بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Sunday 14 September 2014

Kurang didikan agama bukan faktor utama keruntuhan akhlak.

"Kurang didikan agama bukan faktor keruntuhan akhlak", Dr Ali Baba. Memandangkan dunia hari ini, akhlak manusia yang tidak bermoral semakin meningkat. Kadar peningkatan anak luar nikah, seks bebas, judi, fitnah dan sebagainya merupakan contoh keruntuhan akhlak. Sememangnya keruntuhan akhlak telah berlaku berkurun lamanya. Allah mengutuskan para Rasul untuk berdakwah dan menyampaikan wahyu Allah kepada semua umat manusia. Namun bergitu, semuanya bermula dengan rahmat Allah, maka jadilah. Manusia yang bijak adalah manusia yang sentiasa mencari rahmat Allah dengan mengikuti wahyu Allah melalui para Rasul. Dunia akhir zaman Rasulullah saw meninggalkan dua perkara di dunia yang mana sesiapa yang taat denganya terlepas dari keburukan di dunia dan akhirat, iaitu al-Quran dan as Sunnah.

          Manusia hari ini khususnya di Malaysia, keruntuhan akhlak semakin berleluasa. Jika bertanya kepada mereka tentang dosa, maka mereka boleh menjawab dengan baik malah disertai dengan dalil lagi. Pendidikan agama telah diberikan oleh kerajaan melalui subjek wajib darpadai sekolah rendah, sekolah petang sehinggalah sekolah menengah. Program-program keagamaan seperti ceramah agama, lagi-lagu islamik, drama, filem dan sebagainya merupakan cara manusia berinteraksi menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Rasul Allah. Namun, malangnya hanya separuh sahaja yang mengambil penghayatan moral itu. 

        Antara faktor keruntuhan akhlak adalah diri sendiri. Diri sendiri yang menzalimi jasad dan rohnya. Meskipun ilmu agama tinggi, tetapi tidak hairanlah jika mereka tergelincir dalam kenikmatan dunia. Manusia mempunyai akal fikiran yang baik serta hati yang baik untuk dikawal dengan baik. Nafsu dan syaitan semakin memuncak menyesatkan manusia dan menghasut supaya manusia semakin jauh dari mengingati Allah swt. Jika nafsu menguasai diri, maka ilmu tidak lagi bernyawa.

          Cara mengatasi keruntuhan akhlak adalah dengan penghayatan yang mendalam tentang agama. Jika dada dipenuhi ilmu agama, tanpa penghayatan, maka fungsi ilmu itu tidak berguna. Diri sendiri perlu berperanan dengan mengamalkan ilmu yang ada. Hayati dengan baik. Pandai mengawal nafsu dengan menundukkan pandangan dari yang haram. Saling mengingati antara satu sama lain. Manusia mudah lupa, maka peringatkanlah. Seterusnya mensyukuri nikmat Allah. Bersyukurlah apa yang kita miliki. Allah swt adalah perancang yang terbaik. Jabatan agama islam perlu memantau dengan baik. Undang-undang perlu diperketatkan lagi. (Sebaik-baik undang-undang di dunia adalah undang-undang islam) kerana undang-undang islam adalah daripada Allah swt yang merupakan Tuhan pencipta langit dan bumi.

Wallahualam...