بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Friday, 3 May 2013

PRU-13 Rakyat bijak mengundi, Kecemerlangan Negara Terjamin.


Pilihan Raya Umum kali ke-13 semakin hampir. Banyak isu-isu berkaitan politik semakin diketengahkan oleh pihak media massa. Khutubah jumaat di Masjid Sultanah Badlishah UUM juga berkaitan dengan PRU-13 dimana mimbar mengingatkan kepada sidang jumaat supaya bijak memilih wakil rakyat atau pemimpin yang amanah dan berkaliber. Walaubagaimana pun Islam tetap menjadi agama rasmi negara ini sehingga Akhir Zaman. Untuk menjamin kata-kata ini, pastikan pemimpin kita adalah orang islam walau apa jua parti yang dipegang sekalipun. Kita memilih pemimpin bukan sebab parti yang dipegang, tetapi kepimpinan yang ada pada diri pemimpin dilengkapi dengan nilai amanah, jujur, berilmu, dan sebagainya.
Akhir kata dari saya, kita sebagai remaja atau rakyat Malaysia perlu untuk kita memilih siapa pemimpin kita yang membawa kepada kecemerlangan rakyat dalam negara. Hak mengundi di tangan anda, hak memilih di tangan anda. sama ada PAS,PKR,DAP mahupun UMNO. Jangan disebabkan politik anda berpecah diantara satu sama lain.

No comments:

Post a Comment