بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 15 October 2014

Nasihat tentang cinta (D'Darbian's Brother)

Biar apa pon orang kata apa sekali pun, saya tetap nak mencari jodoh yang seiras Nealofa. Uhhhh, sejuk mata memandang sejuk lagi bahu memikul.. Dalam kuliah Advance Financial pon da ada sorang awek iras nealofa.. tapi... hurmmmm.. pape pon saya yang hebat ni nak jadi lelaki yang setia pada yang setia..  xdapat iras nealofa, iras cam mak dia pon okey juga.

-Zul Perang (Kemah Malam)
















        Biaq muka xlawa. Yang penting hati mau baik. Bak hang.. aku nak bagi tahu hampa semua.. jangan memilih jadi manusia.. semua sama.. aweq aku bak hang baik nohh.. tu dia.. aku ni bang rajan ingin wat pesanan utk angpa semua.. kenal hati baru cinta..

-Bang Rajan Utara













Perempuan ni macam tisu, mudah koyak. Jadi kita perlu jaga elok-elok. Cukup bulan nikah ler.. last sekali nak promote kek coklat da ada juat kat cafe Sime Darby.. pastikan jenama Anis okeyyy.. woooo

-Chef Anis Kamal (Pengurus Masakkan Hotel)













Hak tu molek, hak ni molek, dak kenan xseh tra.. ore kata jange sentuh buah jika xnok makang.. aku setia yang ado kat kampung.. mu tunggu aku datang.. hok aloh..

-The Rie (Designer)










Kepada semua kawan-kawan yang lom dapat awek. Ikut cara saya. Pabila berselisihan dengan awek kita perlulah menggunakan taktik jalan ketam.. nanti awek tu pasti tengok dan tertanya-tanya.. lalu berkata “kau dah kenapa??” haha.. kita kaum adam perlu hormat wanita meskipun wanita itu lebih muda dari kita. Janganlah kita jadi “hurmmm sampah”..

-Mok R.A Sime Darby (2011-2013)






To be continue...



Abu Khair Kampung Sungai Telor kecewa

GEMPAR dan HANGAT: Sungai Telor's Mutakhir News: Dilaporkan bahawasanya beberapa ekor monyet atau beruk atau spesis yang berkenaan dipercayai telah melakukan sabotaj tanpa niat ke atas bangunan Dewan Raya kampung ini sepanjang tahun ini dalam beberapa siri yang berlainan. Menurut laporan dari En Abdullah bin Dawi, pengawas bangunan tersebut, mereka sebelum ini pernah mengumpil pintu tandas yang mana ianya dipercayai bagi merealisasikan aktiviti samun terhadap barang-barang yang terdapat di dalamnya, memberaki tong sampah awam di situ dan meluahkan 'shit' dalam baldi tandasnya. Adapun yang terkini iaitu dalam beberapa hari yang lalu, mereka telah pandai melempar duit syiling RM 0.50 dengan begitu deras dan tepat ke arah cermin kekisi gelap pintu utama bangunan berkenaan. 

             Ekoran dari itu, cermin tersebut telah pecah dan berlubang. Mereka dipercayai ingin mengintip barang-barang berharga di dalamnya sebelum melancarkan agenda seterusnya. Mereka sebelum ini pernah dihambat oleh pihak yang perihatin dengan senapang gajah yang dilengkapi peluru getah untuk ditembak sebagai pengajaran. Namun sayangnya, semua tembakan tersebut lari dari sasaran ekoran dari kurangnya pengalaman dan latihan. 

                Oleh itu, tiada apa-apa kecederaan yang berlaku dan tiada apa-apa hukuman yang dapat dilaksanakan. Apa pun, pihak berkuasa tempatan amat berharap agar penduduk kampung tersebut sama-sama memberikan kerjasama dan perhatian terhadap kes-kes seumpama ini agar kegiatan yang langsung tidak sihat samasekali seumpama itu tidak berulang lagi. - Reuters