بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday, 30 December 2014

Nasihat Imam tiga Kampung Sungai Telor.



        Smoga Allah mmbrikn hidayah Nyer kpd yg masih kafir. Smoga dikekalkn hidayah kpd smua Muslim.

Smoga segala ujian terhadap smua Muslim dr yg skecil2nya hinggalh yg sbesar2nya akn mnjd i'tibar, punca pahala sabar, punca pnghapus dosa, punca peninggi darjat & punca lain2 kebajikan.
Khususnya dlm ujian2 besar di negara kita musim 2014m/1436h... MH 370, MH 17, Banjir Pantai Timur & QZ8501...

Sesiapa yg mndpt kebajikn dr smua itu samada yg berada dlm ujian atau sebaliknya, maka Allah itu Maha Pengasih & bagi insan jua segala keuntungnnya. Manakala yg sebaliknya, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui lg Maha Bijaksana...

SELAIN DARI ITU, Selasa, 30 Dis 14, 09.40pm, En Abdullah bin Dawi tlh melaporkn bahawa Wisma JKKK Sg Rangkaian Sungai Telor Komuniti (balairaya) telah mengalami kerosakn yg dipercayai akibat dr perbuatn segelintir manusia yg cacat iman & akhlaqnya.

Menurut beliau, pelbagai kerosakn dpt dilihat terutamanya pd bahagian pintu & tingkap.
Beliau menyeru kpd smua pihak yg brtanggungjwb & seluruh komuniti supaya bersikap ambil peduli trhadap setiap anugerah Allah samada yg brsifat pribadi mahu pun yg brsifat umum.
Dicadangkn kpd individu2 terbabit supaya menampilkn diri kpd pihak yg sepatutnya utk mlakukn pngakuan trttup & mngmbalikn hak trsbut serta brtaubat sblum mndpt pengajarn yg tidak dijangka. -

Imam Abu Khair Muhamad Noor



Monday, 29 December 2014

Muka lu ketat da kenapa. Senyum la sikit.

Kita manusia perlu hormat menghormati antara satu sama lain. kita juga perlu bertegur sapa jika berselisih antara satu sama lain. Bukan kita memalingkan pandangan kita seolah-olah mereka berbeza. Jika kita berilmu agama tinggi sekali pun, kenapa perlu bangga sehingga memandang rendah kepada orang lain. 

Jika kita hayati firman Allah dalam surah al-Luqman ayat 18 yang bermaksud "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Jadi, sentiasalah memberi senyuman kepada sesiapa sahaja tak kira lah dia itu siapa. Kita hormat orang, orang akan hormat kita semula.. 

Wednesday, 12 November 2014

Nombor kereta sewa dan teksi UUM Changlun 2014-2020

memandangkan aku pelajar semester akhir 2014 ni, jadi aku konsikan nombor kereta sewa dan teksi area UUM Sintok dan Changlun. kadar harga teksi UUM-Changlun/ Changlun-UUM adalah RM20/trip dan kereta sapu adalah RM16/trip.

Teksi Ahmad 0125561610
Teksi Saat 0174626148
Teksi Wan 0194142335

Kereta Sapu Latif 0175794693
Kereta Sapu  0124739184

Kereta Sewa Abg Lee 0174386007
Kereta Sewa Din 0134933887
Kereta Sewa Abg Mat 0175639555
Kereta Sewa Abg Jan 0175637555
Kereta Sewa 0125910520
Kereta Sewa Syafiq 0193690859
Kereta Sewa Ahmad 0124064787
Kereta Sewa Mirul 0193799078
Kereta Myv 0194143522




Wednesday, 15 October 2014

Nasihat tentang cinta (D'Darbian's Brother)

Biar apa pon orang kata apa sekali pun, saya tetap nak mencari jodoh yang seiras Nealofa. Uhhhh, sejuk mata memandang sejuk lagi bahu memikul.. Dalam kuliah Advance Financial pon da ada sorang awek iras nealofa.. tapi... hurmmmm.. pape pon saya yang hebat ni nak jadi lelaki yang setia pada yang setia..  xdapat iras nealofa, iras cam mak dia pon okey juga.

-Zul Perang (Kemah Malam)
















        Biaq muka xlawa. Yang penting hati mau baik. Bak hang.. aku nak bagi tahu hampa semua.. jangan memilih jadi manusia.. semua sama.. aweq aku bak hang baik nohh.. tu dia.. aku ni bang rajan ingin wat pesanan utk angpa semua.. kenal hati baru cinta..

-Bang Rajan Utara













Perempuan ni macam tisu, mudah koyak. Jadi kita perlu jaga elok-elok. Cukup bulan nikah ler.. last sekali nak promote kek coklat da ada juat kat cafe Sime Darby.. pastikan jenama Anis okeyyy.. woooo

-Chef Anis Kamal (Pengurus Masakkan Hotel)













Hak tu molek, hak ni molek, dak kenan xseh tra.. ore kata jange sentuh buah jika xnok makang.. aku setia yang ado kat kampung.. mu tunggu aku datang.. hok aloh..

-The Rie (Designer)










Kepada semua kawan-kawan yang lom dapat awek. Ikut cara saya. Pabila berselisihan dengan awek kita perlulah menggunakan taktik jalan ketam.. nanti awek tu pasti tengok dan tertanya-tanya.. lalu berkata “kau dah kenapa??” haha.. kita kaum adam perlu hormat wanita meskipun wanita itu lebih muda dari kita. Janganlah kita jadi “hurmmm sampah”..

-Mok R.A Sime Darby (2011-2013)






To be continue...



Abu Khair Kampung Sungai Telor kecewa

GEMPAR dan HANGAT: Sungai Telor's Mutakhir News: Dilaporkan bahawasanya beberapa ekor monyet atau beruk atau spesis yang berkenaan dipercayai telah melakukan sabotaj tanpa niat ke atas bangunan Dewan Raya kampung ini sepanjang tahun ini dalam beberapa siri yang berlainan. Menurut laporan dari En Abdullah bin Dawi, pengawas bangunan tersebut, mereka sebelum ini pernah mengumpil pintu tandas yang mana ianya dipercayai bagi merealisasikan aktiviti samun terhadap barang-barang yang terdapat di dalamnya, memberaki tong sampah awam di situ dan meluahkan 'shit' dalam baldi tandasnya. Adapun yang terkini iaitu dalam beberapa hari yang lalu, mereka telah pandai melempar duit syiling RM 0.50 dengan begitu deras dan tepat ke arah cermin kekisi gelap pintu utama bangunan berkenaan. 

             Ekoran dari itu, cermin tersebut telah pecah dan berlubang. Mereka dipercayai ingin mengintip barang-barang berharga di dalamnya sebelum melancarkan agenda seterusnya. Mereka sebelum ini pernah dihambat oleh pihak yang perihatin dengan senapang gajah yang dilengkapi peluru getah untuk ditembak sebagai pengajaran. Namun sayangnya, semua tembakan tersebut lari dari sasaran ekoran dari kurangnya pengalaman dan latihan. 

                Oleh itu, tiada apa-apa kecederaan yang berlaku dan tiada apa-apa hukuman yang dapat dilaksanakan. Apa pun, pihak berkuasa tempatan amat berharap agar penduduk kampung tersebut sama-sama memberikan kerjasama dan perhatian terhadap kes-kes seumpama ini agar kegiatan yang langsung tidak sihat samasekali seumpama itu tidak berulang lagi. - Reuters

Sunday, 14 September 2014

Kurang didikan agama bukan faktor utama keruntuhan akhlak.

"Kurang didikan agama bukan faktor keruntuhan akhlak", Dr Ali Baba. Memandangkan dunia hari ini, akhlak manusia yang tidak bermoral semakin meningkat. Kadar peningkatan anak luar nikah, seks bebas, judi, fitnah dan sebagainya merupakan contoh keruntuhan akhlak. Sememangnya keruntuhan akhlak telah berlaku berkurun lamanya. Allah mengutuskan para Rasul untuk berdakwah dan menyampaikan wahyu Allah kepada semua umat manusia. Namun bergitu, semuanya bermula dengan rahmat Allah, maka jadilah. Manusia yang bijak adalah manusia yang sentiasa mencari rahmat Allah dengan mengikuti wahyu Allah melalui para Rasul. Dunia akhir zaman Rasulullah saw meninggalkan dua perkara di dunia yang mana sesiapa yang taat denganya terlepas dari keburukan di dunia dan akhirat, iaitu al-Quran dan as Sunnah.

          Manusia hari ini khususnya di Malaysia, keruntuhan akhlak semakin berleluasa. Jika bertanya kepada mereka tentang dosa, maka mereka boleh menjawab dengan baik malah disertai dengan dalil lagi. Pendidikan agama telah diberikan oleh kerajaan melalui subjek wajib darpadai sekolah rendah, sekolah petang sehinggalah sekolah menengah. Program-program keagamaan seperti ceramah agama, lagi-lagu islamik, drama, filem dan sebagainya merupakan cara manusia berinteraksi menyampaikan ajaran yang dibawa oleh Rasul Allah. Namun, malangnya hanya separuh sahaja yang mengambil penghayatan moral itu. 

        Antara faktor keruntuhan akhlak adalah diri sendiri. Diri sendiri yang menzalimi jasad dan rohnya. Meskipun ilmu agama tinggi, tetapi tidak hairanlah jika mereka tergelincir dalam kenikmatan dunia. Manusia mempunyai akal fikiran yang baik serta hati yang baik untuk dikawal dengan baik. Nafsu dan syaitan semakin memuncak menyesatkan manusia dan menghasut supaya manusia semakin jauh dari mengingati Allah swt. Jika nafsu menguasai diri, maka ilmu tidak lagi bernyawa.

          Cara mengatasi keruntuhan akhlak adalah dengan penghayatan yang mendalam tentang agama. Jika dada dipenuhi ilmu agama, tanpa penghayatan, maka fungsi ilmu itu tidak berguna. Diri sendiri perlu berperanan dengan mengamalkan ilmu yang ada. Hayati dengan baik. Pandai mengawal nafsu dengan menundukkan pandangan dari yang haram. Saling mengingati antara satu sama lain. Manusia mudah lupa, maka peringatkanlah. Seterusnya mensyukuri nikmat Allah. Bersyukurlah apa yang kita miliki. Allah swt adalah perancang yang terbaik. Jabatan agama islam perlu memantau dengan baik. Undang-undang perlu diperketatkan lagi. (Sebaik-baik undang-undang di dunia adalah undang-undang islam) kerana undang-undang islam adalah daripada Allah swt yang merupakan Tuhan pencipta langit dan bumi.

Wallahualam...
             

Tuesday, 17 June 2014

Tempat praktikal SAJH Kota Tinggi

Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJH) merupakan sebuah syarikat yang mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri (LI). Saya pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) amat memandang SAJH sebagai sebuah badan berkanun yang mengambil berat kepada penduduk Malaysia khususnya rakyat Johor. Latihan yang amat bermanfaat lebih kepada kemahiran berbanding teori. walau bagaimanapun, pilihlah SAJH Kota Tinggi kerana ia akan memberi kepuasan kepada pelajar. Kemudahan cuti tanpa rekod dan elaun sebanyak RM250 sebulan amat membantu para pelajar untuk menjalani praktikal di SAJH.
        Cara menjalani praktikal disini adalah dengan menghantar resume dan pengesahan pelajar ke ibu pejabat SAJH di Jln Garuda, Larkin, JB..