بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Friday, 8 March 2013

Kelahiran itu anugerah.

Aku tercipta oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas muka bumi. Kelahiran dari rahim seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. Setelah beberapa bulan berada di alam rahim, tibalah masa aku bernyawa di dunia. Meskipun aku dilahirkan sudah tentu tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentang dunia, kehidupan dan sebagainya. Celik mata, nangis, lapar dan nangis dan terus menangis. seorang ibu yang tiada bandingan kasih sayang yang sentiasa bersabar. bangun di waktu malam kerana terjaga dengan tangisan anak. Betapa besar perhubungan ibu dengan anak. Kelahiran adalah satu anugerah, jika kita dapat menilainya. Kelahiran adalah istimewa. Bersyukur terhadap kehidupan adalah satu perkara yang mulia. Sekali lagi kelahiran bagiku anugerah dari Allah. Dilahirkan dalam keadaan islam juga satu anugerah. Kelahiran menjadi permulaan hidup dan diakhiri dengan kematian. Kelahiran adalah punca manusia itu sentiasa berasa salah terhadap ibu sekiranya hati seorang ibu terluka... Kelahiran... itu... anugerah...

No comments:

Post a Comment