بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Monday, 29 December 2014

Muka lu ketat da kenapa. Senyum la sikit.

Kita manusia perlu hormat menghormati antara satu sama lain. kita juga perlu bertegur sapa jika berselisih antara satu sama lain. Bukan kita memalingkan pandangan kita seolah-olah mereka berbeza. Jika kita berilmu agama tinggi sekali pun, kenapa perlu bangga sehingga memandang rendah kepada orang lain. 

Jika kita hayati firman Allah dalam surah al-Luqman ayat 18 yang bermaksud "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Jadi, sentiasalah memberi senyuman kepada sesiapa sahaja tak kira lah dia itu siapa. Kita hormat orang, orang akan hormat kita semula.. 

No comments:

Post a Comment