بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Saturday, 11 January 2014

Bagaimana mahu bersabar?


Dalam kehidupan ini, tidak dapat lari daripada satu perkara yang menyebabkan kemarahan. Tidak kiralah keluarga, adik, abang, kakak, kawan-kawan dan sebgainya. Sebagai manusia dan hamba Allah, perlu untuk bersabar.

Ada kelebihan sifat bersabar, Allah berFirman :

“…Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran: 134)

Tapi bagaimana cara untuk kita memiliki kekuatan untuk bersabar?
1- Sentiasa basahi lidah dengan berzikir kepada Allah.
2-Hendaklah kita duduk daripada berdiri.
3-Minum air.
4-Istigfar.

Sumber:- Hadis Rasulullah SAW



Amalan Rasulullah ketika di atas tempat tidurnya.

Merujuk kepada kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim melalui Aisyah RA yang menceritakan:
Rasulullah SAW apabila telah berada di atas tempat tidurnya baginda menadahkan kedua-dua tangannya, lalu meniup dan membacakannya surah Al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah An-Naas, setelah itu baginda mengusap kedua tapak tangannya ke seluuruh tubuh yang dapat dijangkaunya. Baginda memulakan usapnya dari kepala, wajah dan bahagian depan dari tubuhnya. Baginda melakukan sebanyak tiga kali. Aisyah RA berkata," ketika baginda sakit, baginda memerintahkan aku untuk melakukan perkara tersebut kepadanya."

Sumber: Penawar ketika sakit dan menjelang ajal. Muhammad Aiman Al-Zuhairi (2010) Rawang Selangor.

Monday, 6 January 2014

Apa kata Ustaz, Sheikh dan Tok Guru tentang solat.

"orang yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.."



Ustaz Azhar Idrus






Walaupun ayah kita seorang penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak wajib tunaikannya..







Ustaz Kazim Elias



Tidak solat punca utama penceraian dalam rumah tangga?? jaga solat, Insya- Allah bahagia..







-Ustaz Don Daniyal



Selalulah solat berjemaah walaupun payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat kali ganda.






Datuk Ismail Kamus




Kalau kita sakit jangan takut untuk solat, atleast kita mati, mati dalam solat...




Ustaz Haslin Baharin.





Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x, doa kemudian baru bangun..






-Al Habib Ali Zainal





Kalau orang yang solat belum tentu masuk syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya...


-Tok Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Maki












"Jagalah solat anda, kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dan hambaNya."

-Sheikh Abdullah Jahaf







Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa pula boleh membersihkan jiwa seseorang..

Ustaz Ahmad Dasuki







Jangan cakap "pergi solat, kalau tak masuk api neraka! tapi cakap " Jom solat, nanti kita masuk syurga Allah sama-sama..




Tuan Guru Harun Din.











Kalau dalam solat tidak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.




Ustaz Pahrol

Thursday, 2 January 2014

Di ambang 2014

Asalamualaikum..

 Selamat menyambut Tahun baru 2014. Meskipun bagi umat Islam kita telah berada dalam bulan rabbiul awal 1435 Masihi, berada di suku tahun bulan islam bagi 1435 Masihi. Masa yang pantas berlalu hingga tidak terasa diriku berda pada usia 24 tahun yang bakal genap pada 9hb ogos 2014. Dunia yang semakin tua dicubakan oleh Allah dengan pelbagai ujian yang lebih mencabar dengan inflasi kenaikan kos hidup yang semakin tinggi. Kelahiran baru manusia di era negara maju dan canggih. Juga peningkatan statistik pelajar cemerlang yang semakin ramai. Apakah persediaan anda di ambang 2014? Menguatkan keimanan kepada Allah SWT adalah lebih diutamakan bagi memperbaiki kelemahan pada tahun sebelumnya. Semoga Tahun 2014 menaikan semangat umat manusia untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran..

Wallahualam..