بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim
Wednesday, 26 June 2013
Cara Terbaik Mengenali Sahabat
Aku bercerita tentang cara bagaimana untuk mengenali seratus peratus sahabat anda. Kalau kita menonton filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem doremi, bujang lapok, dan sebagainya, pengarah ingin menyampaikan nilai-nilai murni tentang persahabatan melalui perwatakan tiga orang sahabat menjalani liku-liku kehidupan. Sahabat terjalin dengan adanya kerjasama, bantu membantu, bertolak ansur. Ini mengambil masa yang lama untuk mengenali sahabat kita.
Satu cara yang terbaik untuk mengenali sahabat adalah dengan bermusafir bersamanya. Dalam permusafiran segala-galanya akan teruji. Warna sebenar seseorang akan terserlah semasa menghadapi jerih perit sebuah pengembaraan atau perjalanan. Ketika inilah baru diketahui sama ada kenalan kita itu seorang yang sabar atau pemarah, pemurah atau kedekut, bertolak ansur atau mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
Semasa Sayidina Umar mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang kenalannya, beliau bertanya: "Engkau pernah bermusafir dengannya?" Jawab lelaki itu: "tidak perah". Lantas Umar berkata: "Demi Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, ssungguhnya kamu belum mengenalinya!"
Bermusafir adalah cara terbaik untuk kita saling mengenali antara sahabat. Segala kesukaran, cabaran,, masalah dan tekanan akan menzahirkan "wajah" sebenar seseorang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment