بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday, 13 March 2013

Bongkar Rahsia Hati Wanita (bahagian 1)

BAHAGIAN SATU : TANGISAN SEORANG WANITA





Aku cuba memahami bertapa lembutnya hati seseorang wanita.. Tajuk "Bongkar rahsia hati wanita" bahagian satu yang aku pilih adalah sesuai dengan entri yang aku hendak kongsikan. Tujuan aku menulis entri ini adalah untuk berkongsi sedikit tentang hati wanita. Apa makna hati yang korang faham?? Jika dilihat dalam wikipedia berkaitan hati,  

"Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus."

Aku faham dengan maksud yang tertulis dalam wikipedia itu sebab ia memberi maksud hati dari kontek sains dan sebagainya, pada aku hati adalah organ tempat letaknya perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan sebagainya. Namun yang aku hendak ketengahkan adalah hati seseorang wanita. Wanita adalah manusia yang istimewa dengan daya tarikan, kelembutan hati, dan sebagainya. Hati wanita ini terlalu lembut dan halus sehingga mudah terasa sakit, iri hati, cemburu dan sebagainya berbanding lelaki yang agak keras,panas baran dan lain-lain. Wanita pertama yang aku kenal adalah emak aku. semua orang la, mesti korang kenal wanita pertama adalah emak. Dari lahir sampai sekarang, adakah makin kurang kasih sayang seorang ibu kepada kita?? Emak aku melahirkan anak sebelas orang, emak aku tidak pernah pilih kasih antara adik-beradik aku.. Aku anak yang kesembilan , emak aku seorang yang penyayang dan pendidik. Meskipun bergitu emak aku hanya lebihkan sayang dia terhadap anak bungsunya. Biasalah, anak bungsu biasanya manja terhadap makbapak, namun aku faham kasih sayang dalam keluarga tidak perlu dipersoalkan..
Berapa kali seorang ibu menitiskan air mata??? 

PEREMPUAN MENANGIS DIIJAPKABULKAN

Setahu aku, perempuan menangis yang pertama adalah waktu diijapkabulkan dalam pernikahan. Hal ini aku dapat lihat sewaktu persandingan abang aku dengan pasangannya (kakak ipar aku). Semasa majlis pernikahan perempuan akan menangis sambil membaca surat penyerahan anak perempuan kepada pihak lelaki yang menjadi suaminya yang sah. Hal ini kerana tanggungjawab seseorang ibu terhadap anak daranya adalah sehingga anak dara tersebut bernikah. Dari sinilah ibu tidak berhak menjaga, atau mengambil berat terhadap anaknya.

MELAHIRKAN ANAK.

Semasa melahirkan anak, seseorang wanita akan menangis kesakitan dan dalam pada itu mereka akan menangis kerana kesyukuran dan kenikmatan melahirkan anak .


Bersambung...

No comments:

Post a Comment