Magrib ini 23hb jun 2013 iaitu beberapa jam lagi akan masuklah 15 syaaban 1434h iaitu malam nisfu syaaban, kita disunatkan menghidupkan malam ini seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan beristigfar, berzikir dan membaca al-Quran terutamanya surah Yasin kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.
Sama-samalah kita memenuhkan masjid-masjid Allah agar kita memperoleh berkat dan sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang mencari keredhaan Allah.
Berdasarkan satu hadis rasulullah s.a.w. yang bermaksud " Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hambaNya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah s.w.t. berfirman: "siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, sesiapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakannyarezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka bergini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?"
No comments:
Post a Comment