بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Friday, 22 March 2013

DPP SIME DARBY: Palestin terkandung dalam al-Quran


Tahun lepas DPP Sime Darby dibawah exco kerohanian yang diketuai oleh Muhamad Arif telah berjaya menjalankan program "Penghayatan Kemanusiaan Palestin" dengan pengutipan sumbangan daripada mahasiswa mahasiswi Universiti Utara Malaysia sebanyak dua ribu lebih. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar UUM amat dihargai sepanjang masa. Bukan itu yang saya mahu kongsikan kepada pembaca blog saya,tapi cerita atau konflik diantara Palestin dan Israil sememangnya tercatat di dalam al-Quran surah al-Isra'. Ini saya paparkan potongan ayat al-Quran dalam bahasa melayu.

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. 

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi) 

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. 

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. 

Apa yang tercatat di dalam al-Quran sememangnya benar dan akan pasti berlaku tanpa was-was..
selamat merenung.. :-)
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment