بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday, 18 July 2013

RAMADHAN YANG BAKAL DISIA-SIAKAN?


Aku dapat sumber ni daripada artikel yang ditinggalkan pada setiap kenderaan di kawasan masjid Sultahnah Badlisha UUM selepas solat tarawih tadi 18 Julai 2013 bersamaan 9 Ramadhan 1434H. Aku salin bulat-bulat tanpa mengubah atau menambah satu perkataan pon.. Artikelnya bergini:

Kaab bin Ujrah menceritakansuatu kisah menarik daripada Rasulullah s.a.w. dimana baginda bersabda:
"Hampiri mimbar!"

Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan: "Amin". Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan: "Amin". Bergitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga.

Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:

"Aku didatangi Jibril a.s. mengatakan kepadaku: Jauhlah (rugilah orang yang sempat ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku pun menyahut dengan berkata: "Amin" Ditangga kedua Jibril mengatakan: Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat keatasmu, aku pun menyahut: Amin. Ditangga yang ketiga Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan: Amin.

"Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan."

Apakah yang kita rasa? Maksud hadis ini menggetarkan perasaan dan menyentap jiwa, bukan?

Benar, kita hamba Allah, bukannya hamba ramadhan. Tetapi, tidak dapat dinafikan yang kita mengandakan amal kita sebanyak yang mungkin pada bulan ini. Sesuatu yang jarang berlaku disebelah bulan lainnya. Bulan ini seharusnya menjadi pencetus dan jalan kepada amalan-amalan kita pada masa hadapan. Ramadhan adalah satu "proses".

Proses apa yang saya maksudkan? proses mentarbiyah diri sendiri.

Jika dulu tidak pandang al-Quran, mukin kini sudah mula baca satu muka surat.
Jika dulu hanya sekadar membaca, mungkin kini sudah mula baca terjemahannya.
Jika dahulu hanya sekadar menunaikan solat wajib, mungkin kini sudah mula meendirikan yang sunat.

Dan proses itu terus berjalan dan berjalan. Yang penting, komitmen dan istiqamah. Itu yang payah , tapi usahalah untuk mencuba.

Apakah harapan kita pada ramadhan? Saya rasa ramai yang menginginkan pengampunan daripada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda; " Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."

Insya-Allah, sama-sama kita doakan.


Wednesday, 17 July 2013

Kesan Kemarahan Seorang Yang Pemarah

Marah tu bagi aku ada kalanya perlu dan ada kalanya tidak.. tapi orang-orang yang sabar akan disayangi oleh Tuhan. Aku kongsikan beberapa kesan jika kita selalu menjadi pemarah. Marah kadangkalanya memberi kesan yang besar pada diri sendiri mahupun orang lain dan harta benda.

Saat kita dihina.. lalu kita bersabar menghadapinya..
Saat itu pula ALLAH sedang memuliakan dan mengangkat derajat kita..

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi buta..
Buta dalam memandang..

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi kacau..
Kacau dalam berfikir..

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi lupa..
Lupa dalam kebaikan..

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi terlena..
Terlena dalam amarah..

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi hina..
Hina dalam perbuatan..

Kemarahan boleh membuat seseorang menjadi buruk..
Buruk dalam sangkaan..

Semoga ALLAH melembutkan hati kita dan di jauhkan dari sifat-sifat pemarah, Aamiin..

Monday, 15 July 2013

Bila Wanita Menangis Bahagia

gambar hiasan

''YANG MEMBUAT WANITA MENANGIS BAHAGIA''

Bukan karena ucapan AKU CINTA KAMU..
Bukan karena ucapan AKU SAYANG KAMU..
Bukan hanya ketika ada lelaki yang mau mencintainya..
Bukan hanya ketika ada lelaki yang mau memacarinya..
Bukan ketika ada lelaki yang memujinya..
Bukan ketika ada lelaki yang menyanjungnya..

WANITA AKAN MENANGIS BAHAGIA

Ketika ada seorang lelaki menyukainya..
Lalu dengan tulus ia datang ke rumahnya..
Untuk menemui kedua orang tuanya..
Memintanya untuk menjadi isterinya..
Lalu meminangnya..

Dan Pada Akhirnya :Dia mewujudhkan sebuah ikatan dengan kalimat Akad Nikah : "AKU TERIMA NIKAHNYA binti.... DENGAN MAS KAWIN SEPERANGKAT ALAT SHOLAT".

Itulah saat-saat yang paling ditunggu para wanita..Yang membuat hatinya haru biru berbunga-bunga penuh air mata bahagia..

Sumber artikel : Status Tagged seorang sahabat aku.. jadi aku simpan artikel ini dalam blog..

Lelaki Awek dan Emak

Situasi masa kini kebanyakan golongan lelaki bergini bergitu terhadap awek dan emak. Bergitu juga kepada perempuan terhadap pakwe dan emak..semoga ianya adalah bukan diri anda...

awek sakit -- risau
mak sakit -- buat tak tau
hari jadi awex -- diberi hadiah
hari jadi maknya -- buat tak tau
awex belum makan -- ditanya
maknya belum makan -- tidak pernah ambil tahu
awex marah -- sedih
maknya marah -- marah balik

Tetapi Bila Saat Begini:

masa sakit -- panggil mak
bila Sedih -- cari mak
bila dihina -- mengadu dekat mak
mau apa saja --minta dekat mak
bila mak dah xda baru nak nangis~

*Hargailah mereka selagi mereka masih ada..

Jika anda menjadi anak soleh dan solehah sekarang tidak bermakna satu hari nanti anak anda pula menjadi soleh dan solehah, tetapi kebarangkalian Allah s.w.t. akan beri anda juga mendapat anak yang soleh dan solehah yang mendoakan..
Wallahualam..

Sunday, 14 July 2013

Lafaz Niat Puasa Fardhu Ramadhan



نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan
fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala

Rahsia Kasih Sayang

Perumpamaan ini adalah aku copy paste dari status laman sosial tagged.. yela, benda ni kalau aku tak save kat blog pasti dia lenyap gitu je.. jd aku save dan share kepada sesiap yang berminat membaca artikel nih.. selamat membaca..

Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.

Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.

Dan.
Kasih sayang Allah kepada kita.
Jauh lebih besar.
Dari kasih sayang ibu atau ayah, kepada anaknya.

Wallahualam..

Perspektif Jodoh Kita

Aku berkongsi tentang pesspektif jodoh yang aku terbaca.. Dan ini adalah artikel yang agak menarik..

SALAH
BETUL

Jodoh tidak perlu dicari
Allah menyuruh manusia berusaha

Perempuan hanya perlu menunggu
Sayidina Khatijah meminang Rasulullah s.a.w.

Perempuan tiada banyak pilihan sebaliknya lelaki banyak pilihan

Perempuan berhak memilih
Alang-alang terlanjur, teruskan sahaja kerana tidak mungkin lagi menemui lelaki/perempuan yang baik

Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya
Pasangan yang banyak perbezaan tidak kekal dalam perhubungan

Perbezaan membolehkan manusia saling melengkapi
Perlu bercinta sebelum berkahwin
Ramai pasangan bercinta gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas berkahwin.

Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa berSMS dan berjumpa
Selagi belum berkahwin syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berSMS dan berjumpa sehingga melalaikan.

Janji manis pasangan harus dipercayai. Seorang lelaki berkata kpd teman wanitanya. “I tidak ada harta tetapi I ada cinta.
Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya.Hidup berumah tangga memerlukan banyak tanggungjawab yg perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.

Contoh lain: i tidak akan menyentuh u sebelum menikah.
Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya kemana sahaja yg dibawa. Oleh itu tidak hairanlah apabila realiti menunjukan ramai pasangan sebergini akhirnya terjebak dalam kancah perzinaan

Sekadar renungan bersama...

Friday, 12 July 2013

Wanita Masa Kini


Memang benar.
Sekarang sudah tidak ada wanita
sholeha setegar Khadijah,
Selembut Aisyah, dan Seteguh Siti
Fatimah, Karena mereka adalah
orang yang terpilih oleh Allah SWT
dan dijanjikan syurga.**

Namun Insya Allah.
Sekarang masih ada wanita akhir
zaman yang belajar berusaha
menjadi wanita sholehah yang
Setegar Khadijah, Selembut Aisyah
dan Seteguh Siti Fatimah dengan
menjadikan mereka sebagai
tauladan. Insya Allah.

11 Tanda Itu Orang Bahagia


11 TANDA ITU ORANG BAHAGIA.

✔ Kurang bercakap, melainkan yang perlu.
✔ Sentiasa merendah diri (tawwaduk)
✔ Berkasih sayang sesama makhluk.
✔ Bersahabat dengan orang soleh.
✔ Menjauhi daripada yang haram.
✔ Berguna kepada masyarakat.
✔ Tidak rakus dengan dunia.
✔ Memelihara solat 5 waktu.
✔ Sentiasa mengingati mati.
✔ Pemurah dan baik hati.
✔ Sibuk dengan ibadah.

- Dato' Ismail Kamus —

Thursday, 11 July 2013

Bila Nafsu Kelaparan...


Tatkala Allah bertanya kepada nafsu siapakah dirinya?
Nafsu menjawab Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku.
Nafsu amarah adalah nafsu yang tidak mempedulikan kewujudan Allah dan
yang dipedulikannya ialah kewujudan dirinya. kehendak dan kesenangan
dunia yang dicita-citakan.
Kemudian ALLAH bertanya lagi...
Siapakah Aku dan siapa engkau?
Nafsu menjawab: Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku.
Maka nafsu pun dihumban ke neraka selama 70,000
Selepas hukuman itu, nafsu
dikeluarkan dari neraka dan ditanya.
Siapakah Aku dan siapa engkau?
Nafsu menjawab: Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku.
Kemudian nafsu dihukum lagi selama 70,000 tahun di neraka.
Selepas selesai hukumannya, nafsu
ditanya lagi.
Siapakah Aku dan siapa engkau?
Namun nafsu masih lagi menjawab..
Nafsu menjawab: Engkau adalah Engkau dan aku adalah aku.
Kemudian Allah memerintahkan nafsu
dihukum di neraka selama 70,000 tahun
lagi dan tidak diberi makan.
Selepas 3 hari nafsu minta dikeluarkan dari neraka..
Kemudian ALLAH bertanya lagi...
Siapakah Aku dan siapa engkau?
Nafsu menjawab:Engkau adalah Tuhanku dan aku adalah hamba-MU
Renungkanlah para Sahabat.....
Hebatnya puasa.Dengan berpuasa boleh menundukkan nafsu. Ambilah kesempatan di bulan Ramadhan yang
mulia ini untuk menundukkan nafsu
kita.
Betapa Ramadhan yang di khususkan
kita ini mampu memberi Tarbiah ke atas
nafsu kita...
Setelah menerima berbagai ujian dan
pelajaran ( tarbiyah ) dari ALLAH atas
puasanya.
Nafsu mula kendur dan menjadi semakin lembut dan apabila telah benar-benar nafsu itu bersih dari
amarah jadilah nafsu itu nafsu mutmainah.

Nafsu mengaku Allah setelah tidak diberi makan...

Punca Perempuan Tak Pakai Tudung


Ni teori aku sendiri, saja nak tulis hal perempuan. Sebab kebelakangan ini perempuan ramai yang tak pakai tudung. 70% perempuan tahu hukum tidak menutup aurat adalah dosa. Hakikatnya masih ramai yang tidak perdulikannya.

Antara puncanya:
Pertama, masih ada orang puji perempuan yang tidak memakai tudung kelhatan cantik. Ramai perempuan yang post picture free hair kat Facebook, Twitter, Tagged dan sebagainya dan kelihatan ramai yang Like terutamanya golongan lelaki. Ini akan membuatkan perempuan tadi bongkak dan meneruskan dedahan rambut ke seluruh dunia.

Kedua, Sudah terbiasa tidak memakai tudung sejak sekolah rendah.

Ketiga, Tidak mendapat kesedaran meskipun tahun hukum hakam tidak menutup aurat.

Keempat, berniat nak pakai tudung tatkala bergelar isteri.

Kelima, Nak jadi pelakon porno, sebab pelakon porno perlu seksi.


Kesimpulannya, kurang didikan agama bukanlah faktor utama dalam masalah sosial masa kini.


Tiga Hal Yang Tidak Akan Kita Tahu


Tiga perkara yang tidak akan kita tahu sampai bila-bila:
Pertama, Umur Kita Mati
Kedua, Rezeki Kita
Ketiga, Jodoh kita.

tiada siapa pon tahu tarikh dia mati, pukul berapa semua tu sebab itu urusan Tuhan. Dan diharamkan seseorang melakukan telek nasib bagai. Apa yang patut adalah sentiasa berjaga-jaga dengan kematian. Sebab ianya adalah kepastian.

Rezeki pula ada pada Tuhan, jika Tuhan memberi rezeki kepada kita harus kita ucap Alhamdulillah. Jangan jadi manusia yang sombog dan bongkak.

Jodoh, perkara yang simple.. Jangan terlalu yakin couple awk adalah jodoh awk, sebab kadang2 jodoh kita bukan yang kita cintai sekarang, dan jika ia adalah jodoh awk, maka bersyukurlah kerana awk telah jumpa jodoh awk yang Allah tetapkan..

Kemaafan Tuhan

Kita minta maaf kepada seseorang disebabkan kesalahan kita lakukan...
Kita ulang balik kesalahan yang sama.. Dan kita minta maaf lagi,
Lama-lama orang sakit hati dengan kita malah ada yang tidak memaafkan lagi..

Tapi bila dengan Allah...
Kita buat salah dan kita BERTAUBAT...
Kita ulang- ulang buat kesalahan,
ALLAH masih TERIMA taubat kita...

Betapa ALLAH SAYANG kita,
kita yang selalu TERLUPA akan hakikat tersebut...

KASIH SAYANG Allah melebihi MURKANYA...
Moga kita diberi PELUANG Kembali kepadaNYA
Dalam keadaan DIA Redhakan.
Aminnn..


Wednesday, 10 July 2013

Warkah Cinta Ibu mertua utk bakal menantu perempuan

-Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood-

Atas permintaan ramai,berikut adalah surat untuk calon menantu perempuan yang ustzh bacakan dlm Semanis Kurma semalam ye.

"Duhai gadis yang baru ku kenal,tahukah kau,dia putraku,lahir dari rahim suciku,kupertaruhkan hidupku untuk memilikinya,anak kesayanganku yang sepanjang hidupnya kubesarkan dengan segenap rasa cintaku.Duhai gadis pilihan putraku,ibu harap kau memiliki TANGAN yang lebih lembut dariku..kerana ibu tak mahu kau melukai putraku.Ibu harap kau mempunyai SENYUM yg lebih sejuk dariku..kerana putraku akan datang padamu untuk mencari ketenangan.Ibu harap kau mempunyai TUTUR KATA yang SEINDAH EMBUN kerana ibu tak ingin dia mendengar kata-kata kasar dalam hidupnya.Duhai gadis pilihan putraku,jadilah anakku,agar ibu tak pernah merasa kehilangan putraku kerana kehadiranmu".

Keagungan Peribadi Rasulullah S.A.W.

Aku kongsi sebuah kisah peribadi Rasulullah S.A.W. berpandukan sebuah hadis..

Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali Rasulullah s.a.w berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayidina Umar bin Khattab bertanya,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat.
Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?

“Tidak ya Umar,
Alhamdulillah aku sehat dan segar.”
Jawab Rasulullah.

“Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan?
Kami yakin baginda sedang sakit”.
Desak Saidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya.
Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar.
Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Para sahabat pun berkata,
“Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”.

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut,
“Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu.
Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?
Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung peribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis kerana tidak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda SAW.
Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.Dalam satu riwayat dikisahkan bahawa ketika Rasulullah s.a.w mengimami solat berjemaah, para sahabat mendapati seolah-olah setiap kali Rasulullah s.a.w berpindah rukun terasa susah sekali dan terdengar bunyi yang aneh.

Selesai solat, salah seorang sahabat, Sayidina Umar bin Khattab bertanya,
“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah baginda menanggung penderitaan yang amat berat.
Sedang sakitkah engkau ya Rasulullah?

“Tidak ya Umar,
Alhamdulillah aku sehat dan segar.”
Jawab Rasulullah.

“Ya Rasulullah, mengapa setiap kali Baginda menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi-sendi tubuh baginda saling bergesekkan?
Kami yakin baginda sedang sakit”.
Desak Saidina Umar penuh cemas.

Akhirnya, Rasulullah pun mengangkat jubahnya.
Para sahabat pun terkejut ketika mendapati perut Rasulullah SAW yang kempis tengah di lilit oleh sehelai kain yang berisi batu kerikil sebagai penahan rasa lapar.
Ternyata, batu-batu kerikil itulah yang menimbulkan bunyi aneh setiap kali tubuh Rasulullah SAW bergerak.

Para sahabat pun berkata,
“Ya Rasulullah, adakah bila baginda menyatakan lapar dan tidak punya makanan,
kami tidak akan mendapatkannya untuk tuan?”.

Baginda Rasulullah pun menjawab dengan lembut,
“Tidak para sahabatku.
Aku tahu, apapun akan kalian korbankan demi Rasulmu.
Tetapi, apa jawabanku nanti dihadapan Allah, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban bagi umatnya?
Biarlah rasa lapar ini sebagai hadiah dari Allah buatku, agar kelak umatku tak ada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih di akhirat nanti.

Teramat agung peribadi Rasulullah SAW sehingga para sahabat yang ditanya oleh seorang badui tentang akhlak beliau SAW hanya mampu menangis kerana tidak sanggup untuk menggambarkan betapa mulia akhlak baginda SAW.
Beliau diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.


Tahukah kamu Tentang Wanita?

"TAHUKAH KAMU.. ??
 Seorang muslimah yang tidak melayan lelaki apabila ditegur janganlah kau kata dia sombong ,  Seorang muslimah yang tiada teman lelaki , janganlah kau kata dia tak laku ,  Seorang muslimah yang tegas dalam memelihara prinsip aurat , janganlah kau kata dia kolot ,  Seorang muslimah yang tak pandang kau tika bersemuka , janganlah kau ingat kau hensem sangat sampai dia takut nak pandang , "

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM ,

Apa yg ada di sebalik sekeping hati muslimah itu ?
Ketahuilah , dia sedang berjuang memelihara hati engkau supaya tegar meletakkan Allah di atas singgahsana dalam hatimu .
Dia mahukan engkau , menjadi mujahid yang sibuk menegakkan kalimah haq berbanding melayani hawa nafsumu .
Betapa dia sangat takut andai dirinya menjadi punca kelalaian hatimu dalam menunaikan haq Allah .
Betapa dia sangat takut andai dirinya mengkhianati haq Allah dgn mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu...

hanya sekadar dibuat renungan bersama..

Tangan Ibu Perlu Dikenang


Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuapi. Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman. Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengusap air mata. Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah syukur, memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia.

Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kotoran. Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata, "Sabar nak, sabar ya sayang."

NAMUN,

Ketika ibu sudah tua dan kelaparan, tiada tangan dari anak yang menyuapi. Dengan tangan yang gemetar, ibu menyuapkan sendiri makanan ke mulutnya dengan linangan air mata. Ketika ibu sakit, dimana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat ibu yang sedang sakit?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad. Ketika jenazah ibu hendak dimandikan, dimana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu untuk terakhir kali.

Tangan ibu, tangan ajaib. Sentuhan ibu, sentuhan kasih. Dapat membawa ke Surga Firdaus.

Karya: Nik , Shah Alam.. Copy Tagged

Di Dada Laman Sosial

Anda pasti mempunyai pelbagai jenis akaun laman sosial seperti Tagged, Facebook,Twitter,My Space dan sebagainya..

Jika engkau luahkan KESEDIHAN
pasti akan ada yang akan mengambil peluang BERSIMPATI kepadamu..

Jika engkau luahkan KEMARAHAN #_#
pasti akan ada yang mengamil peluang MENGAPI-API kan mu..

=> Oleh itu luahkan suatu yang dapat menambah PAHALA mu
nescaya akan ada yang mengambil MANFAAT dari bicaramu
Engkau untung dan mereka pun mendapat keberuntungannya

P/S: Jangan tak tahu, Status TAK ELOK pun dikira DOSA tau

Manusia Menegur Tapi Buka Aib?

Manusia,

Terkadang bila terlalu excited nak "menegur" kesalahan seseorang,
Adakalanya terbabas sehingga "terlupa" sedang membuka aib insan yg bersalah itu.

Allahurobbi.

Menegur bukan dengan cara membuka aib.
Ingin membimbing, bukan dengan cara mencaci, mengutuk, menghina dan menggunakan kata kata kesat apatah lagi dengan mengambil gambar pesalah dan kemudian di "troll" kan.

Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]

Dari Ibnu Umar radhiallahuanhu berkata, Rasulullah SAW menaiki mimbar lalu berkata dengan nada suara yang tinggi, lalu bersabda, Wahai manusia yang masuk Islam dengan lisannya, dan tidak memasukkan iman (sepenuhnya) dalam hatinya, janganlah mencerca muslim lain, jangan memalukan mereka, jangan mencari keaiban mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari keaiban saudara seislamnya, maka Allah akan turut menuruti keaibannya, dan siapa yang Allah turuti keaibannya, akan dibukakan walaupun dalam tempat persembunyiannya..

Sahih Sunan Tirmizi, no hadis: 165

So..menegur seseorang yang melakukan kesalah ada caranya. Jangan main tegur tanpa beradap..
Wallahualam..

Kenapa Puasa Mulut Busuk?

Aku share Pesanan ceramah seorang ustaz terkenal Ustaz Don Daniel. Boleh kita merenung dengan ceramah beliau sempena bulan ramadhan ini.

Yg dikatakan mulut org berpuasa sewangi kasturi apabila dia sedang berpuasa dan mulutnya dibasahkan dengan zikrullah dan bacaan alquran. Secara fizikalnya berbau tetapi secara rohaninya mulutnya wangi.

Tetapi kalau berpuasa mulut masih juga mengumpat org dan cakap benda tak elok, fizikal dan rohani mulutnya adalah busuk.

Adapun, dari segi saintifik, bila mulut kita berbau adalah sebab proses pencucian dan detoxification perut membuang segala kotoran2 di perut, hakikatnya seperti kita mencuci tandas atau dapur atau di timbunan sampah, kita perlu harung bau busuk itu utk mencuci dan hasilnya nanti akan wangi lepas dicuci. Jadi selama sebulan ini perut kita sedang membuang segala keladak2 dan kotoran2, tanpa kita perlu minum clorox dan proses semulajadi ini hanyalah diperlukan dengan tak makan dan minum sahaja serta exercise dgn berterawih di malam hari.

Sungguh Allah maha penyayang yang tidak menyulitkan langsung hambaNya.... :)
Wallahualam..

Perlindungan Allah di Padang Mashar

LIMA ORANG YANG AKAN DILINDUNGI ALLAH DARI CUACA YANG PANAS PADA PADANG MASHAR

1. Orang yang sering solat
2. Orang yang sering mengaji
3. Orang yang jauh dari kemaksiatan
4. Orang yang sering bersedekah
5. Orang yang menangis karena dosanya.

Wallahualam

Muflis Perhitungan

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, "Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?"

Lalu jawab sahabat, "Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta."

Lantas Baginda s.a.w bersabda, "Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka."

Hadis Riwayat Muslim

Indahnya Ramadhan

Selamat menyambut bulan ramadhan yang penuh dengan barakah. Indahnya bulan ramadhan kerana pahala amalan digandakan, ditutupnya pintu neraka dan dibuka nya pintu syurga diikatnya segala syaitan-syaitan yang jahat. Bulan didalamnya diwajibkan untuk berpuasa sebulan penuh dan diwajibkan berzakat. Maka terjawablah dua rukun islam lagi iaitu zakat dan puasa. Siangnya berpuasa dengan menguji lapar dahaga serta sabar. Malamnya pula diberi peluang untuk Tarawih dan Witir yang sememangnya amalan mulia. Di dalam nya ada malam lailatul qadar lebih baik dari seribu malam. Terletak di sepuluh malam terakhir. Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam itu dengan memohon keampunan dan melakukan sebanyak-banyak amalan. Indahnya ramadhan...

Sunday, 7 July 2013

Rahsia Kekayaan Mereka

Aku bercerita tentang bangsa cina yang bekerjasama dengan bangsanya sendiri. Sedangkan bangsa aku melayu juga bekerjasama antara satu sama lain.Tapi dalam sesebuah perniagaan, ianya ada berlainan sedikit. Cuba renungkan cara cina membantu bangsanya sendiri di bawah ni..

Kisah 1:
Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari . Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?

Jawapan cina, " Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."

Kisah 2:
Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk , hanya untuk melihat anak tuan kedai cantik . Satu hari gadis itu tiada , setelah ditanya rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran melayu ? Kedai buruk tapi duit banyak ? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim , bila anak saya nak pergi belajar , semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin . Tak perlu bayar balik , bila Lim miskin sudah jadi kaya , Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula ."

Kisah 3:
Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid , bajet hanya 20 ribu . Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu ? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina . Terkejut imam kerana harga hanya 12 ribu .

Jawapan cina ," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang , tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah ."

Masyaallah , tak malukan wahai bangsaku ? Kalau ada kawan buka kedai , tak malu meminta diskaun ? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu , malah dihina jika miskin . Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih ?

Malangnya , kisah diatas adalah kisah benar . Tak percaya ? Mungkin anda masih perlu lebih teroka dunia .

Hidup Pasti Ada Buat Salah

Yang ini aku copypaste dari seorang sahabat aku di laman sosial tagged. Mungkin ianya berguna untuk aku serta sesiapa yang berminat untuk membacanya. Kalau aku letakkan di dalam blog sudah tentu ianya tidak akan terpadam.. Ye la kat status tagged, mana yang post lama ia akan hilang dengan sendirinya. kan?? statusnya bergini...

Kita pernah "DILUKAI" dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara
menghargai, menerima,
berkorban dan
memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah
"MEMBOHONGI"
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah
melakukan kesalahan dalam
hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri

MEMINTA MAAF dan MEMBERI
MAAF.
Setiap waktu yang telah kita
habiskan dalam hidup ini,tidak
akan terulang kembali.

Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu
untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,Hidup
adalah belajar.Tanpa ada batas umur,Tanpa ada kata tua

JATUH,berdiri lagi
KALAH,mencoba lagi
GAGAL, bangkit lagi,Sampai
Allah SWT memanggil:
"Waktunya PULANG"

semoga ianya sebanyak sedikit memberi faedah kepada kita..



Kehidupan Seseorang insan

Banyak mata yang berjaga malam, banyak pula yang tertidur lelap. Memikirkan persoalan yang sudah atau akan terjadi. Sering timbul rasa duka di hati. yang tidak pernah menimbulkan ketenangan.
Tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh mendorongmu hilang kewarasan.
Kelmarin, Tuhan telah membantumu. Percayalah esok Dia masih akan tetap menolongmu. Bersangka baiklah kepada Allah. Kehidupan seorang insan pastinya rahsia, hanya merancang dan berserah akan hasilnya. Percayalah juga Allah sentiasa ada bersamamu. Meskipun kamu selalu alpa terhadapNya.

Spontan Ahli Sihir Firaun Beriman


Assalamualaikum pembaca yang budiman. Hari ini aku nak berkongsi tentang kehebatan iman ahli sihir Firaun dengan spontannya dia bersujud kepada Allah s.w.t. tanpa was-was dengan yakinya ahli sihir Firaun beriman kepada Musa a.s. setelah mereka melihat kebenaran dari Tuhan Musa a.s. dengan mukjizat yang diwahyukan Allah kepada Nabi Musa a.s. Jika kawan-kawan hayati maksud surah al-A'raf yang terkandung dalam al-Quran bermula ayat yang ke seratus tiga hingga seratus dua puluh enam yang berkisah tentang Nabi Musa a.s. dan Ahli Sihir Firaun.

[103]
Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.

[104]
Dan berkatalah Nabi Musa: “Hai Firaun! Sesungguhnya aku ini adalah seorang Rasul dari Tuhan sekalian alam.

[105]
“Sudah semestinya aku tidak mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya aku datang kepada kamu dengan membawa keterangan yang nyata dari Tuhan kamu. Oleh itu, bebaskanlah Kaum Bani Israil menyertai aku (ke Palestin).

[106]
Firaun menjawab: “Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah dia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar”.

[107]
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

[108]
Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya, tiba-tiba tangannya (menjadi) putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

[109]
Berkatalah Ketua-ketua dari kaum Firaun: “Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

[110]
“Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu”. (Firaun bertanya): “Oleh itu, apa yang kamu syorkan?”

[111]
Mereka berkata: “Tangguhkanlah dia dan saudaranya (daripada dijatuhkan sebarang hukuman) serta utuslah ke bandar-bandar (di merata-rata negeri Mesir untuk) mengumpulkan (ahli-ahli sihir);

[112]
“Yang kelak akan membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir”.

[113]
Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: “Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?”

[114]
Firaun menjawab: “Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)”.

[115]
Mereka berkata: “Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?”

[116]
Nabi Musa menjawab: “Campakkanlah kamu (dahulu)!” Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).

[117]
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

[118]
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang mereka telah lakukan.

[119]
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.

[120]
Dan (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,

[121]
Sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam.

[122]
“(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”.

[123]
Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya yang kamu lakukan dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya. Oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).

[124]
“Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang, kemudian aku akan memalang kamu semuanya”.

[125]
Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami (tidak gentar) kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami (dan kepadaNyalah kami mengharapkan keampunan dan rahmatNya).

[126]
“Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami”. (Mereka berdoa): “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.

Jarang-jarang orang yang mendapat kehebatan iman yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada ahli sihir Firaun yang mendapat petunjuk Allah melalui mukjizat Nabi Musa a.s.Secara spontan Mukjizat yang ditunjukan oleh Musa a.s. secara spontan juga ahli sihir Firaun beriman kepada Allah s.w.t. Semoga kita mendapat iktibar daripada ayat al-Quran tersebut tentang iman yang sangat indah.

Saturday, 6 July 2013

Kenapa Engkau menciptaku Ya Allah.

Hari demi hari, masa demi masa... berlalu terus setiap saat yang tidak boleh berundur. Aku bergelar manusia di muka bumi. Menjalani liku kehidupan yang sangat indah. Meskipun ianya adalah sementara, namun adalah nikmat besar bagi ku dengan diberinya penglihatan dan udara yang nyaman. Kadang-kadang ramai orang mengeluh dikala dirinya diuji. Biasa perkataan yang selalu keluar adalah "hidup aku sudah tidak bermakna", 'mati adalah lebih baik bagiku', 'Kau menciptaku adalah sia-sia'. Namun hakikatnya siapa kita mahu pertikaikan ciptaan Allah??
 Allah s.w.t. mengetahui akan apa yang dicipta-Nya. baik manusia, jin dan sebagainya. Seseorang dicipta adalah dengan pengetahuanNya yang luas. mana tak nye. Allah s.w.t. tahu sebelum menciptakan kita. Allah tahu apa yang akan berlaku jika Allah mencipta kita, adakah kita taat kepadaNya, adakah kita akan buat kerosakan di muka bumiNya dan sebagainya. Segala-galanya Allah tahu. Sebab Dia sudah tentukan qada' dan qadar kita, hidup dan mati kita. Kita hanya melakukan yang terbaik untuk diri kita kerana kita tidak mengetahui apa ketentuan buat kita. Usaha menjadi baik meskipu tak mampu nak jadi yang terbaik.

Friday, 5 July 2013

Menasihati secara lemah lembut bukan mencela

Silap kebanyakan orang yang gemar berdakwah menggunakan bahasa yang kesat dan kasah. Selalu smash atau balun orang tu yang mahu dinasihati. Manusia ada hati dan perasaan. Bahkan hati manusia sensetif. Ada yang memberi nasihat secara marah, pastu terus memandang hina kepada pembuat dosa tu. Ada yang lagi hebat, ssi pemberi nasihat tu memaki hamun tak tentu arah kepada pembuat dosa.  Tak kira la lelaki ke perempuan ke islam ke bukan islam ke, perlunya berdakwah secara lemah lembut dan berhikmah.

Contoh lain, tak bertudung tu memang dosa, mereka wajib tegur. Tapi jangan pandang mereka seolah-olah mereka ahli neraka kerana kita pon belum tentu masuk syurga. Nak berubah perlu amik masa. Bukan hari ni nak berubah esok dah jadi orang baru. Pastu balun orang yang belum dapat hidayah lagi. "Aku dah bertaubat, hangpa bila lagi??"

Baru-baru ni aku ada tengok ceramah ustaz Kazim. tapi tak de la secara langsung. tengok kat youtube je. Dia pesan, kalau kita nak nasihatkan orang perlu guna suara bass. Sejuk sikit orang yang dengar nasihat kita tu. Baru la diorang dengar apa yang kita nasihatkan.
Wallahualam..


ILMU EMAK TIADA DALAM BUKU

Emak selalu pesan...

1. Kalau beli ikan, pilih yg segar2..tengok kat mata dan insang ikan tu.. kalau mata merah tu, maksudnya ikan lama.. lembik.. kalau mata ok, tgok insang plak.. kalau insang warna merah pucat tu, maksudnya dah lama terendam dlm air batu..

2. Kalau pilih timun, pilih yg straight n x bengkok.. sbb timun yg bengkok biasanya rasa pahit n x sedap.

3. Kalau basuh beras, biar sampai air beras tu jd jernih.. dan pastikan xde bubuk(kutu beras)

4. Kalau nak buat rumah, pastikan pintu besar rumah tu mengadap matahari terbit n elakkan drp mengadap matahari jatuh.. nanti rumah tu panas. dan rumah yg mgadap matahari terbit akan berangin..

5. Kalau jemur baju jangan malam-malam, sebab tak berapa elok.

Mcm2 mak ajar lg..jemur baju, basuh pinggan, cara makan, mengaji, solat.. sehinggalah semua ilmu tu digunakan hgga kini.

Semua ilmu tu xdpt drp mana2 buku.. namun amat2 bermakna.

Pasni kena tanya mak satu soalan lg.. kalau nak pilih bakal imam,cmne ye?

11 sifat perempuan yang membuatkan LELAKI tidak selesa...

1. Terlalu gedik.

-perempuan yang manja boleh diterima lagi la. lebih-lebih lagi da jadi isteri. Manja lah membuatkan kekuatan kemesraan dalam hubungan suami istri. Tapi kalau da sampai tahap mengada-ngada, tergedik sana tergedik sini jadi rimas lak si lelaki. Jangan kata lelaki, kawan-kawan si perempuan pon rasanya jadi rimas. Nak boikot kesian pulak.

2. Berdandan terlalu over.

-Ada perempuan yang bersolek terlalu tebal. Sehingga wajah aslinya tidak kelihatan. Gincu tebal merah menyala. Kalau keluar ngan lelaki, time solat pergi solat kat mana-mana, tunggu punya lama rupa-rupanya bersolek lagi pas solat. Solek asal nampak bersih dan tak selekeh suda. Ni solek mengalahkan artis or ada event gempak punye. Pastu bila berjalan sorg2 ramai yg bunyi 'peeweeeettt'.. Kalau kat dlm universiti perempuan camni menjadi tarikan kepada pelajar asing terutama somalia.

3. Kuat mengumpat.

-Lelaki kurang suka perempuan yang kuat mengumpat nih.. kalau satu kepala ngan pasangan xpe gak. Mana tak nye. perempuan kuat mengumpat ni boleh disamakan dengan mulut tempayan. Silap-silap abis semua aib lelaki diceritakan satu dunia.. Mengumpat dan terus mengumpat. Kalau kita xsuka dengar apatah lagi mengumpat orang lain.Memang tak boleh dinafikan. Lelaki juga ada yang kuat mengumpat. Tapi lelaki nye mengumpat takde la sehebat perempuan mengumpat.

4. Suka mengawal keadaan

-buat itu tak kena buat ini xkena. lambat balas mesej xkena xangkat call xkena. Buat rambut cm2 xkena, berpakaian cmtu xkena.. rimas say.. haha sememangnya lelaki rimas jika jalan hidupnya dikawal sepenuhnya oleh perempuan. Kerana keegoan seorang lelaki akan tercabar jika ada pihak lain meskipun kekasihnya  membuatkan lelaki menjadi selain dari dirinya...

5. Perempuan yang suka bergaduh

lelaki memang rimas kalau tengok perempuan banyak musuh. Bergaduh macam lelaki, bertumbuk2 bagai. macam tengok wwf je.. Lagi satu perempuan yang banyak musuh dengan perempuan lain juga tidak disukai lelaki.

6. Selalu mengugut

-perempuan yang sering mengugut. sikit-sikit kalau gaduh ngan lelaki, dia ugut sehingga satu tahap kita putus.. ada lagi satu ugut lelaki dengan membuat pemilihan saya ke rokok?? mana ada jawapan lelaki tu nak bg. sekurang-kurangnya bg la masa utk berhenti rokok. sila la faham k..

7. Membosankan.

-Ada perempuan yang membosankan sebab dia sering bergembira bersama kawan perempuan yang lain nya. berhibur tanpa ada masa terhadap lelaki. Bahayanya sehingga ada berhibur ngan perempuan lain kerana mahukan hiburan yang banyak. banyak cantik...

8. Terlalu memilih dan cerewet.

- Kalau lelaki ajak perempuan makan, ikut je la mana lelaki tu nak bawak. Kalau dia ajak makan kat restoran-restoran biasa ikut je la. bukan makanan haram pon dijual. Jadi perempuan jgn terlalu cerewet dan memilih sangat yer.

9. Selekeh dan serabai

-perempuan ni kena pandai jaga penampilan diri. jgn terlalu selekeh dan serabai, serabut lelaki tengok. muka tak lawa xpe. sebab dia ciptaan Tuhan. ni yg bahagian bawu peluh bagai. sila la jaga. ni xde la naik bas org lain trganggu. jd pakai ubat ketiak ok. xperlu pakai wangi-wangian yg terlalu wangi. dosa kan? tp memadailah.

10. Kuat menangis.

-perempuan dengan air mata tdk boleh dipisahkan, tapi memadailah. lelaki tak berapa suka perempuan menagis bagai nak rak. sikit-sikit nangis, murah sgt air mata dia tu. lelaki suka perempuan yg tabah, dan sabar. bagu la perempuan tu menarik..

11. Gelak yang tak melampau

-perempuan ketawa cute la gak, berhibur kan takde salahnya. tapi yg terlalu over gelak, rimas gak lelaki tgok. sampai pukul bahu kawan dia bila gelak.. errr...

Keterpaksaan Membuat Kebaikan

Aku bercerita tentang perkara yang mungkin terlintas dalam diriku. Keterpaksaan dalam melakukan kebaikan tanpa ada keikhlasan. Melangkah kaki ke tempat beribadat juga keterpaksaan. Berat kaki melangkah jika sudah lama meninggalkan perbuatan-perbuatan kebaikan. Namun, apakan daya, mahu tak mahu adalah penting kita memaksa diri kita untuk melakukan ibadat. Jika menunggu hati lembut dan ringan untuk kebaikan susah tentu tidak tahu bila. Takut-takut maut sampai dahulu sebelum hati menjadi ringan untuk beribadah. "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Adalah benar, untuk menjadikan diri ini terbiasa membuat kebaikan semasa kita kecil lebih mudah berbanding kita membiasa membuat kebaikan pada usia belasan tahun. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Buatlah amalan yang wajib dan kemudian yang sunat buat la yang mana mampu. Kan makin banyak amalan jika dilakukan dengan sedikit lama kemudian menjadi banyak. Jika kita jauhkan diri terhadap Tuhan janganlah menyelup perkasam biar sampai kepangkal lengan." Jadi, jika kita da banyak buat salah jangan la kita makin jauhkan diri dari Tuhan. 

Thursday, 4 July 2013

Malam apabila ia gelap

Demi malam apabila ia gelap. Tidak seorang pon bangun dan aku masih duduk di meja bertemankan laptop. Langsir di selak supaya kelihatan suasana malam di luar. Suasana yang tenang dengan aingin yang bertiup perlahan. Bunyi irama jengkerik tidak penat mengalunkannya. Jam sudah pukul tiga pagi. Rasa keseorangan tanpa teman. Masa ini lah terkenang dosa lama yang masih menghantui diriku. Alangkah sunyinya didunia ketika kita masih celik di waktu malam. Embun mulai masuk melalui lubang tingkap yang tidak dirapatkan. Sememangnya gelap membayangkan aku di saat aku berada di liang lahat. Cuma sekarang, walaupun gelap masih lagi mempunyai lampu skrin laptop. Dan aku masih boleh bernafas dengan nyaman dan nikmat serta boleh ke hulu ke hilir kerana luasnya bilikku.. Berginilah di kala aku seorang bersendiri. Tenang jiwa hanya seketika kerana teringat semua perkara yang membuatkan rasa rindu. Malam apabila ia gelap. Hanya aku seorang diri. Dengan di temani malaikat dan syaitan serta dilihat sentiasa oleh Tuhan yang esa...

Wednesday, 3 July 2013

Sempurnakah aku?


Mereka anggap aku baik hanya kerana acap kali aku post mengenai artikel-artikel ilmiah, dakwah dan sebagainya...Dan dari itu juga ada yang menganggap aku hanya menyebarkan dan tidak mengamalkan..

tapi..
Jauh di sudut hatiku,
nak je aku menangis sekuat hati..
Aku sedang bertarung dengan diriku sendiri,
tak mudah apa yang disangka..
Allah sahaja tahu apa yang terbuku di hati..
Aku masih berada di dalam lautan kekurangan..
Kadangkala aku sering tergelincir kerana,
jatuh ke dalam lubang yang sama,
Jalan kehidupanku penuh dengan kenikmatan..
maafkan aku kerana kadangkalanya aku khilaf...
Terlupa ke arah mana yang patut aku tuju..
ebak hatis tatkala aku terbayang,
sehingga mengalirnya air mata ini,
Bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku ..

Menilai seseorang melalui facebook



Menilai luaran manusia amatlah sukar meskipun kita tidak mempunyai hak untuk menilai orang lain melainkan menilai diri sendiri. Semua orang boleh jadi soleh dan solehah.Semua orang boleh jadi ustaz dan ustazah. Baru pakai purdah, tudung dan serban, kopiah orang dah gelar ustaz dan ustazah. Update status islamik 2, 3 ayat. Orang dah gelar soleh dan solehah.. owh, dia ni bagus orangnya.. Wah.. ni la calon isteri yang aku suka..
Mudahkan menilai orang ?

Ada satu kes nie nak cari suami/isteri dalam facebook. Bila perempuan guna dp purdah or bertudung labuh, status semua islamik, kata lelaki "Subhanallah! Solehahnya kamu, kamu sudi nak jadi bidadari aku?
Bila lelaki guna jubah, serban atas kepala besar, hensemnya wow!! kata perempuan "Akhi, ana terpikat dengan kesolehanmu, sudikah akhi jadi imamku?
Hakikatnya..
Facebook indah dengan kata-kata Islamik.. Mengugat jiwa raga mata yang membaca walau pun ayat diCopy Paste or Dicari melalui buku dan google search ..
Meskipun yang post status islamik itu benar-benar ikhlas kepada Allah, segala niatnya untuk itu tiada yang tahu melainkan Allah sendiri. Ini adalah usaha untuk seseorang menyampaikan atau memberi peringatan kepada orang lain meskipun apa yang dinasihati itu tidak diamalkan sendiri. Malah bahaya yang timbul adalah riya' dengan apa yang dipost supaya orang menilai dirinya adalah good...

Jangan mudah terjatuh hati dengan post Islamik, berkopiah, berserban, berpurdah, berjubah.. Tapi boleh jatuh hati jika kita mengenalinya dengan hubungan jarak jauh dengan ikatan tunang.
Post status islamik tak semestinya ada ilmu agama. Tetapi kita tidak ada hak menilai, owh dia ni tiada agama, dia ni copy paste. mungkin apa yang dia post adalah ikhlas meskipun dia tidak mempunyai ilmu agama yang kuat. Wallahualam.

Kalau nak tahu orang yang nak dijadikan bidadari dan imam tu ada ilmu agama.

Tanya mak bapa dia.
Dia solat tahajud ada?
Dia solat 5 waktu cukup?
Dia buka al-Quran sehari berapa kali?
Dia rajin memasak?
Dia rajin puasa?
Dia rajin ke ceramah agama?
Kalau mak bapa dia kata ya, ya, ya..

Ya, itulah bidadari dan imam kamu..

Semoga ianya bermanfaat untuk direnungkan bersama. Maaf jika ada kesalahan pernyataan tentang isi yang dibuat. Wallahualam. Semoga kita sentiasa menjadi baik walaupun tidak mampu menjadi yang terbaik.

Senyum itu sedekah paling mudah


Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Serangkap ayat empat baris diatas merupakan potongan sebuah lagu nasyid ciptaan kumpulan Raihan tentang senyum. Senyum menjadikan seseorang itu manis pada wajahnya. Senyuman perlu dibiasakan agar setiap permulaan hidup kita diwarnai dengan sebuah senyuman. Orang lain yang melihat senyuman yang teukir di wajah membuatkan ianya menjadi tenang dan senang kerana kemesraan bermula dengan senyuman. Semua orang semestinya boleh memberi senyuman apabila terserempak atau berjumpa dengan seseorang. Senyum pula jangalah ketika senang sahaja, ketika tidak ada mod atau masalah senyuman ditukar dengan muka yang serius atau masam, sedih dan sebagainya. Dengan senyuman kita itulah menandakan ketabahan kita dalam menghadapi kehidupan sama ada ianya senang atau susah.

Beberapa buah potongan hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan dengan senyum:

Dari Jarir bin Abdillah ra dia berkata,
“Sejak aku masuk Islam, Rasulullah Saw tidak pernah menolak aku untuk duduk bersama beliau. Dan tidaklah beliau melihatku kecuali beliau tersenyum kepadaku.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Abdullah bin Al Harits bin Jaz`i ra dia berkata,
 “Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumannya selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” (HR. Tirmidzi)

 Dari Abu Dzar ra, dia berkata, 
Rasulullah Saw bersabda, “Senyummu di hadapan saudaramu (sesama muslim) adalah (bernilai) sedekah bagimu.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Hibban).

Rasulullah Saw bersabda, “Janganlah sekali-kali engkau menganggap remeh suatu perbuatan baik, meskipun (perbuatan baik itu) dengan engkau menjumpai saudaramu (sesama muslim) dengan wajah yang ceria." 
(HR. Muslim). 

Banyak lagi hadis-hadis nabi tentang senyum. Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang terbaik yang boleh kita ikuti. Hidupkan sunah Rasulullah s.a.w. merupakan mengikuti atau mencontohi gaya hidup Rasulullah s.a.w. yang diajarkan oleh Allah s..w.t.
Wallahualam..


Tuesday, 2 July 2013

Pesanan seorang wali Allah

gambar hiasan

Aku bercerita tentang pesan seorang wali Allah bernama Sayid Ahmad al-Badawi r.a.:
Seseorang yang benar-benar dalam syariat islam ada dua belas tandanya iaitu:
1. Benar-benar kenali Allah s.w.t.
2. Benar-benar jaga perintah Allah s.w.t.
3. Berpegang teguh dengan sunah Rasulullah s.a.w.
4. Selalu berwudhu'
5. Redha menerima qadha dan qadar Allah s.w.t.
6. Yakin dengan janji Allah s.w.t.
7. Putus harapan dari semua apa yang ditangan makhluk.
8. Tabah dan sabar menanggung derita dan gangguan.
9. Rajin dalam beribadah.
10. Kasih dan sayang kepada semua makhluk Allah s.w.t.
11. Tawadhu kepada yang lebih tua atau muda
12. Sedar Syaitan musuh utama.

Pada pendapat aku bercerita sekiranya kita tidak mampu untuk ada kedua-dua belas di atas dalam diri kita, ini maknanya kita hanya islam berpaksikan lima rukun islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

Kita wajib memenuhi segala yang ada di dalam rukun islam. Adakah kita kafir jika tidak solat? adakah kita kafir jika tidak berpuasa di bulan ramadhan? Wallahualam..

Doa sebagai seorang anak untuk ibubapa


Aku bercerita tentang doa untuk ibu bapa sama ada masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sememangnya berkat doa seorang ibu kepada anaknya akan dikabulkan oleh Allah. Ibu adalah insan yang mempunyai sifat kasih sayang yang tinggi. Adalah kita sebagai seorang anak perlunya mendoakan ibu kita yang telah melahirkan,menjaga dan mendidik sehingga kita dewasa. Jangan sekali-kali kita menderhakai ibu kita meskipun menggunakan perkataan yang akan membuatkan ibu sedih. Setitik air mata ibu mengalir disebabkan kecik hati terhadap kita maka kita adalah berdosa terhadap ibu sekali gus berdosa terhadap-Nya.
Aku mengongsikan satu doa  untuk ibu bapa yang boleh diamalkan..

                                      رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.


Semoga kita semua menjadi anak soleh dan solehah dan kita sendiri satu hari nanti juga mendapat anak soleh dan solehah yang akan mendoakan kita sentiasa.. Amin..
Wallhualam..

Bersangka baik atau buruk?


Aku nak bercerita tentang baik sangka atau buruk sangka? Kalau aku selalu bersangka buruk terhadap orang lain, maka sakit lah hati aku, makin tidak tenang memikirkannya. Cubalah kita bersangka baik terhadap orang lain. Lebih-lebih lagi yang sudah bersuami isteri. Kalau asyik bersangka buruk, sehingga tidak mempercayai satu sama lain, maka rosaklah hubungan rumah tangga disebabkan perselisihan faham antara keduanya. Cerita tentang kita yang belum berkahwin ni pula sama je jalan ceritanya. Tak perlu lah berburuk sangka terhadap kawan-kawan, semua. Tapi kalau ada yang mencurigakan perlulah untuk menyiasat atau mengenal pasti. Bukan terus sergah je. Ini boleh mendatangkan fitnah. Banyak fitnah yang kita lakukan tapi tidak perasan. Konsepnya bergini barangsiapa bersangka baik, maka baiklah jadi untuknya dan banrangsiapa bersangka buruk, maka buruklah jadi untuknya.

Wallahualam..


Dakwah Jika Sempurna?


Hari demi hari, manusia yang dikatakan sempurna sahaja dibolehkan berdakwah. Apakah dakwah itu? Dakwah bermaksud mengajak atau menyeru kepada kebaikan atau islam. Semua orang berhak berdakwah tanpa merasakan dirinya tidak sempurna untuk berdakwah. Dakwah ni sesiapa sahaja boleh berdakwah. Konsepnya besar dan luas. Tapi apa yang aku faham tentang dakwah ialah apa-apa ucapan sama ada lisan atau bukan lisan yang mengajak, atau menyeru atau memanggil atau memberi peringatan kepada seseorang untuk melakukan kebaikan atau perintah Tuhan. Kejut kawan untuk menunaikan solat subuh juga adalah dakwah. Menyampaikan sesuatu ilmu juga dakwah. Renungkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

 Daripada ‘Abd Allah bin ‘Amr, sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat, dan tidak mengapa mengambil (sesuatu) daripada Bani Israel, (akan tetapi) sesiapa yang berdusta di atas nama ku secara sengaja, maka tersedialah tempat duduknya daripada neraka.”
(Riwayat al-Bukhari, Tirmidhi, Ahmad dan Ibn Hibban)

Jika berdasarkan satu tegasan oleh seseorang imam.
Imam Hassan Al Basri menegaskan: "Seandainya seseorg itu hanya dpt menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan."
Jadi setiap kita ada tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah setakat mana yang kita mampu atau tahu.
Wallahualam..



Hebatnya hati kita


Dalam setiap organ manusia mempunyai satu organ hati diantara bahagian jantung dan paru-paru. Aku bercerita tentang kehebatan hati kita. Hati mampu berbicara tanpa suara. Hati juga mampu menangis tanpa air mata, dan hati juga menentukan sesuatu perbuatan adalah ikhlas atau auta saja. Tapi kita kena hati-hati dengan hati ni. Sebab hebatnya hati ni mampu menghancurkan iman kita. Dan kerana lemahnya hati itu, mampu direbahkan dengan bisikan nafsu yang durjana. Jadi, jagalah hati itu dengan baik. Agar tidak dipimpin oleh hawa nafsu yang kemungkinan mengundang derita. Usahalah agar hati itu dipimpin oleh keimanan yang mendatangkan kegembiraan.

Wallahualam..


Sebuah Perubahan Dari Kisah Silam


Aku bercerita tentang sebuah perubahan yang dilakukan oleh seseorang individu terutamanya yang mempunyai kisah silam yang agak menyedihkan. Dan bila seseorang itu berusaha untuk berubah kepada yang lebih baik, jangan lah sesekali ungkit kisah silamnya. Kita tidak tahu bertapa susahnya untuk dia melupakan kisah silamnya. Saat ini lah perlunya kita untuk memandang kebaikan seseorang yang berubah itu dan bukan keburukan-keburukan yang telah dilakukan. Dan lebih baik kita sentiasa menyokong seseorang itu dalam memperbaiki dirinya menjadi insan yang baik. Dan aku juga merasakan tidak boleh untuk kita mencela atau memaki seseorang itu dengan celaan yang keras. Sepatutnya kita menasihatinya dengan menggunakan suara yang tidak tinggi atau tidak dirasakan memalukan seseorang. Jadikan ianya kawan kita agar dia merasakan perubahan yang dibuat adalah tepat dalam hidupnya.

jiwa yang agung


Aku bercerita tentang mengagungkan jiwa dan bukan mengagungkan diri. Renungkan sebuah wasiat oleh seorang imam:
‘‘Imam Baqir a.s mewasiatkan

⑤ (lima) hal kepada umat muslim, yaitu;

①. Bila engkau didzhalimi, janganlah engkau berbuat dzhalim juga,

②. Bila mereka mengkhianatimu, janganlah engkau berkhianat,

③. Bila engkau dianggap berbohong, janganlah kamu marah,

④. Bila engkau dipuji, janganlah engkau bergembira,

⑤. Bila engkau dicela, kontrollah dirimu...!!!’’

Semoga ianya bermanfaat.. (^^,)