بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Monday 30 September 2013

Kasih sayang sebanar

Kasih sayang adalah anugerah Tuhan. Tidak perlu dipaksa ianya akan datang sendiri. Kasih sayang didatangi syaitan dan nafsu. Jika sayang maka peliharalah dari kegagalan kehidupan di dunia. Jika sayang bawalah dia ke syurga. Jika sayang jagalah dari api neraka. Jika sayang tinggal lah dia sekiranya kita tidak mampu membawanya kebahagiaan. Jika sayang akan membantunya ke arah kebaikan. Cegah dari kejahatan. Dekatkan diri kepada Allah swt. Itulah kasih sayang sejati. Berkorban segala-galanya demi melihat kebaikan yang selalu tergambar di hadapan mata. Kasih sayang dapat mengeratkan tali persaudaraan, menjauhkan permusuhan dan kasih sayang seharusnya meliput keseluruhan sepertimana yang ditunjukan oleh Rasulullah s.a.w.
Wallahualam.

Ibu paling sibuk dalam hidup kita

Dalam kehidupan ini, kita memerlukan orang lain dalam menjalani kehidupan seharian. Tak kira lah keluarga, sahabat, dan sesiapa sahaja yang dapat membantu atau menyokong apa-apa sahaja tindakan yang akan dilakukan. Manusia yang pertama kita kenal adalah ibubapa. Cerita tentang ibu, dialah manusia paling sibuk dalam kehidupan kita. Sememangnya kita mempunyai banyak sahabat, adapun kita mempuyai kekasih, adapun kita mempunyai saudara dan orang awam. Tiada manusia yang akan sibuk-sibuk terhadap diri kita melainkan ibubapa dan suami isteri.Ibu adalah manusia yang selalu mengorbankan harta benda malah nyawa demi menjaga atau melihat anaknya dalam keadaan baik. Ibu yang selalu risau akan anaknya. Nalurinya sentiasa ada sayang akan anaknya. Meskipun anaknya sudah besar dan boleh berdikari, masih ibu tetap mahukan yang terbaik buat anaknya, selalu sibuk menanyakan khabar, menayakan masalah dan sebagainya. Seorang anak wajib menjaga hati ibu yang mudah terluka. Walau bagaimanapun, ibu tidak pernah benci akan anaknya meskipun mulutnya menyatakan benci semasa hatinya kecewa. Merenung muka ibu ketika dia tidur dapat menitiskan air mata suci. Muka ibu yang tidur seakan-akan menunjukan keletihan mendidik dan menjaga anak siang harinya. Ketahuilah ibu adalah manusia yang paling mengambil berat dan sibuk terhadap anaknya. Anak menantu yang baik, penyayang, hormat ibu bapa adalah anugerah yang dapat memberi ibu tersenyum.
Wallahualam.

Saturday 28 September 2013

Penyelesaian Gangguan Makhluk Halus


Aku bercerita kali ni nak berkongsi sedikit tentang cara mengelakan diri daripada gangguan makhluk halus ketika tidur. Dah jadi kebiasaan, di mana-mana tempat yang kita tinggal sebenarnya berkongsi dengan benda yang tak nampak.. lebih-lebih lagi di hostel. Kebanyakan pelajar sering diganggu oleh makhluk halus ketika tidur seperti kena tindir, ngigau, mimpi ngeri dan sebagainya. Tadi aku ada meeting bersama pengetua En Rosman, cite punya cite ada cite tentang masalah kena ganggu makhluk halus.. Jadi pengetua aku bagi tips yang boleh diamalkan oleh semua orang.. caranya:
1. Membasuh kaki, lebih elok kalau amik air sembahyang sekali.
2. sentiasa memberi salam ketika hendak masuk ke bilik, tak kira la ada orang ke atau takde, tapi beri salam ada caranya, kalau ada orang cam biasa la, assalamualaikum, kalau bilik xde orang assalamualaina wa ala ibadillah hi solihin..
3.sebelum tidur baca surah al-fatihah satu kali diikuti dengan ayat kursi dan disudahi dengan 4 qul.
4. berdoa dan tawakal.

In Sha Allah munjarab dengan izin Allah.Selamat mencuba..

Thursday 26 September 2013

Aku tidak malu melakukan dosa?



Entri kali ni aku bercerita tentang satu topik yang bertajuk "aku tidak malu melakukan dosa.." Apa yang dimaksudkan oleh aku kat sini dosa.. jika direnung sememangnya tidak boleh lari dari segala dosa. Namun hakikatnya manusia boleh menjadi baik dan berubah semata-mata ingin menebus segala dosa yang dilakukan. Sememangnya jika hati ingin berbuat sesuatu yang hukumnya haram, sememangnya hati telah berniat untuk melakukan itu dan untuk melakukan ini. Jika hati hanya berniat, senang kata niat jahat, dosa belum diperoleh lagi melainkan niat yang dihajati tercapai. Kadang-kadang niat ni automatik. Apa yang kita terfikir atau terlintas difikiran mulalah adanya niat.

Nyaris lari topik, bukan niat yang hendak diceritakan. Berbalik kepada tajuk yang ingin aku bincangkan adalah "aku tidak malu melakukan dosa." Kita malu kentut depan orang lain, jadi kita akan menahan kentut atau jauhkan diri dari tempat orang tadi untuk kentut. Hah, sebab apa kita tak kentut depan orang tadi? sebab malu la. Kalau malu maka tidaklah buat. Contoh lain suka seseorang, tapi tidak bagi tahu sebab malu. Berbalik kepada tajuk, tidak malu melakukan dosa. Tidak solat, malu tak? malu.. tapi malu kat orang lain yang solat. Buat maksiat, malu tak? malu, tapi malu kat orang lain yang akan memandang hina.. Tapi jika line clear, ada malu tak? ada malu kat Tuhan, tapi kenapa buat? Sebab kat dunia ni tidak dapat menahan dari nikmat.. Cuma selalunya hati dibutakan oleh nafsu dan syaitan untuk melakukan sesuatu yang seronok dan nikmat agar dapat dirasai. Sebenarnya setiap sesuatu perbuatan yang berdosa sama ada kecil atau besar adakah kita tidak ingat Allah? Bohong la kalau cakap tak ingat, Ada yang menang judi, alhamdulillah... itu apa? dan ada yang melakukan seks, hati tetap ada Allah, cuma iman dilemahkan selemah lemahnya oleh nafsu dan syaitan yang memaharajalela.

Setelah segala-galanya berlaku, mulalah insaf.. bertaubat bagai.. menangis bagai.. Pastu iman tidak dijaga maka berlakulah kembali sejarah dosa lama.. hah.. Seronok kat dunia ni.. baik kaya baik sederhana baik susah.. ada je kenikmatan depan mata.. ye tak?? satu je aku nak mengetengahkan tentang satu hadis nabi..

Sabdanya yang bermaksud: "orang yang bodoh itu menurut kemahuan nafsunya, kemudian bercita-cita agar Allah dapat memasukannya kedalam syurga."
Wallahualam.. sebab hadis ni aku tidak terjumpa sumbernya sama ada hadis sahih mahupun bukan. Tapi setiap manusia yang masuk ke syurga adalah dengan rahmat Allah. Dan ada satu ayat yang aku penah baca satu hadis tentang Allah berfirman "rahmat Ku mengatasi kemarahan Ku'. Harap kita semua sempat menjadi hamba Allah yang baik dan taat sebelum temunya sakaratul maut.. kenikmatan dunia adalah ujian yang besar sehingga ramai orang tenggelam dalam nikmat dunia termasuklah aku... Wallahualam..



Wednesday 25 September 2013

Berhati-hati dengan hati.



Aku bercerita telah lama tidak mendapat ilham untuk menulis karya agar dapat dikongsikan bersama. Kali ni aku bercerita tentang hati. Hati memang orang lain tidak dapat baca. Adakah ikhlas atau hanya manis dibibir. Itu hanya akan diketahui di akhirat kelak. Ada orang sanggup menipu bertujuan menjaga hati orang lain. Apakah hukum nya? Biasa dengar bohong sunat?adakah ianya dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.? Aku masih mencari dalil sahih untuk mencari statement berkaitan dengan bohong sunat. Apa pula maksud “jika seseorang itu melakukan sesuatu dosa, maka akan timbullah satu titik hitam dihatinya” Aku tiada ilmu yang tinggi untuk menghuraikan kata-kata berkaitan hukum. Tapi satu yang aku harapkan agar kita sama-sama menjaga hati. Semoga berbahagia dunia akhirat. Akhir kata aku kongsikan satu hadis nabi yang bermaksud:

“....Ingatlah bahawa dalam setiap jasad manusia itu ada segumpal daging, jika ia baik, baiklah jasad keseluruhannya. Dan jika ia rosak, maka rosaklah jasad keseluruhannya. Ingatlah itu adalah hati”.
HR. Bukhari dan Muslim

Wallahualam.