بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 15 October 2014

Abu Khair Kampung Sungai Telor kecewa

GEMPAR dan HANGAT: Sungai Telor's Mutakhir News: Dilaporkan bahawasanya beberapa ekor monyet atau beruk atau spesis yang berkenaan dipercayai telah melakukan sabotaj tanpa niat ke atas bangunan Dewan Raya kampung ini sepanjang tahun ini dalam beberapa siri yang berlainan. Menurut laporan dari En Abdullah bin Dawi, pengawas bangunan tersebut, mereka sebelum ini pernah mengumpil pintu tandas yang mana ianya dipercayai bagi merealisasikan aktiviti samun terhadap barang-barang yang terdapat di dalamnya, memberaki tong sampah awam di situ dan meluahkan 'shit' dalam baldi tandasnya. Adapun yang terkini iaitu dalam beberapa hari yang lalu, mereka telah pandai melempar duit syiling RM 0.50 dengan begitu deras dan tepat ke arah cermin kekisi gelap pintu utama bangunan berkenaan. 

             Ekoran dari itu, cermin tersebut telah pecah dan berlubang. Mereka dipercayai ingin mengintip barang-barang berharga di dalamnya sebelum melancarkan agenda seterusnya. Mereka sebelum ini pernah dihambat oleh pihak yang perihatin dengan senapang gajah yang dilengkapi peluru getah untuk ditembak sebagai pengajaran. Namun sayangnya, semua tembakan tersebut lari dari sasaran ekoran dari kurangnya pengalaman dan latihan. 

                Oleh itu, tiada apa-apa kecederaan yang berlaku dan tiada apa-apa hukuman yang dapat dilaksanakan. Apa pun, pihak berkuasa tempatan amat berharap agar penduduk kampung tersebut sama-sama memberikan kerjasama dan perhatian terhadap kes-kes seumpama ini agar kegiatan yang langsung tidak sihat samasekali seumpama itu tidak berulang lagi. - Reuters

No comments:

Post a Comment