بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Sunday, 30 June 2013

Kena Tindir Ketika Tidur


Aku bercerita tentang masalah ketika tidur diganggu seumpama berat kena tindir. Biasanya dalam kejadian itu, terlebih dahulu aku mimpi-mimpi seram seperti dikejar hantu dan sebagainya.Lepas tu sukar untuk sedar dari tidur tetapi mata aku rasa da buka dan nampak keliling bilik, tapi aku tak terdaya untuk bangun. Mulut pula pelbagai surah dan lafaz kalimat zikir, namun masih sukar untuk bangun. persoalannya adakah tidur kena tindir tu disebabkan oleh kena tindir makhluk halus atau peredaran darah tidak baik? Ada orang berpendapat ketika badan kita terlalu letih akan menyebabkan peredaran darah kita terganggu dan sekali gus memberi kesan ketika tidur seperti tidak boleh gerak dan sebagainya. Ada orang berpendapat juga ianya adalah gangguan jin disebabkan kita tidur tidak mengikut sunah atau adab yang betul. Kadang-kadang aku sampai lali kena tindir masa tidur. malas nak layan benda-benda ni. Apa-apapun amalkan apa-apa doa sebelum tidur atau membaca surah al-Fatihah agar kita terhindar dari gangguan ketika tidur.

Cara Buka Hijab Tanpa Khurafat dan Syirik


Aku bercerita, cerita tentang buka hijab. Cerita ni aku dapat dari seorang kawan. Kawan aku tu berkata:

"jangan berlagak,takbur & riak. orang yang dianugerahkan punyai 'mata ke-3' pun tidak dapat nak handle apatah lagi kita yg tak dianugerahkan ni..maaf bercakap dan sekdar renungan,dalam ahli keluarga saya dah 3 orang yang dianugerahkan 'mata ke-3' oleh Allah s.w.t..tapi cuma 2 orang sahaja yang boleh kawal itu pun makan masa berpuluh2 tahun..yang lagi sorg dah tak tahan,baru2 ni mahu jumpa jumpa ustaz nk tutup hijab dia..bila tiap kali keluar mana2 mesti akan terlihat makhluk yang pelik2 siang & malam..sampai tak boleh nak tidur...macam ni lah kalau tuan sendiri mahu kenal siapa diri tuan sebenarnya,ada 2 cara yg pertama kenal siapa Allah s.w.t iaitu kenal tuhan kita dahulu,.kemudian berjaga di hadapan cermin,pandang cermin sorg2 waktu tengah malam,pukul 12 pagi ke atas..bila kita tgok diri kita dalam cermin tu cam pelik je,cuba dialog dengan diri kita dalam cermin tu,entiti dalm cermin tu akan bercakap dengan kita..ini bukan cerita tipu,ini betul..kalau nak perlekehkn apa yg sy sampaikan tak jadi masalah..kalau benda yg sy katakan ni awal2 sudah diperlekehkan macamana nak berdialog dengan makhluk ghaib.."

Wallahualam..
tapi rasanya tak perlu untuk membuka hijab, sebab kadang-kadang kita kena ganggu tanpa nampak makhluk halus tu pon da takut, ini kan pula kalau kita nampak benda tu.. ye ark?? renung-renungkan selamat beramal..


Tujuh Kalimat Yang Perlu Diamalkan


1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Aku juga kadang-kadang tidak mengamalkan ke tujuh-tujuh kalimat tersebut setiap masa, tapi aku cuba untuk melakukannya. Ini adalah nasihat yang baik untuk diriku yang sering lupa dan kepada sahabat-sahabat yang sedia membaca artikel yang aku kongsikan ini.


Filem Arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tidak jemu.


Aku bercerita tentang menariknya cerita-cerita di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sejak Tahun 1953 dengan filem hujan panas yang telah mendapat sambutan bergitu hebat. Aku biasa tengok ulang-ulang cerita p.Ramlee memang tak bosan la. 3,4 kali tgok pon masih boleh gelak. Antaranya cerita doremi, seniman bujang lapok, pendekar bujang lapok, nujum pak belalang dan sebagainya. Apa rahsianya? ada orang berpendapat filem zaman dahulu dilakonkan semata-mata untuk menghiburkan penonton berbanding filem masa kini yang dilakonkan lebih kepada populariti. Pelakon-pelakonnya mempunyai seni lakonan yang hebat, kretif, dan keikhlasan mereka memegang watak yang diberikan bertambang menarik lagi filem yang dilakonkan oleh beliau dan rakannya seperti S. Samsudin, Aziz Sattar, A.R Tompel, dan sebagainya.


Saturday, 29 June 2013

Lawak Jenaka dari kawan Tagged 2013


1.) RUMAH TERBAKAR

Seorang lelaki yg sedang dalam ketakutan menelefon bomba dan berkata " tolong...tolong....rumah saya terbakar.."

Staff di pejabat bomba menjawab " awak tinggal di mana?"

Lelaki itu menjawab " saya terlalu takut...saya tak bole nak bagitau alamat nya.."

Bomba bertanya "bagaimana kami mau kesana?"

Lelaki itu menjawab dengan marah "Bagaimana?..bodo la ko ni...naik la lori bomba korang tu"


2.) KUIH HIJAU..

Sudin : bang,ada kuih hijau? Penjual : maaf dik, sini tak jual kuih hijau.. … (Keesokannya Sudin datang lagi) Sudin : ada kuih hijau, bang.? Penjual : Tidak ada.!!! (Keesokannya lagi, Sudin datang lagi) Sudin : kuih hijaunya dah ada, bang.?? Penjual : Tak ada.!! besok kalau kamu tanya aku kuih hijau lagi, aku ikat kamu, lepastu aku paku kamu kat pokok seberang jalan sana tu..faham! (Sudin terfikir sesuatu, sambil mengangguk2 kepalanya lalu terus pulang tapi besoknya Sudin datang lagi) Sudin : bang, ada tali.? Penjual : haaaa...mcm tu la.. tanya yg lain....tapi sorry, tali tak ada.. :p Sudin : paku bang,? Penjual : pun tak ada.. :p Sudin : oh alhamdulillah… bang ada kuih hijau..?? (Caboot lariiiiii...) Penjual : CETAAANN!!! %^%$%$#$@$%!


3.) BORANG DALAM BAHASA ORANG PUTIH

atok : cu ko paham bahasa org putih tak? cucu : boleh la tok..nape? atok : ce ko nengok borang ni..ce tengok! tolong isikan skali blh? cucu : ok dude...ur name plzzz! atok : LEBAI PADU B HJ MENGENDAP.cucu : age plzz! atok : 62thn cucu : sex tok? atok : amboi2...x kan semua nk tau.. cucu : yes..ni wajip tok atok : hmm, ko bubuh jela 2-3 minggu skali, kadang-2 tu penuh seminggu..tgk mood cucu : *_* ( #$%^ )


4.) SAUDAGAR KELDAI

Seorang saudagar keldai dari tanah Arab ingin menjual keldainya di pasar.
Dalam perjalanan menuju ke destinasinya, beliau mengira keldai- keldainya yang ada. 
Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira, 1,2,3...9
 
Saudagar: Huhhh...tak boleh jadi nie.. kurang seekor?
 
Lalu, beliau turun dari keldai yang ditunggangnya untuk mengira semula bilangan keldai-keldainya...
 
Saudagar: 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10...hah..cukup pun,
 
Beliau kembali menunggang keldainya untuk neneruskan perjalanan ke pasar.
Semasa meneruskan perjalanan itu, beliau mengira kembali keldai-keldainya..Beliau berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Beliau pun turun dan mengira kembali keldai-keldainya dan lebih hairan kerana keldai cukup. Lalu, beliau mengambil keputusan...
 
Saudagar: Lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku tidak menunggang keldai nescaya aku untuk seekor...


5.) KALAU DAH PANDIR

Isteri : Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? Hidup lagi ni.

Pak Pandir : Apa yang susahnya?

Isteri : Nak ketuk kepala ikan kesian la pulakk!

Pak Pandir : Tu pun nak dikecohkan. Letak saja ikan tu dalam air, kasi lemas ikan tu. Sekejap lagi mati lahh.


6.) PEMBANTU RUMAH

Seorang tuan marah-marah pada pembantu rumahnya.
"Sudah aku katakan ..............jangan kamu beritahu puan pukul berapa aku pulang malam tadi. Kenapa kamu cakap juga?"
" Maaf tuan............saya langsung tidak cakap waktunya," jawab pembantu rumahnya.
" Habis, macam mana isteri aku tahu aku pulang lewat? Apa kamu cakap?"
"Saya cuma cakap yang ketika tuan pulang..............saya sedang ambil air sembahyang subuh dan tak sempat tengok jam..........."


7.) SAM DAN DOL

Sam: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas?
           Mana kau tau dia mati lemas?
Dol: Sebab aku bela ikan emas. Aku jumpa ia mati dalam air!!!


8.) NENEK OH NENEK

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”


9.)CUCUR UDANG

Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsengan lagi...
setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...
Adalah pada satu hari tu dgn tiba2 datanglah sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucur udangnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk...maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya...
dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata..." dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak" dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya... "ooooo... cucur udang aku takde udang korang bising...tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising
pulak".


10.) WARIS

Seorang lelaki ingin melihat kemalangan. Malangnya dia datang agak lewat. Sewaktu dia sampai, orang ramai telahpun mengerumuni tempat kejadian. Dengan satu idea yg bernas, lelaki itu menjerit beberapa kali. "Minta laluan! Minta laluan! Saya adalah WARIS SI MATI!'' Setibanya di depan orang ramai melihat lelaki itu dngan muka penuh kehairanan. RUPA-RUPANYA SEEK0R BABI TELAH DI LANGGAR.

Adakah Aku Lelaki Dayus??

Sumber Aku Dapat : Zaki Tagged           Sumber Asal:  Ust.Zaharuddin Abd Rahman

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Tunduk Kepada Nafsu Amalan Dan Puasa Dilakukan


Kadang-kadang kita menuruti segala kemahuan nafsu kita sedangkan kita melakukan amalan yang baik. Kita Solat, Membaca al-Quran, mendengar ceramah, zikir tetapi kadang-kadang ianya tidak dapat melawan diri kita daripada nafsu yang jahat. Terfikir juga kenapa ianya tidak dapat melawan nafsu, adakah amalan kita tidak mendapat keberkatan. Tetapi ada satu amalan yang pasti dapat melawan nafsu iaitu Puasa. Tidak ada seseorang itu berpuasa melainkan nafsunya lemah. Kita berzikir, beriman kepada Allah tetapi kita masih kalah dengan musuh nafsu. Tak kira la, nafsu makan ke, nafsu beli belah ke mahupun nafsu seks. Namun nafsu juga akan kalah dengan menyibukan diri kita dengan melakukan apa-apa aktiviti yang memenuhi masa kita lalu kita berpuasa. Insya-Allah kita akan dapat melawan nafsu yang selalu menggoda kita yang tidak henti-henti.

Wallahualam.


Catatan Nota Dalam Surau "Musuh dalam & luar diri"


Catatan nota kecil kat surau...

MUSUH dlm n luar DIRI Cool- perlu JIHAD ( kesunguhan) melawan MUSUh.

Nabi(saw) bri tip iaitu ikutlah garisan/jln  lurus (siratulmustaqim) bukan 72 cabang/jln yg sesat. juga dlm israq n mi'raj, dilihat kan ada 4 musuh keliling  iaitu Belakang-syaitan yg sdg menghambat kita: depan - Dunia dgn ragamnya, kiri/kanan--nasara n yahudi.

Kenali MUSUH ada 5  ie 2 dlm diri n 3 diluar
    1.  NAFSU (dlm)
     2. SYAITAN(dlm)
     3. KUFAR/ KAFIR TEGAR
     4. MUNAFIK -
     5. Org Islam sendiri-yg Fasik, Dzalim, kaki maksiat dsb ( u name it) -byk lanikan??

Firman/ janji Allah(+/-).: Org yg bersungguh2 kejlnku ( perlu jihad) akan berjaya dan ditunjukkan Jalan yg lurus( diberi hidayah).

1. Nafsu - maksudnya +/- keinginan, perlu jihad sb kalu dibiarkan ia mengajak kpd ingkar pd suruhan/arahan Allah.
Hadis nabi saw:-tak sempurna /beriman sesaorg i2 selagi nafsu/hawa TIDAK tunduk pd kehendak agama/nabi saw. --- Kita perlu Tarbiah diri utk takluk nafsu (camno?)

Ada 4 urutan Jihad nafsu
1. Cari ILMU - berguru + buka kitab utk Akidah, feqah, akhlak/tasauf , Al quran n Hadis ,dsbnya

2. MengAMALkan Ilmu - islam i2 cara hidup dan syumul , di pdg masyar nanti kita akan ditanya tentang ilmu dipelajari, amalkan sikit2 lama2 sebati dlm diri, OK

3. SEBARkan pd yg lain , dlm alQuran kerap di sebut kalimah "kami" -so ,wajib disebarkan walau 1 ayat.

4. SABAR menerima UJIAN.- Nabi Nuh as -950 thn berdakwah hanya 44 org shj beriman, Nabi Ibrahim berdepan dgn Namrud (pemerintah), Nabi Musa as dgn Firaun laknatullah, Nabi Isa as n Nabi Mohamad saw. semua bersabar menghadapi ujian yg lebih dasyat drpd kitakan??

Ke-4 urutan memerlukan JIHAD diri, usaha dgn bersungguh2 to max.- BOLEH ke???
 Ini hanya Catatan- yg kurang i2 dr sayalah n trima kasih sudi baca /prihatin .
Waullhaualam

 Penyumbang ilmu : Syah, Shah Alam, Selangor.

Kelebihan Bismillah


Aku berkongsikan 11 kelebihan bacaan Bismillah yang aku memperolehinya dari seorang kawan ku. Ianya amat bermanfaat kepada kita.

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
yang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.  Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi) 

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka  maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Tidak rugi jika kita sentiasa mengamalkan permulaan kerja atau perlakuan dengan membaca BISMILLAH...

Enam Amalan Yang Berterusan Walaupun Sudah Mati




1. Berikan senaskah al quran kpd seseorang. Setiap kali seseorang membacanya insyaAllah Allah beri ganjaran.

2. Sumbangkan sebuah kerusi roda kpd hospital/klinik. Setiap kali pesakit menggunakannya, insyaAllah Allah beri ganjaran.

3. Ambil bahagian/menyumbang dlm pembinaan sesebuah masjid.

4. Sumbangkan sebuah "water cooler" di tempat awam.

5. Tanam sebatang pokok. Allah mengganjarimu tiap kali seseorang, haiwan berteduh atau memakan buah-buah dan dedaunannya.

6. Dan yg termudah sekali, kongsikan post ini dengan seramai insan yg boleh. Walau mana-mana satu drp di atas yg dilaksanakan insyaAllah kamu pasti diganjari Allah s.w.t....
wallahua'lam
Sumber: Sahabat Laman Sosial Tagged.com

Wednesday, 26 June 2013

Cara Terbaik Mengenali Sahabat


Aku bercerita tentang cara bagaimana untuk mengenali seratus peratus sahabat anda. Kalau kita menonton filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem doremi, bujang lapok, dan sebagainya, pengarah ingin menyampaikan nilai-nilai murni tentang persahabatan melalui perwatakan tiga orang sahabat menjalani liku-liku kehidupan. Sahabat terjalin dengan adanya kerjasama, bantu membantu, bertolak ansur. Ini mengambil masa yang lama untuk mengenali sahabat kita.

Satu cara yang terbaik untuk mengenali sahabat adalah dengan bermusafir bersamanya. Dalam permusafiran segala-galanya akan teruji. Warna sebenar seseorang akan terserlah semasa menghadapi jerih perit sebuah pengembaraan atau perjalanan. Ketika inilah baru diketahui sama ada kenalan kita itu  seorang yang sabar atau pemarah, pemurah atau kedekut, bertolak ansur atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.

 Semasa Sayidina Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang kenalannya, beliau bertanya: "Engkau pernah bermusafir dengannya?" Jawab lelaki itu: "tidak perah". Lantas Umar berkata: "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, ssungguhnya kamu belum mengenalinya!"

Bermusafir adalah cara terbaik untuk kita saling mengenali antara sahabat. Segala kesukaran, cabaran,, masalah dan tekanan akan menzahirkan "wajah" sebenar seseorang.

Perempuan Tak Pandai Memasak Tak Boleh Dijadikan Isteri?


          Biasa dengar kan, perempuan tak reti masak tak bole dibuat isteri? Aku nak bercerita sikit la pasal perempuan tak reti masak. Ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Si isteri ni tak pandai memasak, tapi reti la masak yang asas2 je, cam goreng telur, masak nasi, masak air, tapi itu pun kadang2 nasinya lembik terlebih air. Biasa la, asam garam kehidupan. Tiba satu masa si suami membawa isterinya pulang ke rumah mak si suami. Emak si suami ni garang, mulut nye direct je kalau nak sound2 sesiapa. Jadi si isteri ni berat je nak jejakkan kakinya ke rumah mertua. Nak tak nak si isteri patuh la kehendak si suami. Bila berada di rumah mertua, kebetulan mak si suami tu kurang sihat jadi dia meminta agar si isteri anaknya memasak untuk makan malam bersama. Tanpa rasa malu si isteri ni memberi tahu kepada mak mertuanya "mak, saya tak pandai masak". Lalu mak mertuanya membebel, "apa la kau ni, sebuk nak kawin, persiapan ilmu masakan pon tak reti.. Siapa masak kat rumah kau sana? Si isteri menjawab, jarang masak sendiri mak,biasa beli lauk yang dah siap. Mak mertuanya pula menggeleng-gelengkan kepala. Kau lama tak tinggal rumah aku nih? Si Isteri menjawab, saya ikutkan abang je mak, katanya seminggu kami tinggal disini. Lalu mak mertuanya berkata. "elokla seminggu kau ada disini, aku ajar kau masak, perempuan ni kena la pandai masak baru lah suami sayang lebih.. "mak tak marah saya tak pandai masak??"tanya si isteri kepada mak mertuanya. Ish2 buat apa aku nak marah pulak, takde syarat dalam perkahwinan pun masak  memasak ni, tapi kita kena ambil tahu juga. Jawab mak mertuanya.
         Setelah lima hari mak mertuanya mengajar si isteri memasak, tibalah hari terakhir mereka sepasang suami isteri di rumah mak mertuanya.Sedang si isteri dan mak mertuanya memulakan memasak untuk makan tengahhari , tiba-tiba mak mertuanya berpura-pura sakit, lantas meminta anaknya untuk mengantarnya ke klinik. Suaminya risau akan isterinya ditinggalkan di dapur bersendirian. "ayang, abang pergi hantar mak ke klinik sekejap. Ayang jaga diri yer". Isterinya berkata sambil senyum baiklah abang, abang hati-hati juga. Setelah sejam berlalu, si suami dan emak nya pulang dari klinik. Setelah masuk ke dalam rumah, mereka pun terus ke ruang makan untuk menjamu makan tengahhari. Suaminya hairan akan apa yag terhidang di atas meja makan dengan pelbagai jenis masakan yang menyelerakan. Si suami bertanya secara berbisik ke telinga isterinya, "awak beli ke lauk ni semua?" isteri menjawab"tidak abang, saya masak sendiri" suaminya terkejut lalu ditegur oleh maknya. Kenapa kau terkejut Hussien? Kau terkejut dengan semua masakan ni?? Hah tu la, sebab tu aku tak larang kau berkahwin dengan perempuan yang tak pandai masak. Mencari kesempurnaan itu memang cantik, tetapi memberi kesempurnaan itu lagi jelita. Tak Pandai masak kau pun boleh ajarkan isteri kau ni masak. Kan romantik suami isteri masak bersama. "yela mak, pandai mak jadi cikgu untuk isteri saya, emmmmm sedapnya masakan ni, macam dalam mimpi pulak.. hehe suaminya mengejek kepada isterinya. "ish kamu ni sen, kesian isteri kamu da masakan untuk kita semua. jawab mak nya. Isterinya tersenyum dan merasa gembira sangat terhadap kesempatan untuk dia diajar memasak dari seorang emak mertua yang sangat garang.

Tuesday, 25 June 2013

Keindahan Dunia Siapa Pun Akan Tergoda


 Aku bercerita tentang bertapa indahnya kehidupan di dunia. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, cabaran dan dugaan hidup perlu aku lalui dengan tabah dan ianya mengajar aku menjadi dewasa. Rintangan pula mengajar aku pengalaman diri terhadap kehidupan. Keindahan dunia bukan sekadar keindahan alam semula jadi, tetapi setiap apa yang boleh dilakukan di muka bumi ini penuh dengan keseronokan. Harta kekayaan, pangkat kedudukan dan wanita yang melemahkan jiwa. Aku merasakan ianya amatlah melalaikan aku terhadap keindahan dunia. Mengejar cinta tanpa keimanan membawa aku ke lembah maksiat dan berzina. Dunia penuh pancaroba, perlunya aku untuk mencari jalan yang lurus sehingga aku tidak terlalai dengan kehidupan ini. Menguatkan keimanan yang selalu bergoyang dengan sentiasa aku mengingati Tuhan. Akan ku pulang kepada Tuhan.

ADA JALAN KELUAR DALAM SETIAP KEHIDUPAN


Aku bercerita tentang jalan kehidupan yang sememangnya tiada jalan mati. Setiap jalan yang di masuk pasti boleh keluar semula. Jalan yang aku bercerita ni lebih kepada permasalahan dalam kehidupan, kegelapan, tentang hati, perbuatan dan macam-macam lagi la. Kalau kita belajar matematik, subjek tu mengajar kita tentang setiap permasalahan dalam matematik ada penyelesaiannya dengan mengemukakan beberapa formula. Berbalik kepada isu perbuatan. Yang ketara yang aku tak faham adakah jalan gelap yang dilalui oleh setiap manusia merupakan takdir? Ini aku maksudkan bukanlah ujian kepayahan dalam hidup, tetapi seperti manusia yang mengubah penciptaannya dengan menukar jantina, pelacur dan sebagainya. Jika ia takdir, bukankah ada jalan keluar baginya? Sememangnya kita tahu Allah tahu sebelum mencipta kita, apa berlaku ketika cipta kita, apa yang kita akan lakukan dalam hidup kita dan pengakhiran hayat kita. Semuanya ada hikmah sebab Allah Mengetahui segala-galanya. Cuba kita hayati potongan ayat suci al-Quran,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu
kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa
yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

jadi, kesimpulannya, perlu kita mengubah nasib kita ke arah yang lebih baik, jika kita ditakdirkan pondan, ye jadi lelaki semula la, jika ditakdirkan miskin, rajinkanlah bekerja dan sebagainya, tidak boleh cakap "ianya sudah ditakdirkan untuk aku." Aku bukan menyatakan tidak percaya pada takdir, sebab dalam rukun iman yang keenam, percaya pada qada' dan qadar . Jika tidak ini yang menjadikan manusia buntu jalan keluar dan membuat keputusan untuk mati dengan cara bunuh diri.
Wallahualam... Tegur jika artikel aky buat ni mengandungi kesalahan. :-)

Asas Bahasa Melayu Susah Bagi Pelajar Antarabangsa


 Aku bercerita tentang kesukaran menguasai sesuatu bahasa asing dalam diri kita. Kita belajar bahasa inggeris makan masa kan nak mahir, inikan pula bahasa-bahasa asing yang lain. Tak payah asing sangat la, bahasa kaum cina ngan india pon da susah nak faham. Hari ni aku jadi cikgu bahasa melayu bagi dua orang pelajar yang berasal dari Somalia. Tengok dorang belajar bagai nak gila, bagi kita senang sangat bahasa melayu yang asas. bagi dorg.. haha sebab kita da guna bahasa melayu sejak kecik lagi, so bahasa ni da ada dalam diri kita. Kesimpulannya, sayangi bahasa anda. meskipun bergitu perlu juga tahu bahasa arab secara tidak langsungnya ia merupakan bahasa nabi kita...



Monday, 24 June 2013

Siapa Kata Tiada Masalah


   Aku bercerita tentang ada yang kata manusia yang berpendidikan tinggi tiada kelemahan, masa depan cerah, tiada dosa, semua hasil kerjanya sempurna dan baik. Ini adalah renungan tentang siapa kata?

Siapa Kata Ustaz tak pernah buat dosa?
Siapa Kata Pakar Motivasi tak ada masalah?
Siapa Kata Cikgu tak pernah buat silap?
Siapa Kata Chef tak pernah masak nasi mentah?
Siapa Kata doktor tak pernah sakit?
Siapa Kata Profesor tak pernah kena tipu?
*walaupun profesor serba tahu.

Ingatlah para pembaca blog aku becerita, semua manusia didunia ini, Allah berikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Allah berikan kelebihan bukanlah 100% semua pengetahuan. Dan Allah berikan kekurangan bukanlah sehingga ia menghinakan. Terkadang sengaja Allah menyulitkan perkara yang kita pakar, agar kita tidak perlu sombong, agar kita sentiasa mejadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..

Wallahualam..

10 Jenis Nangis Yang Perlu Diketahui


   Blog aku bercerita kali ni nak share sepuluh jenis tangisan yang kebiasaannya pernah dirasai semua manusia.
Antaranya:
• Menangis kerana terlalu sedih
• Menangis kerana terasa hina dan lemah
• Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
• Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
• Menangis orang munafik - pura-pura menangis
• Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
• Menangis kerana rasa takut
• Menangis kerana cinta
• Menangis kerana gembira
• Menangis kerana menghadapi penderitaan.

Sememangnya permulaan hidup kita adalah nangis dan pengakhiran hidup kita adalah nangis. Sebab nak mati sakit, jadi menahan sakit sakaratul maut sehingga menitis air mata.
Menangislah! jika ianya perlu, boleh jadi ianya adalah ibadah dan boleh jadi ianya akan menyedarkan diri kita yang penuh dengan kealpaan. Blog Aku Bercerita juga mengambil satu potongan ayat suci al-Quran untuk dihayati isinya,
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“ Dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. ”
(An-Najm,43)

Blog aku bercerita juga ingin berkongsi bahawa "air mata taubat seseorang hamba boleh memadamkan apa neraka yang bahan bakarnya dari manusia yang ingkar dan batu berhala yang disembah dan lain-lain."

Jika artikel yang dikongsikan oleh blog aku bercerita ini mengandungi kesalahan fakta atau dalil mohon ditegur supaya boleh membuat pembetulan. (^^,)

Tidak Terasa Bila Mengutuk Terasa Bila Dikutuk



Aku bercerita tentang sikap manusia yang tidak pernah sedar akan apa yang terkeluar dari lidahnya yang tajam. Pengalaman aku dalam kehidupan sehingga hari ini telah berjumpa pelbagai jenis manusia sama ada lelaki mahupun perempuan. Aku nak ketengahkan isu mengutuk atau mengkritik seseorang di belakangnya atau dipanggil ngumpat. Sape yang suka jadi bahan umpatan?? tidak ada punya.. Perkara ini adalah biasa bagi kaum wanita, tapi ada juga dari kalangan aku (lelaki) yang melakukan juga tabiat mengutuk atau mengumpat. Aku biasa mendengar umpatan-umpatan atau kritikan yang memalukan seseorang itu jika didengarnya. Aku tak tahu apa diaorang dapat jika mengumpat atau mengutuk orang lain. Sedap je ngata yang perempuan tu tak cantik, yang tu hidung kemek, yang tu gemuk, yang tu hodoh, yang tu tak kena yang ni tak kena, yang diri dia sendiri kena la.. Seolah-olah dia ni sempurna seluruhnya, solat dia sempurna, amalan dia sempurna sebab tu dia suka mengumpat.. Aku cuba la mengelak dari mengumpat, perlu jaga percakapan leyyy.. jangan cakap tak pakai otak ye ark?? hehe so kesimpulannya jagalah percakapan. Kalau bergurau, mesti lah berpada-pada...

Sunday, 23 June 2013

Perempuan Marah Bersebab?


Aku bercerita tetang tingkah laku seseorang perempuan khususnya bergelar kekasih. Semua orang pernah mempunyai hubungan yang erat antara lelaki dan perempuan bukan? Biasa si lelaki sering dimarahi oleh perempuan disebabkan oleh perkara-perkara yang dianggap lelaki ianya adalah perkara kecil. Contoh seseorang lelaki yang gemar merokok, dan mengetahui bahawa kekasihnya tidak gemar yang lelaki ini merokok. Meskipun ianya tidak merokok di hadapan perempuan yang dicintai, namun bau rokok yang melekat pada nafas, pakaian dan sebagainya membuatkan si perempuan kurang selesa. Dengan berani si perempuan menegur "awak merokok?" sila berhenti merokok! apa yang aku faham setiap kali perempuan menegur atau memarahi seorang lelaki yang dikenali sebagai kekasih merupakan kebaikan yang perlu difahami. Perempuan marah, perempuan tegur sebab dia sayangkan si lelaki. Dan semestinya apa yang ditegur adalah perbuatan yang membahayakan kesihatan lelaki. Owh.. camtu lah yang aku faham. Saja aku kaji benda-benda gini. Banyak lagi sebab seseorang awek atau perempuan marah. Semuanya bersebab.

Belajar Untuk Peperiksaan Tanpa Tips Lebih Berkualiti



      Aku bercerita tentang pengalamanku di universiti. Setiap kali menjelmanya bulan peperiksaan akhir, pelbagai usaha dilakukan oleh setiap pelajar sebagai persediaan peperiksaan. Ada yang membuat nota kecil, ada yang buat toyol iaitu membawa nota kecil ke dalam dewan peperiksaan. Dua minggu sebelum peperiksaan, mereka menyibukan diri dengan mencari pelbagai bahan pelajaran termasuklah tips peperiksaan. Sememangnya semua pelajar kebanyakannya belajar menggunakan tips yang akan keluar pada peperiksaan akhir. Tips-tips itu semua kebanyakan adalah tepat. Namun setiap apa yang mereka pelajari, apa yang mereka ulang kaji adalah apa yang akan keluar di peperiksaan akhir. Ini menyebabkan mereka meninggalkan apa yang tiada di dalam tips. Aku berfikir ianya adalah baik kerana mereka boleh mendapat keputusan yang baik. Namun hakikatnya ianya adalah satu kelemahan kepada pelajar kerana mereka tidak mendalami seluruhnya. Dan adakah kualiti pembelajarannya? Soalan yang keluar seolah-olah diketahui oleh pelajar, dan mungkin sama soalan tips dengan soalan sebenar. Kesimpulannya, adalah penting aku dan juga pelajar lain mengulangkaji seluruhnya dan menekankan tips juga diperlukan.

Jika Perempuan Berkuasa Menjatuhkan Talak


Aku menulis tentang apa yang terlintas difikiranku, dan ianya mungkin dari penglihatanku. Talak yang bukan satu permainan dan ianya berkuasa ke atas lelaki. Aku menyatakan ianya mempunyai hikmah jika tidak diberikan kuasa menjatuhkan talak kepada kaum hawa. Perhubungan baik antara aku dengan seorang wanita memberi pengajaran kepada ku. Tatkala aku bergaduh disebabkan salah faham antara aku dan dia, apa yang terkeluar dari mulut seorang perempuan adalah putus.. atau bebaskan saya. mereka dalam keadaan panas hati dan kecewa dengan apa-apa masalah yang dilakukan oleh aku tanpa berfikiran panjang membuat keputusan yang terburu-buru. Setelah reda selama beberapa masa, si perempuan sebenarnya tidak lah berkata menggunakan hati, sebaliknya nafsu yang mengatasi fikiran yang menyebabkan kata-kata yang kurang sedap didengar terkeluar dari lidahnya. lelaki seharusnya memahami perasaan dan tingkah laku sseorang perempuan dan perlu bersabar dengan permintaan seorang perempuan sekiranya berlaku apa-apa pertelingkahan antara pasangan. Sememangnya perempuan mencintai seorang lelaki adalah sukar untuk dilepaskan umpama dakwat pen di atas tisu sudah pasti tidak boleh memadamnya melainkan koyak..

Di ambang 15 Syaaban 1434


Di ambang 15 syaaban 1434H bersamaan 23 jun 2013 aku da pasanng azam baru. Menjadi hamba Allah yang mentaati Dia. Meskipun dosa-dosaku yang bertimbun namun aku yakin ianya akan digugurkan sedikit demi sedikit melainkan dosa besar yang sememangnya memerlukan taubat nasuha yang demi Tuhan mengetahui ianya sukar kerana taubat nasuha perlu meninggalkan segala perbuatan-perbuatan yang terkutuk di sisi Allah. Mungkin ianya mengambil masa yang lama untuk aku berubah menjadi manusia yang bersyukur dan mentaati Tuhan dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Apa yang aku lakukan sekarang adalah menjaga solatku yang sebelum ni rongak-rongak terutamanya solat subuh yang paling ketara aku tinggalkan. Demi bulan syaaban yang penuh berkat sebagai pintu kepada bulan ramadhan yang akan ku lalui. Tuhan pimpinlah aku yang lemah ini mengharungi hari demi hari di bulan ramdhan. Aku akan bersungguh-sungguh untuk melakukan amalan mulia di bulan ramadhan itu nanti.

Kisah Seorang Pemuda Cari Ilmu Ikhlas


Sama-sama kita hayati kisah ini. semoga kita dapat manfaat..

"Mari cikgu ajarkan kamu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.
Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
"Cukup?"
"Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar.
"cikgu, kita tidak beli apa-apa kah?"
"Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?"
"Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.

Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh...
apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni cikgu?"
"Tak buat apa-apa."
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."
"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."
"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."
"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.

Pengajaran:

Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Sayangkan Kucing Najis Aku Bersihkan


 Cerita bermula semasa aku kanak-kanak dahulu, kalau ada binatang peliharaan terutama kucing pasti dia ada wat hal.. berak kencing merata-rata dalam rumah.. kucing pon masa tu kecik lagi,jadi biasa la kalau wat tabiat camtu. Mak aku pula asyik membebel je kalau dapat tahu anak kucing aku berak sepah-sepah kat dalam rumah, sampai satu masa mak aku hilang kesabaran supaya suruh pindahkan kucing tu di tempat lain. Mana tak nye, mak aku tuh penat, mengemas dan sebagainya. Aku ni sayang kucing, jadi untuk menyejukan hati mak aku, aku la yang membersihkan segala najis-najis kencing berak kucing tu. Sampai satu masa kucing tuh da membesar, jadi dah tak berak dan kencing lagi daalam rumah. Kucing aku ni jantan, selalu je gadung ngan kucing jantan lain berebut bertina. Kucing aku tak la kuat sangat, selalu gak parah kena pukul.. da parah tawu lak duduk kat rumah diam-diam, tak keluar cari bini.. haha tapi seumur hidup aku penah nangis sekali bila seekor kucing yang datang ke rumah di pindahkan ke tempat lain.. syahdu.. haha

Sebolehnya jangan tidur tiga waktu ini!!!


Aku nak share tiga waktu yang sememangnya best untuk tidoq.. tapi sebolehnya kita elakkan daripada tidoq waktu ini.. Pertama selepas waktu subuh sehingga terbit matahari. Sebab waktu ni adalah waktu turunnya rezeki, adanya pembagian, turunnya keberkatan. Aku kuatkan pengetahuan aku ni dengan beberapa potongan hadis Rasulullah s.a.w.

    Dari Sakhr bin Wadi'ah Al-Ghamidi r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.  bersabda :

"Ya Allah, berkatilah bagi umatku pada pagi harinya" 
(HR. Abu Dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath. Thayalisi Halamin 175 dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).

Kedua, selepas solat asar atau diantara waktu asar hingga masuknya waktu magrib. Yang ni aku tak berapa faham sangat, sebab aku cuba untuk menguatkan fakta tentang tidak baik tidur waktu ni. Namun aku belum jumpa hadis tentang ini. Namun ada satu hadis palsu atau tidah shahih yang bermaksud "barangsiapa yang tidur selepas solat asar, lalu akalnya rosak maka janganlah dia menyelahkan kecuali dirinya sendiiri"
Jika kita mendengar pandangan orang-orang tua dahulu yang melarang anak cucunya tidur waktu asar kerana waktu tu adalah waktu syaitan keluar mencari makan, adanya angin yang membawa syaitan atau jin. 

Ketiga, sebelum mengerjakan solat isyak.
berdasarkan satu hadis yang aku baca , diriwayatkan dari abu barzah r.a. "bahawasanya Rasulullah s.a.w. membenci tidur sebelum solat isyak dan bercerita selepasnya" 
(HR. Bukhari no568 & Muslim no 647)
selain itu aku ada baca gak satu lagi hadis Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku suruh mereka untuk melewatkan solat isyak hingga sepertiga malam atau separuhnya". 
(HR. Imam at-Tirmizi, Menurut Imam Tirmizi, hadis ini Hasan Soheh).

Kesimpulannya, kalau boleh elakkan tidur dari tiga waktu itu. Siapa-siapa ada pendapat atau menambah ilmu yang dia ada sila tinggalkan di ruang komen di bawah.. terima kasih.. -)



Menarik magrib ini 23 Jun 2013


  Magrib ini 23hb jun 2013 iaitu beberapa jam lagi akan masuklah 15 syaaban 1434h iaitu malam nisfu syaaban, kita disunatkan menghidupkan malam ini seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan beristigfar, berzikir dan membaca al-Quran terutamanya surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Sama-samalah kita memenuhkan masjid-masjid Allah agar kita memperoleh berkat dan sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang mencari keredhaan Allah. 

Berdasarkan satu hadis rasulullah s.a.w. yang bermaksud " Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hambaNya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah s.w.t.  berfirman: "siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakannyarezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka bergini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?"


Saturday, 22 June 2013

Penyebab Hati Mati Doa Tidak Termakbul


Sumber ni aku salin daripada buku "umat-umat dihancurkan Allah". Jadi ianya adalah artikel yang agak menarik yang boleh memberi aku idea untuk update aku nyer blog.

Ceritanya bergini, Ibrahim bin Adham ni seorang hamba Allah yang berilmu agama yang tinggi, jadi datang sekumpulan lelaki bertanya kepadanya. "Apakah sebaabnya doa kami tidak diperkenankan, Sedangkan Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa orang yang berdoa akan diperkenankan-Nya?" Lalu, Ibrahim bin Adham menjawab,"Sebab hati kamu telah mati!"

      "Apa yang menyebabkan hati kami mati?" Tanya mereka lagi. Beliau menjawab: Kerana lapan perkara, iaitu:
     "Kamu mengetahui hak Allah s.w.t. tetapi kamu tidak melaksanakannya, kamu baca al-Quran tetapi tidak mengamalkan isinya, kamu katakan cinta kepada Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mematuhi sunnahnya, kamu katakan kamu takut mati tetapi tidak bersiap-siap menuju ke alam kubur, Allah s.w.t. mengatakan bahawa syaitan itu adalah musuh kamu, maka hendaklah kamu menjadikan ia musuh, tetapi kamu masih membuat maksiat dengannya, kamu katakan takut akan api neraka tetapi kamu mencampakkan diri kamu ke dalamnya, kamu katakan suka akan syurga Allah tetapi kamu tidak berusaha supaya masuk ke dalamnya, kamu bangkit dari alam tidur, lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedang aib-aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu.

Semoga aku tahu tentang ini da kamu juga tahu tentang ini.. Terima kasih diatas kesudian membaca artikel aku ini.. hehe

Friday, 21 June 2013

Seruan Seorang Sahabat


Seruan?? Seruan apakah?? Seruan yang dimaksudkan apabila masuknya waktu solat. Menghantar pesanan ringkas.. "Jom pergi masjid..", "kalau hujan saing aku, aku bawak kereta.. Ada sahabat lain pula berkata "oh azan.. jom berjemaah".. Ada sahabat lain lagi kata "ada program agama kat masjid".. Ini lah seruan-seruan yang mengingatkan aku ke arah kebaikan. Sahabat beribu, tiada la sampai ribu, mungkin ratus dan mungkin puluh. Sahabat yang baik sentiasa mengajak kepada kebaikan. Hrmmm.. Ada juga sahabat yang mengajak kepada hiburan, tengok wayang, pergi konsert, tengok bola dan lain2... Itu lah interaksi para sahabat aku.. Ada yang baik, ada yang nakal.. sejahat-jahat mana pun sahabat kita tu, dia tetap sahabat..

Malam Jumaat Punya Cerita


Seorang Isteri pulang ke rumah agak lewat pulang kerja syif petang.. Perlahan-lahan masuk ke bilik tidur kerana tidak mahu mengejutkan suaminya. Tiba-tiba dia terlihat dua pasang kaki di bawah selimut, dan bukan sepasang seperti yang disangka. Lalu si isteri pun keluar semula perlahan masuk bilik tidur anak lelakinya. Dia mengambil sebatang kayu hoki, lalu masuk semula ke bilik tidurnya. Dan dengan sekuat-kuatnya dia memukul tubuh-tubuh di bawah kain selimut itu bertalu-talu..

Bila selesai, dia keluar dan pergi ke dapur untuk minum. Bila sampai di dapur dia terlihat suaminya berbelek-belek majalah kereta. Lantas suaminya menegur,"hai sayang, ibu bapa sayang sampai petang tadi, mereka nampak letih jadi abang bagi mereka gunakan bilik kita .. Sayang sudah jumpa dia ke??

Tubuh Wanita Sememangnya Menggoda


Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.


Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya...


#kan??

Hidup Seperti Mimpi Yang Merelakan



Saat kesabaran diuji, memang tidak mudah untuk menentukan pilihan. Kadang kala apa yang kita alami seperti mimpi, memaksa kita untuk merelakan apa yang terjadi. Padahal dalam hati terasa berat terhadap apa yang kita alami. Kadang-kadang kita merasakan kenyataan yang tidak adil, tentang keadilan yang tidak berpihak. Tertanya-tanya dalam diri mengapa kita perlu berhadapan dengan kehidupan seperti ini. Kesukaran dalam pelbagai urusan dunia, memaksa kita supaya bersabar. Redha dengan apa ketentuan hidup yang sememangnya telah tertulis. Namun disebalik semua itu, ada hikmah yang dapat kita ambil. Hanya orang-orang yang berjiwa sabar serta ikhlas yang akan dapat mengambil hikmah dari segala peristiwa yang berlaku dalam kehidupan. Sentiasa lah meminta kepada Sang Pencipta supaya diberiNya kekuatan kesabaran dan mendapat pertunjuk dengan hati sentiasa redha..

Monday, 17 June 2013

Kisah Penjual Ikan Ingin Memuaskan Hati Pelanggan Yang Pelik


Seseorang penjual ikan memulakan jualan ikan segar dipasar. Ia memasang papan tanda bertuliskan “Disini Jual Ikan Segar”

Tidak lama kemudian datanglah seorang pengunjung yang menanyakan tentang tulisannya. “Mengapa kau tuliskan kata : DISINI? Bukankah semua orang sudah tau kalau kau berjualan DISINI, bukan DISANA?”

“Benar juga!” pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata “DISINI” dan tinggallah tulisan “JUAL IKAN SEGAR”.

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga menanyakan tulisannya.

“Mengapa kau pakai kata SEGAR ? bukankah semua orang sudah tau kalau yang kau jual adalah ikan segar, bukan ikan busuk?”

“Benar juga” pikir si penjual ikan, lalu dihapusnya kata “SEGAR” dantinggallah tulisan “JUAL IKAN”

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga menanyakan tulisannya : “Mengapa kau tulis kata JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu kalau ikan ini untuk dijual, bukan dipamerkan?”

Benar juga pikir si penjual ikan„ lalu dihapusnya kata JUAL dan tinggalah tulisan “IKAN”

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke 4, yang juga menanyakan tulisannya : “Mengapa kau tulis kata IKAN?, bukankah semua orang sudah tau kalau ini Ikan bukan Daging?”

“Benar juga” pikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan papan tanda tersebut.

Renungan:

Bila kita ingin memuaskan semua orang, maka yakinlah itu hal yang mustahil…. atau bahkan kita yang merugikan diri sendiri
Sudah menjadi fitrah manusia yang mempunyai pendapat yang berbeza. Jadi utamakan suara hati anda… biarlah orang lain berpendapat…yang penting apakah sesuai dengan kata hati anda?… jika tidak, maka berpegang lah dengan mengatakan… “Tidak!… maaf” :)

Harapan Manusia


“Siapa kata harapan itu tidak pernah wujud? Harapan itu memang ada. Cuma diberikan dalam bentuk yang berbeza. Kita mengharapkan A namun Allah hidupkan harapan itu dengan harapan B. Itulah harapan. Tidak semestinya kita tidak mendapat A seperti yang dihajati, harapan itu dikira telah pupus. Tidak. Sebaliknya Allah gantikan dengan harapan yang lebih baik. Ya, harapan memang sentiasa wujud. Ingat itu. :)”

GAMBAR MENARIK ISLAMIC










Sunday, 16 June 2013

Insan dan Perasaan



KITA INSAN..

PUNYAI HATI DAN PERASAAN..

AKAN ALAMI RASA KECEWA DAN GEMBIRA..

AKAN ALAMI RASA SAYANG DAN BENCI..

SEMUA ITU ADALAH FITRAH MANUSIA SEJAK AZALI..

ALLAH MAHA KAYA MAMPU MENGUBAH SEGALANYA..

SEMENTARA INSAN HANYA MAMPU MELIHAT DENGAN MATA..

BERDOA MEMINTA ATAS BELAS KASIHAN-NYA..

MENUNDUK LANTAS BERSUJUD PADA YANG ESA..

MEMOHON SIMPATI..MEMOHON CINTA ILAHI..

AGAR DIRI TIDAK DISISIH OLEH-NYA..

WALAUPUN DUGAAN DATANG MELANDA ..

TETAP TERIMA DENGAN REDHANYA.

Cara Menguatkan Kesabaran Terhadap Gurauan Kasar


Kadang-kadang kita memiliki beberapa orang kawan yang sifatnya suka bergurau kasar terhadap kita. Jadi untuk mengelakan diri kita dari bergaduh dan memutuskan silaturahim antara kita maka cara terbaik adalah membiasakan diri sabar dan menjauhkan diri daripada sifat mudah panas.
Caranya,

1.) Menganggap ianya gurauan dari seseorang yang tiada ilmu gurauan seperti kanak-kanak yang masih kecil dan tidak matang. Lambat atau cepat, kita pasti akan bertemu orang seperti ini. Tidal logik jika dunia yang memiliki berbilion manusia kesemuanya baik-baik belaka.

2.)Biasakan dengan berfikiran apa-apa gurauan kasar yang orang buat kat kita akan dirasai juga orang yang bergurau. Setiap perbuatan pasti ada balasan.

3.)Menganggap orang yang bergurau kasar dengan kita,maka kita juga boleh bergurau kasar dengan orang tersebut. Jika orang tersebut tidak mampu menerima gurauan kita, maka kita perlu menegurnya dengan baik.

4.) Menganggap setiap pertemuan sememangnya ada perpisahan. Jadi setiap gurauan kasar hanya semenatara. Dan ianya akan menjadi kenangan kepada orang itu terhadap diri kita, maka kebarangkalian mereka akan mengingati kita semasa kita tiada disampingnya.

5.) Dunia ini tidak lain hanyalah senda gurau dan main-main sahaja.


#ini hanyalah cara yang diamalkan oleh saya, jika anda mahu menggunakan cara lain, adalah dialu-alukan terutamanya menggunakan cara Rasulullah s.a.w. dan al-Quran tentang menguatkan kesabaran, dan sabar..

TANDA-TANDA ORANG SUDAH BOSAN DENGAN KITA


Teori perhubungan X:

1)Reply text lambat.
2)Selalu reply text *haha*"K" "hmm.".
3)Tidak memberi ucapan selamat pagi atau selamat malam.
4)Perhubungan tidak kesah ada atau tiada adalah sama..
5)Selalu diabaikan.

Teori perhubungan Y:

1)Balas msg laju.
2)Memberi tahu "saya sedang sibuk" jika bosan.
3)Msg tidak perlu 24 jam.
4)Tidak memulakan msg berbanding membalas msg.
5)Selalu mengambil berat yang penting sahaja.


Saturday, 15 June 2013

Sebenarnya Siapa Curiga Siapa?


Ada seorang isteri yang curiga bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit telah mengupah seorang  detektif untuk mengikuti suaminya selama seminggu..

 PEREMPUAN : "Jadi..? Apakah kamu berhasil mengikuti suami saya?"

 DETEKTIF : "Ya puan, sepanjang hari ini saya mengikutinya ketika masuk ke sebuah kedai butiq, saya juga mendapatinya keluar dari sebuah restoran lalu petang tadi ia singgah ke sebuah apartemen."

Senyuman lebar segera menghiasi PEREMPUAN yang sedang curiga dengan suaminya itu...

PEREMPUAN : "Aha!! baru dia tahu dia sekarang..!!
Adakah awak rasa dia ada  wanita lain?"

DETEKTIF : "Tidak puan, tapi yang jelas dia pergi ke semua tempat tadi untuk mengikuti dimana puan pergi..."

PENGAJARAN: sikap curiga dan tidak percaya bukan hanya ada pada kaum perempuan sahaja...
INGAT TU...!!!!!!!!

Kisah Pemuda Jujur Ayam Goreng


kesah benar Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawahsinar rembulan yang romantis. Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut.

Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000.Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya.

Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda. Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain!

Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku."
Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ialu terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. 

Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya. "Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran. "Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur! Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar. Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"

"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapatpergi dari sini."


Sember Idea : Status Tagged

CERITA BENAR PENDAKWAH FACEBOOK TIDAK BERHIKMAH


Ada sebuah cerita benar, Pendakwah A dan B


si A selalu bagi komen dekat mana2 status, tiba2 dia diuji dengan kedatangan si B yg juga memberi komen disatu status, tujuan si B mau uji si A, uji punya uji, akhirnya si B dapat menguji akan tahap kesabaran lalu katanya si B selidiki dulu siapa yg hendak kita hentam dan jangan mudah panas...ia benar, si A kelihatan salah sebab dia mudah emotianal dan tidak berdakwah secara hikmah.....tanpa sedar Allah memerhati.... benarkah hambaku ini berkata dan menguji org....selepas itu, pendakwah B update statusnya, katanya berdakwah kena berhikmah dan jangan mudah panas,...lalu dia ada update satu lagi status dakwah..tiba2 Allah nak uji pulak si B, ada pulak manusia lain yg komen dan berkongsi ilmu dengan si B, lalu si B emotional, padahal yg komen tu hanya mahu kongsi Ilmu...pooppp..heheh...setiap kebaikan yg ingin disampaikan biarlah kita buat juga....jangan hanya pandai bercakap saja....

P/s : sama2 istighfar....Allah Maha mendengar dan Melihat apa yg kita ucapkan...jadi setiap apa yg kita ucapkan kita akan dipertanggungjawabkan...pendakwah itu bukan sempurna, sedikit demi sedikit harus diperbaiki...kalau salah tegurlah...

TERJEMAHAN BACAAN DALAM SOLAT


Niat solat:

sahaja aku solat fardu (subuh/zuhur/asar/magrib/isyak) (dua/tiga/empat) rakaat tunai kerana Allah S.W.T.

Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.






Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah junjungan kami Nabi Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.