

Maka sesungguhnya, tidak adalah yang mendengar kelantangan suara muazzin daripada kalangan jin dan manusia atau sesuatu daripada makhluk Allah melainkan mereka yang tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari qiamat kelak. (Hadis Sahih Bukhari , Bab Azan 574)

Dari Ibnu Umar r.a beliau berkata, Rasulullah saw bersabda : Allah mencurahkan ampunannya kepada para muazzin, sampai di mana suaranya didengari dan setiap yang basah ataupun yang kering yang mendengar suaranya itu akan menjadi saksi baginya. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sumber: - Koleksi khutubah,hadis dan kata mutiara.
              -Hadis Nabi saw.






adakah aq comey??

ya memang aq comey.....sebab muke aq mcm wolverine. so hensem la aq ni kan...hehehehe
aq dikire macho gak......btul x...
harap sume komen ok2 ek.....
igt  COMEY igt ALI

Apa pendapat mereka tentang Cinta..



tapi yg pasti, manusia tak kira sape, akan tercari2 "cinta". basically, cinta itu bermula dari rumah. tapi kalo tak dapat dari rumah, mereka akan mencari cinta di luar rumah. sbb tu terjadinya kemungkaran. 

- Sima Syafiqah binti Salleh
- 21tahun
- Kelantan
 -UUM



cinta ni kan banyak jenis. memang semua orang diberikan rasa cinta. tapi manusia tu sendiri yg gunakan cinta yg diberikan tu cmna. contoh cinta yg digunakan secara betul. kalau dalam diri manusia ada cinta yg betul, haiwan dkat tepi jalan macam kucing tu pun kita sanggup ambik, n jaga, tapi klau cinta yg tak duginakan dgn btl. xda rasa cinta dkat bintatang mcm kucing tu, cth kalau terlanggar kat teppi jalan tapi kita buat tak da perasaan, itu dikatakan buta cinta ..gitu la pendapatnya untuk cinta2 yang lain. kita dah diberikan rasa cinta, sekarang terpulang kepada kita macam mana nak tentukan cinta itu, pilihan ditgn anda.
-Fatin Zaki 
  20Tahun
Taiping


Pendapat aku, cinta ni ibarat mkan buah pelam cicah kuah rojak mak bee..




Muhammad Nurfiza Mohamad Noor
21 Tahun
Terengganu.
Atlet UUM




Cinta?? Pendapat aku cinta sama dengan zzzzzZZZZZ..





Sharul Zaini bin Miskat
21 Tahun
Teluk Intan, Perak



-cinta kpd Allah adalah cinta paling suci dan sejati..


-Azim Baser
-23 Tahun
-Johor




cinta tu cantik....kalu kita sulam dengan rasa syg...Walapon kwujudan cinta kita x bleh nmpak, tp cinta itu indah dan cantik... cntiknya cinta tu mmg asli dan x bermuka2...bkan ja cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih...tudia.....


Muhammad khairul Azril Yahya
20 Tahun
Kedah
UUM

Dakwah itu ibarat cinta, dan cinta itu tidak boleh dipaksa, Bila cinta itu dipaksa, mulalah lahir cinta yang tidak tulus dan hasil percambahan cinta yang tidak menenangkan. Lahirkan rasa cinta dalam diri kerana cinta yang lahir dari hati yang suci dapat mempengaruhi hati yang gundah gulana.
-Nur Jannah Alia
 21 Tahun
 UTM Skudai






Sumber: -Respond Facebook..

Sunday 22 December 2013

Sujud tilawah

Bismillah..
Aku bercerita tengtang sujud tilawah.. Sujud yang disunatkan untuk sujud apabila membaca atau mendengar ‘ayat-ayatSajadah’ dari pembacaan Al-Quran yang kebiasaannya boleh dikenali pada ayat-ayat tersebut dengan ditandai garis atau simbol kubah dan tertulis perkataan sajadah. Semasa aku belajar membaca al-Quran oleh seorang ustazah, apabila kita terjumpa tanda di sesuatu ayat al-Quran (sajadah) maka sunat kita sujud ataupun sekadar melafazkan subhanallah walhamdulillah wala illa ha illah Allahu Akbar (3x).

Antara ayat suci al-Quran yang merupakan ayat sajjadah yang disunatkan untuk sujud adalah:

1. Surah 7 (Al-A’Raaf) Ayat 206
2. Surah 13 (Ar-Ra’d) Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl) Ayat 50
4. Surah 17 (Al-Isra’) Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam) Ayat 58
6. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj) Ayat 77
8. Surah 25 (Al-Furqaan) Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml) Ayat 26
10. Surah 32 (As-Sajdah) Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad) Ayat 24
12. Surah 41 (Fushshilat) Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm) Ayat 62
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq) Ayat 21
15. Surah 96 (Al-’Alaq) Ayat 19

bacaan ketika sujud; 

Wallahualam..
Sumber:-hadis Rasulullah.

Wednesday 18 December 2013

Sharul pengusaha ketam pembekal kotak student UUM

Dpp Sime Darby- Masalah kotak boleh diselesaikan di akhir sem ini, kata Shahrul Zaini 21tahun ketika ditemubual dalam sidang akhbar blog aku bercerita tadi. Beliau merupakan pelajar semester tiga juga bekas pengusaha ketam (photo) berminat menjadi pembekal kotak kepada pelajar UUM. Pelajar tidak perlu bimbang, kotak yang dibekalkan adalah berkualiti dengan harga serendah 1 ringgit Malaysia hingga 3 ringgit Malaysia.

Apa yang menariknya disini adalah kami akan menghantar kotak tersebut kepada pelanggan sebaik sahaja penempahan dibuat. Saya tahu, penjualan kotak adalah banyak seperti di Mall UUM, tapi bagaimana anda membawanya? jika naik motor bukankah ianya menyukarkan? awek-awek yang berjalan kaki dengan membawa kotak akan kelihatan menarik bukan, jadi segeralah berhubung dengan saya untuk membuat tempahan kotak.

Saiz kotak adalah berbeza mengikut kehendak pelanggan. Tapi penjualannya adalah lelong pada harga yang rendah. Kotak sesuai untuk menyimpan pakaian, buku nota dan rujukan, alatan elektrik seperti pemanas air, iron baju, pembakar roti dan sebagainya. Pakaian yang disimpan menggunakan kotak ini dijamin selamat daripada lipas dengan syarat letakkan tiga hingga lima biji ubat gegat.

Penempahan boleh pm di facebook di bawah:
-https://www.facebook.com/shahrul.zainy




Wasiat Saidina Ali bin Abu Talib

Bismillah..
Aku berkongsikan sedikit wasiat daripada Saidina Ali bin Abu Talib. Penyataan ini adalah untuk sama-sama kita merenungkannya. 

Sayyidina Ali berwasiat: Ku wasiatkan kepada kamu supaya tetap bertaqwa kepada Allah. Janganlah kamu mengejar-ngejar dunia walau dunia mengejar kamu dan janganlah menyesal jika ada sebahagian dunia itu terlepas darimu. Hendaklah kamu mengatur baik-baik urusan kamu dan jagalah hubungan persaudaraan antara kamu. Ketahuilah, pertengkaran itu merosakkan agama dan ingatlah bahawa tidak ada kekuatan apa pun selain atas perkenan Allah. Perhatikan anak-anak yatim agar jangan sampai mereka kelaparan dan jangan sampai kehilangan hak. Perhatikan Al Quran, jangan sampai kamu mendahulukan orang lain dalam mengamalkannya. Perhatikan tetangga kamu sebab mereka adalah wasiat Nabi kamu.

Wallahulam..
Sumber: -Artikel panjang www.kisahteladan.info

Syiah bercanggah daripada Islam.

Bismillah.
Aku bercerita sedikit tentang syiah. Syiah ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam selain daripada Sunni. Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga khalifah sunni pertama seperti juga sunni menolak Imam daripada Imam Syiah. Muslim Syiah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. (sumber wikipedia).
     Aku berminat untuk mengetahui secara mendalam tentang syiah ini, tapi bukan bermakna aku nak ikut ajaran ini. Sebelum ini aku sering menonton cara syiah azan dan solat melalui youtube, blog dan sebagainya. Terang-terangan ianya ada perbezaan dengan apa yang diajarkan oleh islam.

       Alhamdulillah kita adalah islam dan adanya didikan agama islam yang benar. Kita boleh berfikir apa yang baik dan apa yang buruk. Seperti ajaran syiah yang sememangnya bercanggah, wajiblah kita menjauhinya bahkan menolak segala fahaman syiah yang boleh merosakan aqidah.

          Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (Surah Ali-Imran ayat 103).

".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (Surah Al-Hasyr ayat7).

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.). (Hadis riwayat Imam Malik)

Wallahualam.
Sumber: -Wikipedia
             -Ceramah Ustaz Kazim Elias
             -Ceramah Ustaz Nazmi Karim
             -Ceramah Ustaz Azhar Idrus


Bencana 26hb ada kaitan dengan al-Quran juzuk 26?


Bismillah..
Aku nak share sedikit tentang tarikh 26 hari bulan yang dikatakan banyak peristiwa gempa bumi, taufan dan sebagainya. Ramai yang berpendapat kejadian yang berlaku pada tanggal 26hb ada kaitan dengan firman Allah dalam al-Quran juzuk 26 sehingga menjadi satu fakta nombor yang menarik untuk kita fikir-fikirkan.
Adakah kita sedari???? Tarikh dipetik pada 26hb sejak 2003-2013
*GEMPA DI BAM, IRAN (6000 maut) pada 26-12-2003
*ACHEH TSUNAMI pada 26-12-2004
*JOGJA GEMPA BUMI pada 26-05-2006
*GEMPA DI TASIKMALAYA (20 orang maut) pada 26-05-2010
*TASIK JAWA BARAT GEMPA BUMI pada 26-06-2010
*GUNUNG BERAPI MELETUS pada 26-10-2010
*JAMBATAN TENGGARONG SAMARINDA,INDONESIA RUNTUH pada 26-09-2013
*Bulan lalu pada 26-10-2013 TAUFAN HAIYYAN di utuskan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada seluruh rakyat Filipina yang telah merobohkan "RUMAH NYA" (rumah Allah) di Manila untuk di gantikan dengan SHOPPING MALL...

Mengapa semua ini berlaku pada tarikh 26hb???Adakah ini satu kebetulan??
Aku ada terbaca daripada seorang pengguna Facebook :Bukalah dan bacalah Al-Quran Juzuk ke-26,ALLAH SWT telah berfirman Mafhumnya: "Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncangkan "LANGIT DAN BUMI,LAUT DAN DARAT".Biar mereka semua tahu bahawa Mukjizat ALLAH itu ada...
Aku cuba kaji surah yang digunakan sebagai dalil ini. Surah dalam juzuk 26 adalah surah al-Ahqaaf, surah Muhammad, surah al-Fath,surah al-Hujurat, surah Qaaf.. 
Pada pendapat aku, setiap yang berlaku di dunia dan diakhirat ada kaitannya denga al-Quran, seperti mana kisah-kisah umat terdahulu yang dihapuskan oleh Allah dengan tiupan angin kencang, hujan batu, dan sebagainya. Aku belum khatam membaca tafsir yang terkandung dalam juzuk 26. Ilmu agama aku tak banyak untuk membincangkan tarikh ini. Kesimpulannya, ada kaitankah juzuk 26 dengan kejadian tarikh 26hb yang menjadi tajuk menarik di laman sosial dan blog?

Wallahualam..

Sumber: -Tafsir al-Quran
             -Facebook







Aib itu maruah kita.


Bismillah..
Entri kali ni aku menulis sedikit tentang aib. Apa itu aib? Aib itu adalah sesuatu yang ketika kita dengar dari orang lain, menjadikan hati kita merasa tidak selesa. Setiap orang ada aib tersendiri dan ianya adalah maruah dan rahsia. Maka hendaklah kita menjaga daripada pengetahuan orang lain. Aku penah dengar ada ustaz cakap, Allah tidak membuka aib seseorang melainkan diri sendiri yang membukanya.

Menurut sebuah hadis Rasulullah saw.
“Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.” (HR. al-Bukhari)

Semua orang ada aib tersendiri, dan jika kita ada menyimpan aib seseorang, maka janganlah kita menyebarkannya. Terpulang la kepada Tuhan untuk menghukumnya, sedang dia dalam keadaan yang sedar.

 “Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Sumber: - Hadis Nabi.



Tuesday 10 December 2013

Ada apa dengan 11/12/13?


Bismillah.. ada apa dengan tarikh 11/12/13?? sememangnya setiap tahun kita akan berjumpa dengan tarikh-tarikh yang menarik. Ramai dikalangan pengguna laman sosial seperti facebook, tagged, twitter, weChat dan sebagainya yang mengupdate status mereka berkaitan dengan 11/12/13.. sebelum ini, atau tahun-tahun sebelum ini juga mempunyai tarikh yang menarik seperti 10/11/12, 11/11/11, 12/12/12, 10/10/10, 12/11/10 dan pelbagainya.

Kawan makan kawan


Adakah anda terasa hairan dengan isu kawan makan kawan? Tidak mustahil kawan yang kita percaya dan kita hormat akan melakukan perkara di luar jangkaan terhadap kita. Kawan makan kawan ni boleh diertikan kawan atau sahabat yang kita percaya dan kita sanjungi sanggup menghancurkan kepercayaan kita demi kepentingan mereka.

"Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. 

Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”

KAWAN MAKAN KAWAN “KEPENTINGAN POLITIK”
Dalam politik terdapat banyak isu kawan makan kawan dimana kawan seperjuangnya akan memburukan nama kawannya demi merebut pangkat dan kepentingan diri sendiri.

KAWAN MAKAN KAWAN “KEPENTINGAN INDIVIDU”
Dalam hal ini terdapat kawan yang sentiasa menginginkan kejatuhan kawannya disebabkan cemburu dengan kebolehan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kawannya.
Dalam hal yang lain terdapat juga kawan yang tidak amanah dimana ia menyembunyikan perkara yang menjadi hak pengetahuan kawannya. Contoh A pergi ke kelas, B tidak pergi ke kelas kerana faktor kesihatan. B menanyakan kepada A tentang pembelajaran di dalam kelas semasa ketidak hadirannya, A memberi tahu bahawa kelas dibatalkan, sedangkan A tahu bahawa dia menipu kawannya.

Sumber: -Hadis nabi
             -blog mohamadfbi.blogspot.com
             -blog dukeamienerev.blogspot.com
             -cahayapurnama.com