Kegelapan menjadi terang apabila disinari cahaya. Seperti kegelapan malam bertukar menjadi terang dengan sinaran matahari yang sungguh cerah. Bergitu juga kehidupan, kejahilan boleh bertukar kepada keilmuan dengan cahaya petunjuk sesuatu sumber yang benar. Manusia sering kali tertanya-tanya ilmu yang ada akan ke mana. Adakah tanpa menuntut ilmu, kejahilan menjadi teman dalam diri selama-lamanya. Semenjak manusia dikeluarkan dari alam kandungan ibu ke alam nyata bumi ini satu ilmu pun tiada di fikiran.Permulaan otak mula beroperasi menerima input pembelajaran yang formal. Permulaan ilmu apabila otak mula mengembang sementara fikiran semakin meluas. Ibu merupakan seorang insan yang bergelar guru yang pertama setelah kita dilahirkan. Permulaan yang amat memeningkan, mengenali satu persatu nama objek-objek di sekeliling membuatkan kita merasakan bertapa ceteknya ilmu yang dikuasai. Hanya pandai senyum, ketawa, nangis dan sebagainya tanpa apa-apa makna. Ibulah yang mengajar sebutan “ibu”,”ayah”, “nenek” dan sebagainya. Lidah terbelit apabila cuba menyebutkannya. Itu lah manusia yang baru dilahirkan. Tiada pengetahuan bahkan tidak pandai berkata-kata. Kegembiraan dapat dilihat di kejernihan wajah ibu dengan terukirnya sebuah senyuman lebar apabila anaknya mula pandai menyebut sesuatu. Walaupun sebutan tidak jelas, tertapi itulah satu ilmu permulaan.
Peningkatan pencarian ilmu baru dalam kehidupan mula diingikan oleh kita untuk menjumpainya. Ibu dan ayah merupakan tulang belakang kita untuk menimba ilmu pengetahuan. Ibu dan ayah juga pernah berkata “ilmu itu penting untuk menjamin masa depan yang baik”. Apa yang kita faham, ilmu itu terbahagi kepada dua cabang besar. Antara keduaanya itu adalah ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Fardhu pula membawa maksud asas yang diwajibkan untuk mencarinya. Ilmu fardhu ain adalah satu cabang ilmu yang wajib dituntut oleh setiap manusia. Perbezaan agama menyebabkan ilmu fardhu ain ini hanya digunakan oleh insan atau umat Muhammad s.a.w.. Ilmu fardhu kifayah pula adalah satu cabang ilmu untuk menjamin kehidupan di dunia. Cabang ilmu ini adalah luas seperti ilmu perniagaan, ilmu pertahanan, ilmu kepimpinan dan sebagainya. Ilmu-ilmu ini pula diamalkan oleh ahli-ahli falsafah terkenal yang cuba mendalami ilmu tersebut dan kemudiannya cuba untuk menyebarkan kepada orang lain. Ilmuan islam yang terkemuka dunia seperti Ibnu Sina yang terkenal dengan ilmu perubatan manakala Ibnu Khaldun yang terkenal dengan ilmu matematiknya yang sehingga kini merupakan asas kepada ilmu yang disebarkan. Oleh itu, kedua-dua cabang ilmu ini perlu distabilkan dalam kehidupan agar kita mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Bertapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian kita. Tanpa ilmu kita ini sememangnya tidak akan maju. Ilmu membawa maksud pengetahuan tentang sesuatu perkara. Untuk mendapatkan ilmu pengetahuan kita perlu lalui proses mengenal yang diperoleh melalui pengalaman hidup bermulanya lahir sehingga kini. Dalam setiap kehidupan kita, sering kali mendapat perhatian penuh terhadap ilmu. Ada orang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak mahu untuk mencari atau menimba ilmu maka ia adalah dari golongan yang tidak mahu mencari kebenaran. Daripada ayat ini, kita dapat lihat bahawa untuk mencari sesuatu kebenaran terhadap apa-apa yang berlaku disekeliling kita diperlukan oleh kita terhadap satu fakta yang boleh dirujuk. Fakta-fakta ini akan menjadi penguat kepada kita agar setiap kesalahan dapat ditutupi dengan kebenaran.
Penambahan pengetahuan terhadap konsep ilmu ini, kita boleh lihat ciri-ciri yang dikatakan ianya adalah ilmu. Antara ciri ilmu tersebut ialah boleh dipertuturkan. Ilmu sememangnya berbeza dengan perasaan dan pengalaman. Sebagai contohnya, pengalaman diri sukar untuk kita pertuturkan melalui bahasa. Berbeza dengan ilmu, setiap sesuatu yang dipertuturkan dalam bahasa ia dikategorikan sebagai ilmu. Contoh lain, seseorang yang tidak mengetahui tentang sesuatu perkara yang telah ia lalui itu adalah pengalaman. Bermulanya pengalaman ini semestinya seseorang itu akan berusaha untuk mencari makna sesuatu perkara yang telah dilalui. Ini dipanggil pengetahuan terhadap sesuatu perkara dan ini juga merupakan ilmu. Selain itu, ciri ilmu juga dapat kita lihat bahawa setiap ilmu harus mempunyai nilai kebenaran. Setiap sesuatu yang bergelar ilmu seharusnya dianggap benar. Sekiranya kita tidak memiliki ilmu, sesuatu perkara itu adalah tergelincir dari kebenaran asal. Hal ini sedemikian kerana, ilmu adalah penyuluh jiwa. Setiap kejahatan akan tewas dengan kebaikan yang berpaksikan ilmu yang bermanfaat. Ilmu sememangnya berharga terhadap seseorang. Ada juga berpendapat bahawa perkara tahyul, santau, pembuatan minyak dagu dan sebagainya juga dikategorikan ilmu. Kita boleh menerima penyataan ini. Tetapi boleh disimpulkan bahawa ilmu yang digunakan untuk kejahatan adalah terlarang dan ianya disebut ilmu hitam. Ilmu ini sememangnya tidak mendatangkan kebaikan kepada seseorang kerana kelak akan menyakitkan atau menyusahkan diri yang menuntut ilmu tersebut. Bagi orang islam, ilmu sejenis ini adalah terlarang keras, dan ianya dianggap melanggar syarak. Sesiapa yang menuntut ilmu tersebut perlu diingatkan supaya segera bertaubat kepada Tuhan.
Selain itu, bagaimana dengan situasi orang yang menuntut ilmu yang baik atau menuntut ilmu bukan ilmu hitam yang melakukan jenayah? Sebenarnya untuk persoalan ini, kita harus lihat bahawa seseorang yang mempunyai ilmu wajib untuk mengamaikannya. Dengan amalan ilmu yang dituntut, ianya akan menjadikan seseorang itu mempunyai kuasa pertahanan fikiran agar tidak melakukan perkara yang sedemikian. Ini bermakna, seseorang yang mempunyai ilmu yang tinggi tetapi tidak mengamalkannya unpama perpatah arab yang berbunyi “ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah”. Untuk lebih jelas lagi, seseorang menanam anak pokok rambutan, setelah tiga tahun dibajai dan dijaga dengan baik pokok itu tidak mendatangkan hasil buah-buahan yang diharapkan oleh penanam. Sama ertinya dengan seseorang yang bertahun-tahun menuntut sesuatu ilmu, tiba-tiba ilmunya itu hanya sekadar difikiran tetapi tidak mengamalkannya. Ini menggambarkan bahawa ilmu yang dituntut tanpa membuat amal atau menyebarkan ilmu tersebut kepada orang lain maka ianya adalah sia-sia balaka.
Selain itu, ciri sesuatu perkara boleh dikatakan ilmu ialah dengan merujuk kepada sifatnya yang objektif. Hal ini sedemikian kerana, ilmu tidak boleh diubah mengikut keinginan seseorang. Dengan merujuk kepada dunia hari ini yang sangat maju dengan penggunaan teknologi maklumat yang luas kita dapat lihat bahawa permbaharuan objek yang sedia ada kepada yang lebih baru adalah berbeza dengan objek yang dimaksudkan ilmu. Sebagai contohnya, nama sesuatu objek yang diberikan oleh ilmuan terdahulu seperti pen sememangnya tidak boleh ditukarkan atau diubah namanya dengan nama lain mengikut kesukaan seseorang. Oleh itu, setiap ilmu yang kita timba dari seseoarang yang bergelar guru dan sebagainya tidak boleh diperbaharui sesuka hati melainkan ianya diperbaharui dengan contoh atau fakta yang benar dan diterima oleh orang lain.
Setelah kita mengetahui tetang ciri-ciri ilmu, maka kita juga perlu mengetahui tentang kepentingan ilmu itu sendiri terhadap politik, ekonomi dan sosial. Dalam politik, sesebuah negara itu akan meningkat maju dengan keaamanan masyarakat sekiranya politik yang terdapat dalam negara tersebut adalah stabil. Untuk menstabilkan politik, setiap ahli politik seharusnya mempunyai ilmu yang tinggi. Ini kita dapat lihat bahawa kestabilan politik di negara kita menyebabkan negara menjadi aman dan damai. Perdana menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai ilmu yang luas dalam bidang pentadbiran negara mampu menjaga keamanan dan kestabilan politik. Bergitu juga dengan ekonomi dan sosial. Ilmu amat diperlukan untuk memastikan kesemua bidang adalah benar.
Setelah ilmu diperoleh, maka seseorang itu perlu untuk berbudi. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budi ditakrifkan sebagai kebajikan, bahasa sebagai sistem lambang yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satukelompok manusia. Amalan mulia membawa maksud satu tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Amalan mulia sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Budi bahasa dan amalan mulia boleh disimpulkan sebagai budi pekerti, tingkahlaku,perangai atau perlakuan yang diamalkan seseorang semasa berinteraksi dengan oranglain berdasarkan neraca atau nilai baik yang disepakati bersama. Ini bermakna, sekiranya kita telah berjaya memiliki ilmu yang dituntut, maka seharuusnya kita memiliki budi yang baik. Konsep budi yang amat luas, namun kita dapat melihat bahawa untuk berbudi perlunya ada ilmu. Ilmu ini yang membentuk kita untuk berbudi. Kebiasaan kita mendengar “orang berbudi kita berbahasa”. Kita juga dapat lihat para ilmuan dunia yang kaya dengan ilmu akan secara langsungnya menyediakan pelbagai kebajikan seperti penyebaran ilmunya secara meluas. Para ustaz yang berjaya menguasai ilmu agama yang tinggi juga sentiasa menyediakan atau membantu masyarakat dalam bentuk penubuhan sekolah pondok dan sebagainya.
Selain itu juga budi seseorang dapat dilihat dengan nilai kata hati dimana manusia sentiasa melihat budi seseorang. Senang kata budi ini merujuk kepada jasa seseorang. Bdi akan menjadi ingatan kepada seseorang untuk dihargai. Dalam pada itu, kita tidak boleh mengungkit budi yang telah kita lakukan kepada sesiapa pun. Menggunakan bahasa-bahasa yang baik terhadap sesiapa sahaja juga merupakan budi yang mencermikan bahawa kita adalah seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Budi sememangnya baik da budi ini terhasil daripada ilmu yang diruntut. Perpatah Orang Arab ada menyatakan bahawa “Ilmu yang tidak diamalkan ibarat pokok yang rendang tidak berbuah”. Oleh itu, kita yang memiliki ilmu atau yang telah menuntut ilmu seberaapa banyak sekali pun jika tidak diamalkan ilmu itu pasti tidak membawa apa-apa faedah pun pada diri kita.
Disamping itu juga, budi lebih kepada bahasa. Tutur kata yang baik, halus dan sebagainya. Budi ini mencerminkan akhlak kita. Akhlak ketika bertutur dengan orang lain umpamanya bertutur dengan ibu bapa kita, guru-guru kita, majikan kita, kawan-kawan kita dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang kesat yang dikeluarkan oleh kita sememangnya menunjukan diri kita bahawa ilmu yang kita perolehi adalah amat sedikit. Jika dilihat zaman-zaman nenek moyang kita, atau lebih dikenali dengan zaman klasik, mereka akan bertutur menggunakan bahasa ibunda, atau bahasa halus. Mereka juga sering kali menggunakan pantun sebagai bahasa pertuturan. Pantun yang sangat kretif dengan bahasa yang mendalam membuatkan orang lain memahami dan menganggap ianya teguran yang berilmu.
Masalah yang timbul pada masa kini adalah akhlak remaja. Akhlak ketika mereka bertutur dengan orang yang lebih tua dari mereka dengan menggunakan bahasa-bahasa kesat. Segelintir pelajar ini, yang menunjukan bahawa ilmu pengetahuan tentang pertuturan adalah lemah. Mereka akan dianggap kurang hajar oleh masyarakat. Mereka ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak. Sebenarnya perbentukan akhlak yang merupakan budi seseorang adalah bermula dari ibu bapa. Ibu bapa adalah pihak yang perlu mengambil perhatian yang penuh terhadap anak-anak mereka dengan memberikan ilmu pengetahuan tentang adab pertuturan. Ini lah yang menggambarkan budi seseorang. Jika kita melihat kepada slogan atau moto sesebuah pusat pengajian seperti sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya mengenengahkan perkataan budi ini sebgai satu prinsip dalam sistem mereka. Ini lah yang menjadi pegangan dimana mereka yang merupakan pihak berkepentingan dalam pendidikan ingin menjadikan para dapat dilahirkan dengan budi bahasa yang tinggi.
Oleh itu, budi sememangnya penting dalam hidup kita seharian. Untuk memperoleh budi yang baik perlulah mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya. Jika dilihat ilmu dan budi berkait langsung dalam diri kita. Hal ini sedemikian kerana, setiap pertuturan kita ini adalah menggambarkan diri kita. Jika kita ke luar negara, pertama penting yang mesti kita lakukan adalah menjaga pertuturan kita. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kita yang ingin ke tempat lain, khusunya ke negara-negara jiran untuk bercuti dan sebagainya semestinya membawa nilai budi masyarakat kita. Jika kita menunjukan budi pekerti atau budi bahasa yang baik dan sopan , maka mereka akan menganggap bahawa keseluruhan penduduk di negara kita adalah masyarakat yang sopan. Jika kita menunjukan budi bahasa yang buruk maka anggapan mereka terhadap masyarakat negara kita adalah buruk. Ini secara tidak langsungnya mengaibkan negara dengan anggapan negara ini yang mempunyai budi yang tidak baik. Jadi, kita seharusnya sentiasa menggunakan pertuturan yang baik ketika berada di mana-mana sahaja demi menjaga maruah pelbagai pihak.
Selain budi, ilmu juga berkait rapat dengan bakti. Apa yang dimaksudkan dengan bakti? Adakah bakti itu perlu dilaksanakan setelah memiliki ilmu? Bakti merujuk kepada sesuatu yang mendatangkan perkhidmatan yang umum. Sebenarnya bakti membawa konsep yang luas. Kita sering kali mendengar perkataan ini tidak kita dima jua kita berada, sama ada di pusat pengajian tinggi, pusat beli-belah, dan sebagainya. Pelbagai program-program yang dianjurkan oleh kerajaan dan sebagainya seperti program anak angkat, prograk bakti siswa dan sebagainya merupan satu contoh amalan yang boleh dikatakan ianya adalah bakti. Dalam masjid juga kita sering mendengar perkataan ini, yang biasa disebut-sebut oleh imam masjid jemaah-jemaah masjid dan sebagainya. Bergitu juga dalam buku-buku. Kita seringkali membaca perkataan bakti dimana-mana majalah, buku-buku ilmu dan sebagainya. Kita juga sering menggunakan perkataan bakti pada bila-bila masa.
Bakti juga boleh dilihat secara nyata dan tidak nyata. Bakti kepada kedua ibu bapa boleh dilihat dengan dua cara. Pertama, bakti dengan mendoakan ibu bapa agar dia selamat dunia akhirat. Ini merupakan cara berbakti secara tidak nyata. Kadang-kadang dengan cara ini tidak dilihat oleh sesiapa pun melainkan Tuhan. Jadi, kita yang sentiasa mendoakan ibu bapa keselamatan, kegembiraan dan sebagainyaa adalah satu budi yang amat baik. Kedua, bakti dengan cara nyata dimana kita sebagai seorang anak wajib menjaga kebajikan ibu bapa sama ada ketika mereka sihat atau pun tidak. Kita perlu menjaga mereka, menyayangi mereka dan sebagainya. Menyediakan keselesaan mereka, memelihara kesihatan dan sebagainya juga merupakan cara berbakti kepada ibu bapa.
Jika tiada ilmu atau tidak memanfaatkan ilmu yang ada, pasti kita tidak dapat berbuat sedemikian. Hal ini dapat dilihat dimana masyarakat yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua. Mereka seolah-olah tidak mempunyai ilmu tentang besarnya pahala sekiranya seseorang anak yang berbakti kepada ibu bapa mereka. Alangkah indahnya bakti itu disulami dengan ilmu yang bermanfaat. Menjaga ibubapa dengan memperdengarkan oleh mereka bacaan ayat suci al-Quran dan sebagaunya. Kita seharusnya memiliki rasa sayang dan cinta kepada kedua ibu bapa agak kita sentiasa berbakti kepada mereka dengan berusaha menggembirakan hati mereka. Selain itu, terhadap tuhan juga kita perlu berbakti. Berbakti atau secara umumnya berkhidmat, kita perlu berkhidmat kepada Tuhan yang menciptakan kita. Tanpa ilmu kita tidak mampu berkhidmat kepada Tuhan. Amalan baik yang kita buat terhadap Tuhan merupakan bakti kita kepada Tuhan. Ilmu-ilmu tentangnya perlulah ada. Ilmu solat, ilmu membaca al-Quran dan sebagainya perlu sedia dituntut sebelumnya datang kematian pada diri kita.Selain itu, bakti yang kita boleh lihat, umumnya di sebuah intitusi pengajian tinggi awam, Universiti Utara Malaysia yang menggunakan slogan ilmu, budi dan bakti. Dalam pada itu, IPT ini ingin melahirkan para pelajar yang berilmu dan akan melahirkan sifat bakti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat. Kita sememangnya mampu memberikan pelbagai bakti kepada masyarakat dengan adanya ilmu yang bermanfaat. Dari ilmu inilah datangnya amal kebajikan.
Seseorang yang telah tamat menuntut ilmu bagi sesebuah intitusi, mereka secara langsungnya akan berfikir tentang apa yang masyarakat dapat dari ilmu yang dituntutnya. Dari sini juga, mereka akan menggunakan ilmu untuk melahirkan satu aktiviti atau satu organisasi yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Sebagai contohnya seorang mahasiswa dari jurusan pentadbiran perniagaan telah menamatkan pendidikan ijazahnya. Dia mencuba membuka satu perniagaan dengan mengamalkan prisip perniagaan yang dituntut. Pada mulanya adalah kecil-kecilan. Setelah meningkat maju, perniagaannya mula membuka sebuah kilang yang agak besar. Dengan adanya kilang itu, maka dia memerlukan tenaga kerja yang mencukupi. Dia pon membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat untuk bekerja dengannya. Ini menunjukan bahawa mahasiswa ini telah berjaya menghidupkan nilai ilmu budi dan bakti dalam dirinya. Secara tidak langsung dia telah berbakti kepada masyarakat dan kepada negara dengan membantu mengurangkan masalah pengangguran.
Sebagai kesimpulan, ilmu, budi dan bakti adalah tiga perkataan yang berbeza dan membawa maksud juga berbeza. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga perkataan ini ada kait rapatnya untuk melaksanakannya dalam diri kita. Tanpa ilmu, amalan budi dan bakti tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tanpa budi dan bakti, maka ilmu yang dituntut adalah sia-sia belaka dan tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada diri sendiri dan kepada masyarakat lainnya. Ini bermakna punca segala-gala amal kebaikan adalah lahir dari ilmu. Oleh itu, semua manusia harus malah wajib untuk menuntut ilmu yang memberi banyak kebaikan kepada diri sendiri di dunia dan di akhirat. Pepatah melayu ada mengatakan, “jika tiada angin masakan pokok bergoyang”. Sebenarnya ilmu telah banyak diperkatan di mana-mana tempat dan telah menjadi buah mulut masyarakat yang pentingkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka berperanggapan bahawa dengan adanya ilmu, maka anak-anak mereka akan mampu untuk memberi manfaat kepada semua masyarakat dengan melakukan budi bakti. Ini juga dianggap anak-anak mereka telah berjaya menjadi insan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka mahukan anak-anak mereka menjadi tenaga penyumbang kepada masyarakat sekali gus berbakti kepada masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment