بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim
Wednesday, 26 June 2013
Perempuan Tak Pandai Memasak Tak Boleh Dijadikan Isteri?
Biasa dengar kan, perempuan tak reti masak tak bole dibuat isteri? Aku nak bercerita sikit la pasal perempuan tak reti masak. Ada sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Si isteri ni tak pandai memasak, tapi reti la masak yang asas2 je, cam goreng telur, masak nasi, masak air, tapi itu pun kadang2 nasinya lembik terlebih air. Biasa la, asam garam kehidupan. Tiba satu masa si suami membawa isterinya pulang ke rumah mak si suami. Emak si suami ni garang, mulut nye direct je kalau nak sound2 sesiapa. Jadi si isteri ni berat je nak jejakkan kakinya ke rumah mertua. Nak tak nak si isteri patuh la kehendak si suami. Bila berada di rumah mertua, kebetulan mak si suami tu kurang sihat jadi dia meminta agar si isteri anaknya memasak untuk makan malam bersama. Tanpa rasa malu si isteri ni memberi tahu kepada mak mertuanya "mak, saya tak pandai masak". Lalu mak mertuanya membebel, "apa la kau ni, sebuk nak kawin, persiapan ilmu masakan pon tak reti.. Siapa masak kat rumah kau sana? Si isteri menjawab, jarang masak sendiri mak,biasa beli lauk yang dah siap. Mak mertuanya pula menggeleng-gelengkan kepala. Kau lama tak tinggal rumah aku nih? Si Isteri menjawab, saya ikutkan abang je mak, katanya seminggu kami tinggal disini. Lalu mak mertuanya berkata. "elokla seminggu kau ada disini, aku ajar kau masak, perempuan ni kena la pandai masak baru lah suami sayang lebih.. "mak tak marah saya tak pandai masak??"tanya si isteri kepada mak mertuanya. Ish2 buat apa aku nak marah pulak, takde syarat dalam perkahwinan pun masak memasak ni, tapi kita kena ambil tahu juga. Jawab mak mertuanya.
Setelah lima hari mak mertuanya mengajar si isteri memasak, tibalah hari terakhir mereka sepasang suami isteri di rumah mak mertuanya.Sedang si isteri dan mak mertuanya memulakan memasak untuk makan tengahhari , tiba-tiba mak mertuanya berpura-pura sakit, lantas meminta anaknya untuk mengantarnya ke klinik. Suaminya risau akan isterinya ditinggalkan di dapur bersendirian. "ayang, abang pergi hantar mak ke klinik sekejap. Ayang jaga diri yer". Isterinya berkata sambil senyum baiklah abang, abang hati-hati juga. Setelah sejam berlalu, si suami dan emak nya pulang dari klinik. Setelah masuk ke dalam rumah, mereka pun terus ke ruang makan untuk menjamu makan tengahhari. Suaminya hairan akan apa yag terhidang di atas meja makan dengan pelbagai jenis masakan yang menyelerakan. Si suami bertanya secara berbisik ke telinga isterinya, "awak beli ke lauk ni semua?" isteri menjawab"tidak abang, saya masak sendiri" suaminya terkejut lalu ditegur oleh maknya. Kenapa kau terkejut Hussien? Kau terkejut dengan semua masakan ni?? Hah tu la, sebab tu aku tak larang kau berkahwin dengan perempuan yang tak pandai masak. Mencari kesempurnaan itu memang cantik, tetapi memberi kesempurnaan itu lagi jelita. Tak Pandai masak kau pun boleh ajarkan isteri kau ni masak. Kan romantik suami isteri masak bersama. "yela mak, pandai mak jadi cikgu untuk isteri saya, emmmmm sedapnya masakan ni, macam dalam mimpi pulak.. hehe suaminya mengejek kepada isterinya. "ish kamu ni sen, kesian isteri kamu da masakan untuk kita semua. jawab mak nya. Isterinya tersenyum dan merasa gembira sangat terhadap kesempatan untuk dia diajar memasak dari seorang emak mertua yang sangat garang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment