Bahagian 1 Pemuda kampung
Sebuah kampung yang mempunyai penduduk yang agak ramai, dihiasi kemajuan dengan pembinaan dewan,klinik dan sebagainya.Suasana asli segar yang masih kekal dengan permandangan indah sebatang sungai yang mengalir dengan deras. Terdapat seorang pemuda yang belasan tahun." Aku Ali...Aku berusia 19 tahun yang kini bekerja di sebuah kilang makanan ringan berhampiran kampungku. Aku adalah antara anak muda kampung yang rajin menyemarakkan masjid di kampungku. Setiap kali waktu solat aku menjadi bilal, melaungkan azan dan kadang-kadang aku diizinkan diberi peluang oleh orang-orang tua di kampungku untuk menjadi imam. Setelah selesai solat aku bertadarus berseorangan di dalam masjid, kadang-kadang bersama pak imam yang meluangkan masa untuk bertadarus. Zamruth seorang anak muda yang lahir di Kuala Lumpur yang kini seusiaku, dia merupakan anak kepada cikgu mail sekolah rendahku. dia mula menjadi kawanku semenjak ayahnya ditukarkan mengajar di sekolah rendah kampungku. pada ketika itu kami berusia 9 tahun iaitu darjah tiga. Pada usia 12 tahun iaitu darjah 6, Zamruth terpaksa pindah ke kuala Lumpur kembali kerana ayahnya pencen. Berbalik cerita pada usiaku 19 tahun,semasa aku tiba dirumah dari masjid setelah selesai solat isyak, deringan telefon pon berbunyi.. kringggg,kringggg. Hello assalamualaikum,maaf siapa ni? tanya aku kepada panggilan telefon yang belum ku kenali suaranya. Halllooo, bro lu ingat wa lagi?? gua Zamruth.. jawab Zamruth dengan pantasnya.
aku pada mulanya terpinga-pinga kerana aku kurang ingat akan namanya.. Zamruth?Zamruth mana erk?? tanya aku kepada Zamruth dengan persoalan. 'Aku zamruth anak cikgu mail la.. Ayoo tak akan dah lupa??
bersambung.......
No comments:
Post a Comment