بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim
Friday, 14 June 2013
KISAH PEREMPUAN TUA MENGGAJI ANAK
Ibu tua: Hello.. Ni ali ke?
Ali : Ya mak, ni ali. Kenapa call ali? Ali tengah kerja ni.
Ibu tua: Mak saja telefon.
Ali : Oh.. Ingatkan ada apa tadi. Ali ada kerja sikit ni mak. Nanti Ali call balik.
Keesokan Hari
Ibu tua: Hello.. Ni Ali ke?
Ali : Ye mak, ni ali. Ada apa mak call malam-malam ni?
Ibu tua: Mak saja telefon. Ko kat mana?
Ali : ali sekarang kat luar ni. Jumpa client dengan kawan-kawan. Nanti ali dah balik rumah, ali call mak balik ye.
Keesokan Hari
Ibu tua: Hello.. Ni ali ke?
Ali : Ye mak, ni ali. Sorry mak, semalam balik lambat. Balik terus tertidur. Kenapa mak?
Ibu tua: Mak nak tanya sikit.
Ali : Tanya apa tu?
Ibu tua: Berapa gaji ko sehari nak?
Ali : Emm.. Boleh la mak. Dalam RM100 sehari. Tu pun tak berapa nak cukup kalau duduk kat bandar ni.
Ibu tua: Kalau macam tu, mak ada duit sikit nak kasi ko. Buat belanja ko kat sana.
Ali : La ye ke? Susah-susah je mak. Mak simpan duit tu untuk belanja rumah dah la. Kat sini tau la ali cari duit.
Ibu tua: Kau balik la rumah sehari dua nak. Nanti mak bayar gaji RM200. Mak rindu kat kau nak.
Apa perasaan anda selepas baca kisah ini? Saya tak perlu beri pengajaran sebab anda sendiri dah tahu menilai kisah ini. Terima kasih sebab sudi membaca.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN AIDILFITRI 2013.. PULANG KE KAMPUNG HALAMAN YER... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment