بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday, 2 January 2014

Di ambang 2014

Asalamualaikum..

 Selamat menyambut Tahun baru 2014. Meskipun bagi umat Islam kita telah berada dalam bulan rabbiul awal 1435 Masihi, berada di suku tahun bulan islam bagi 1435 Masihi. Masa yang pantas berlalu hingga tidak terasa diriku berda pada usia 24 tahun yang bakal genap pada 9hb ogos 2014. Dunia yang semakin tua dicubakan oleh Allah dengan pelbagai ujian yang lebih mencabar dengan inflasi kenaikan kos hidup yang semakin tinggi. Kelahiran baru manusia di era negara maju dan canggih. Juga peningkatan statistik pelajar cemerlang yang semakin ramai. Apakah persediaan anda di ambang 2014? Menguatkan keimanan kepada Allah SWT adalah lebih diutamakan bagi memperbaiki kelemahan pada tahun sebelumnya. Semoga Tahun 2014 menaikan semangat umat manusia untuk menjalani kehidupan di dunia yang penuh cabaran..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment