بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Monday, 30 September 2013

Ibu paling sibuk dalam hidup kita

Dalam kehidupan ini, kita memerlukan orang lain dalam menjalani kehidupan seharian. Tak kira lah keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja yang dapat membantu atau menyokong apa-apa sahaja tindakan yang akan dilakukan. Manusia yang pertama kita kenal adalah ibubapa. Cerita tentang ibu, dialah manusia paling sibuk dalam kehidupan kita. Sememangnya kita mempunyai banyak sahabat, adapun kita mempuyai kekasih, adapun kita mempunyai saudara dan orang awam. Tiada manusia yang akan sibuk-sibuk terhadap diri kita melainkan ibubapa dan suami isteri.Ibu adalah manusia yang selalu mengorbankan harta benda malah nyawa demi menjaga atau melihat anaknya dalam keadaan baik. Ibu yang selalu risau akan anaknya. Nalurinya sentiasa ada sayang akan anaknya. Meskipun anaknya sudah besar dan boleh berdikari, masih ibu tetap mahukan yang terbaik buat anaknya, selalu sibuk menanyakan khabar, menayakan masalah dan sebagainya. Seorang anak wajib menjaga hati ibu yang mudah terluka. Walau bagaimanapun, ibu tidak pernah benci akan anaknya meskipun mulutnya menyatakan benci semasa hatinya kecewa. Merenung muka ibu ketika dia tidur dapat menitiskan air mata suci. Muka ibu yang tidur seakan-akan menunjukan keletihan mendidik dan menjaga anak siang harinya. Ketahuilah ibu adalah manusia yang paling mengambil berat dan sibuk terhadap anaknya. Anak menantu yang baik, penyayang, hormat ibu bapa adalah anugerah yang dapat memberi ibu tersenyum.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment