بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 27 March 2013

Dua hari kenal sudah boleh nilai?


Menilai perwatakan,hati,cara pergaulan dalam masa pengenalan dua hari malah dalam masa setahun sekali pun belum cukup untuk menilai seseorang itu sama ada baik atau jahat. Ambilah masa yang panjang untuk mengenali orang lain,jangan terburu-buru membuat penilaian. Ini bukan menilai pendidikan yang setiap semester kena nilai. Faham orang lain, baru orang lain faham anda...

Monday 25 March 2013

Antara persahabatan dan keegoan


aku nak tanya PENTING sangat ka contact itu ? Zaman Nabi dulu tak de pun handphone apalagi alat komunikasi tapi hubungan persahabatan mereka UTUH je , kalau ukhuwah tu ikhlas TAKKAN KEMANA Allah akan jaga baik2 , tak perlu nak contact hari2 bagai nak rak 24 jam nak kene berteman , kita kalau betul-betul ikhlas berkawan dengan seseorang kita takkan pandang negatif kat orang tu...

Tanggalnya cahaya iman pada wajahku


Assalamualaikum, terfikir aku untuk meluahkan rasa hati tentang keimanan pada diri ini. Wajah yang dahulunya bersih dilapiskan cahaya iman namun, kini hilang disaat aku menjauhkan diri dari Tuhan. Sekelilingku yang memiliki keindahan,kecantikan, ketampanan wajah yang dihiasi cahaya iman. Apa yang berlaku semenjak aku telah mendapatkan apa yang aku mahukan. Dahulunya aku tidak terlepas dari mengamalkan amalan wajib solat,puasa, dan sebagainya. Membaca al-Quran juga telah menjadi amalan harianku. Kini, ntah la bagaimana aku nek ceritakan. Wajah yang ku miliki kini gelap dilapisi oleh amalan mungkar yang sepatutnya semua orang boleh hindarkan. Setiap kali waktu subuh aku selalu terlajak bahkan hanyut tanpa mengganti. Bukan aku tidak mampu untuk bangun menunaikan solat subuh tapi aku masih memilih kenikmatan tidur di waktu subuh berbanding kenikmatan solat di waktu subuh. Hatiku sentiasa ada titik-titik hitam yang memenuhi ruang disebabkan aku menjadi hamba Tuhan yang amat lemah. Jika saat ini aku diberi ujian dengan perbuatan dosa besar, sudah pasti aku akan tergelincir tanpa rasa takut kepada Tuhan. Tuhan selalu beri aku kesempatan untuk aku berubah, untuk aku tinggalkan semua dosa-dosa, namun hakikatnya tak mudah untuk aku berubah kepada yang lebih baik. 
Aku rindukan kebaikan dan menjadi orang yang beriman...

Sunday 24 March 2013

Sahabat didalam doaku..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cerita tentang persahabatan yang tidak pernah aku mengerti . Dalam kehidupan seharian adalah pentingnya peranan seseorang sahabat dalam menghiburkan hati,malah  sentiasa mengingatkan sesuatu yang patut atau tidak patut dilakukan. Sahabat yang hadirnya tidak dirancang dengan keizinan-Nya untuk merapatkan ukhwah. Sahabat adalah berbeza dengan kawan. Dan aku tak pernah merasakan yang aku tiada sahabat, namun aku merasakan sesiapa yang hadir dalam hidupku secara automatiknya menjadi sahabat. Sahabat yang betul-betul sahabat adalah sentiasa ada dikala kita jatuh dan ada dikala kita bangun dengan memberikan pimpinan dan sokongan untuk bangkit semula. Dalam persahabatan perlu ada keikhlasan, perlu ada niat kepada Tuhan agar perhubungan antara sahabat ada ganjaran pahala disisi-nya.  Memilih siapa sahabat adalah perlu dan penting untuk menjamin keselamatan dan kebahagian. Namun pilihan nya bukan lah dari paras rupa atau harta kekayaan tetapi keikhlasan hati yang menerima kehadiran dalam kehidupan.  Bagi aku sahabat rujuk kepada dua atau tiga orang berbanding kawan yang bilingannya tidak terkira. Doaku buat keluarga ,cinta, dan sahabat handai tidak akan terputus... Insya-Allah


Busuk mulut perempuan berbanding lelaki.


Aku nak share sedikit tentang kelancangan mulut perempuan tak sedasyat kelancangan mulut lelaki. Ni bukan kutujukan kepada kawan-kawanku yang perempuan,tetapi perempuan umum yang aku tidak kenali. Ramai perempuan yang mulutnya tidak dapat dikawal oleh perasaan. Lelaki lebih bersabar sebelum memaki seseorang berbanding perempuan. Namun, tidak semua perempuan yang sedemikian. Perempuan lebih berani untuk memaki atau menghina orang lain meskipun orang itu tidak dikenali. Perkataan yaang kesat selalu digunakan oleh kaum perempuan ialah "Jantan sial!!", Jantan xguna, dan lain-lain lagi sekiranya ia marah akan pasangannya. Perempuan lebih gemar mengumpat berbanding lelaki. Lelaki sekiranya mengumpat lebih kepada mengutuk depan-depan sehingga boleh berlaku pergaduhan...
Jadi perempuan yang mulutnya lebih tajam daripada pisau ini aku simpulkan dengan gelaran perempuan mulut busuk...
jangan marah..
*hanya pandangan dan pengalaman.
KelanCAngan MuluT

Saturday 23 March 2013

"Bagi Muka Pijak Kepala"


Kadang-kadang aku tak kesah kawan-kawan buat kat aku yang niatnya bergurau, aku hanya "SABAR"..
Kadang-kadang aku tak kesah tolong kawan-kawan aku demi kepentingan dia, aku hanya "IKUT"..
Kadang-kadang aku tak kesah kawan-kawan ngata belakang tentang aku, aku hanya "OKEY"
Kadang-kadang aku tak kesah kawan-kawan kutuk aku, aku hanya ucap "TERIMA KASIH"
sebab aku jenis suka bagi "MUKA" kat kawan-kawan tapi kebanyakan kawan-kawan akan pijak "KEPALA"..

Cerita tentang 2 SAHABAT

Kalau nak cite tentang sahabat di semenanjung Malaysia, hampir semua negeri ada kawan baik aku. Aku berasal dari Kota Tinggi, Johor dan sudah pasti aku ada majoriti kawan orang Johor terutamanya orang Kampung aku. Aku dapat kawan dari negeri lain bermula di Universiti Utara Malaysia, aku stay kat DPP Sime Darby UUM sejak semester satu, aku kenal roommate aku Syafiq Helmi berasal dari Selangor, Pastu aku ada kawan dari Johor,Perak,Kelantan,Pahang,Kedah,Melaka.. Dimana kesemua kawan aku ni tidak berpuak-puak mengikut negeri mereka. Jadi semuanya kawan rapat.

KAWAN SARAWAK

Aku ada kawan dari Kuching, Sarawak. Nama dia Khairul Hifni bin Anuar, Lahir pada 13 Desember 1993. brader ni belajar JAYYID JIDDAN ASASI SYARIAH (UIA) sekarang dia sambung Bachelor of Islamic Sciences in Law of Fiqh & Usul Fiqh kat Al-Madinah International Universiti (MEDIU) Shah Alam.

KAWAN SABAH 
Aku gak ada kawan dari Kota Kinabalu, Sabah. Nama dia Neary Clevan Ariel bin Makasid@Ibrahim, 25 September 1991. Brader ni lak amik course Bachelor of Accounting kat UITM Merbok.

SO FAR SO GOOD MY FRIENDS
semua kawan aku bergitu baik terhadap aku, kat UUM sendiri da oke, aku dapat kenal hati budi mereka dan memahami arti "persahabatan"

Aku akan elakkan dalam diri aku daripada:
-Kawan makan kawan.
-Pentingkan diri sendiri.
- Ego



entri akan datang aku akan cerita tentang Sahabat UUM dan Sahabat Sekolah.. Insya-Allah

Friday 22 March 2013

DPP SIME DARBY: Palestin terkandung dalam al-Quran


Tahun lepas DPP Sime Darby dibawah exco kerohanian yang diketuai oleh Muhamad Arif telah berjaya menjalankan program "Penghayatan Kemanusiaan Palestin" dengan pengutipan sumbangan daripada mahasiswa mahasiswi Universiti Utara Malaysia sebanyak dua ribu lebih. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar UUM amat dihargai sepanjang masa. Bukan itu yang saya mahu kongsikan kepada pembaca blog saya,tapi cerita atau konflik diantara Palestin dan Israil sememangnya tercatat di dalam al-Quran surah al-Isra'. Ini saya paparkan potongan ayat al-Quran dalam bahasa melayu.

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. 

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi) 

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. 

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya. 

Apa yang tercatat di dalam al-Quran sememangnya benar dan akan pasti berlaku tanpa was-was..
selamat merenung.. :-)
Wallahualam.

Sahabat paling baik "kawan makan kawan"


Dalam Pemikiranku
Sebaik mana pun sahabat anda, sesayang mana pun sahabat anda kepada anda, mesti ada terlintas anak hati sahabat untuk menjatuhkan anda sekiranya anda mencapai kelebihan dan kejayaan yang tinggi melainkaan sahabat anda iklas dan niat kerana Allah untuk bersahabat dengan anda.

Ini adalah pemikiran sahaja, dimana manusia sentiasa dikotori hati oleh nafsu dan syaitan...
Jika anda tidak sedemikian rupa, atau tidak berkelakuan "kawan makan kawan" anda tidak akan menjadi mangsa sahabat anda..

Dalam persahabatan, 
kebanyakan mereka akan pentingkan diri sendiri dalam beberapa hal tertentu,
namun,
sahabat yang baik akan sentiasa memelihara dari melakukan sedemikian..

Bersahabatlah anda dengan sesiapa sahaja, kenali mereka..
Hidup tidak indah jika hidup berseorangan
malah tidak boleh hidup tanpa ada persahabatan..

Thursday 21 March 2013

UUM SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Silat cekak pusaka Ustaz Hanafi telah lama beroperasi di Universiti Utara Malaysia. Pada mulanya beroperasi di DKG5 pada setiap malam selasa dan rabu. Bermula akhir 2012, silat ini beroperasi di dataran DPP SIME DARBY pada setiap hari isnin dan selasa (malam) sehingga kini. 





Cekak telah diasas dan dilahirkan kembali oleh pemimpin Agung,
Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385
bersamaan 28 Disember 1965.
Silat ini berasal dari Kedah dan
berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh
panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin II.



APA ITU SILAT CEKAK HANAFI??


pergerakan
Silat Cekak adalah berdasarkan pergerakkan normal manusia dan tidak
mengambil ilham dari pergerakkan haiwan, tumbuh tumbuhan atau apa 
apa kejadian alam. Malah, Silat Cekak mempunyai kaedah kaedah
mempertahankan diri dan menyerang yang diilhamkan dari pergerakan
sembahyang.

Silat Cekak tidak mempunyai tari silat
atau apa yang lebih dikenali sebagai bunga di dalam kaedah
persilatannya. Pergerakannya menjurus kepada teknik teknik persilatan
atau buah buah silat.


Silat
Cekak tidak mengelak ke kiri, ke kanan atau pun mengundur walaupun
setapak malah ia mara kehadapan bila menangkis serangan.


Silat
Cekak menanti serangan dalam keadaan berdiri lurus dan tidak berkuda 
kuda atau langkah melangkah apabila menanti serangan.


Silat
Cekak menekankan mempertahankan diri dan hanya menyerang apabila
terdesak. Namun, apabila ia menyerang, musuh mengelak, serangan itu
akan tetap kena dan jikalau serangan itu ditepis, pasti tepisan
tersebut dapat ditewaskannya (elak kena, tepis makan). Tambahan pula,
serangan Silat Cekak juga boleh menangkap ketika menyerang (Cekak
menyerang, Cekak menangkap) yang cukup efektif terhadap gerakan 
gerakan makan gerak.

Dalam
Silat Cekak tidak ada system dua senjata, yakni tatkala musuh
bersenjata, Silat Cekak akan berlawan dengan tangan kosong. Tujuan
Silat Cekak adalah untuk menewaskan musuh dengan merampas senjata musuh
(senjata makan tuan).


Silat
Cekak tidak mempunyai teknik menyepak yang melebihi paras pinggang.
Akan tetapi ia mempunyai teknik teknik untuk berlawan dengan tangan
pengamalnya diikat ke belakang.


Silat
Cekak menekankan kaedah menurut pergerakan lawan dan bukan membangkang.
Oleh itu ia dapat menumpang kekuatan lawan dan menggunakan kekuatan
tersebut untuk menewaskannya.







Tuesday 19 March 2013

SUBJEK SUSAH DALAM BBA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Antara subjek yang memerlukan perhatian penuh untuk mencapai LULUS (c+) dan keatas adalah.
*STATISTIK
*STATISTIK GUNAAN
*PENGURUSAN KEWANGAN
*PENGURUSAN KEWANGAN 2
*MATEMATIK UNTUK PENGURUSAN

CARA MUDAH CARI JOURNAL ATAU ARTIKEL UUM

Pada entri kali ini saya kongsikan cara mencari journal dan artikel secara "online". Sememangnya 70% tugasan individu atau berkumpulan bagi pelajar Universiti Utara Malaysia perlukan rujukan artikel atau journal. Mungkin anda semua lebih mengetahui tentang mencari journal, saya buat blog berkaitan ini hanya mengisi masa lapang. Pertama sekali anda perlulah akses laman portal perpustakaan uum.

atau
klik

selepas itu anda perlu klik dan masukan no matrik tanpa "s"


selepas anda login anda boleh memilih jenis journal sama ada sumber dari news paper atau lainnya.





klik kat sebelah kanan dengan memasukan tajuk journal dan selepas itu anda klik dan akan keluar search results.
anda klik tajuk yang sesuai..


selepas itu anda klik PDF dan secara automatik file journal anda akan dimuat turun.



selamat mencuba.. :-)

Kasih Sayang yang menyeluruh


Kasih sayang adalah anugerah yang diberikan oleh Pencipta kepada mahluknya. Sayang adalah satu sifat dimana penggunaan perasaan hati dan jiwa yang menghargai kehidupan. Dalam menjalinkan kasih sayang manusia dengan manusia adalah dititik beratkan tentang kasih sayang manusia dengan Pencipta. Hal ini adalah asas kehidupan manusia haruslah berpaksikan kebenaran dan kehendak Tuhan yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. Kasih sayang itu adalah titi yang dapat menghiburkan hati. Kasih sayang manusia dengan manusia perlulah berhati-hati agar ianya dapat mengurangkan kesedihan sekiranya diuji oleh Pencipta. Apa itu kasih sayang?? Mungkin kita ada rasa kasih sayang kepada seseorang tetapi tidak cinta. Cinta adalah lengkap diantara kasih sayang. Cinta adalah satu anugerah pada hati dimana ianya amat sayang akan sesuatu perkara menyebabkan sesuatu perkara itu sentiasa ada dihatinya. Berbeza dengan sayang, sayang lebih kepada umum seperti sayang kepada ibubapa, sayang kepada kawan-kawan, sayang kepada saudara mara, sayang kepada tumbuh-tumbuhan dan sayang kepada haiwan. Jadi sayang tiada limit berbanding cinta. Namun tidak salah manusia ada cinta yang luas. seperti cinta kepada ibu bapa, cinta kepada nabi, cinta kepada Allah.

Saturday 16 March 2013

Pulau Rawa Mersing Johor

Pulau Rawa yang terletak diantara pulau hujung dan pulau Gual di mersing. Aku pergi pulau ni pada tahun 2008. Apa yang aku nak kongsi adalah pulau ni amat cantik dan indah selain tempatnya yang tidak bergitu luas, tiada perkampungan dan sebagainya. Pulau rawa merupakan pulau pertama aku pergi, lepas itu baru lah aku pergi pulau pinang masa aku semester 2 di Universiti utara malaysia.
Aku cadangkan jika korang nak bercuti atau berbulan madu kat sini pilih hari selain jumaat, sebab kat sini xde masjid. Jadi solat Jumaat xboleh wat kat sini. Tempat ni juga ramai yang pengunjungnya adalah dari pelancong luar seperti Singapura, China, Australia, England dan lain-lain. Makanan disini adalah halal tetapi masih ada jual arak.. Jadi berhati-hatilah yer..




Akhir sekali aku tinggalkan contact number untuk sebarang pertanyaan..
Rawa Resort.
Telephone: +607-799 1204/ 1205
Fax: +607-799 3848

Friday 15 March 2013

Lelaki vs Perempuan Dalam Umpatan


LELAKI MENGUMPAT???


Tidak dinafikan bagi golongan pengumpat terdiri daripada lelaki. Namun hanya beberapa peratus sahaja golongan lelaki yang gemar akan mengumpat. Lelaki mengumpat hanya disesuatu tempat. Umpatan yang yang dibuat adalah secara spontan. Kebiasaannya, lelaki mengumpat mengikut situasi atau masa yang sesuai. Umpatan yang dilakukan adalah berkumpulan, jika berseorangan bukan ngumpat namanya, malah tidak pernah berlaku umpatan jika berseorangan. Mengumpat adalah perkara biasa bagi zaman sekarang. Tidak kira sama ada si pengumpat itu adalah dari golongan lelaki atau peempuan. Jadi tidak hairanlah akan hukum yang terang dalam al-Quran berkaitan mengumpat..
Lelaki tidak akan mengumpat perkara yang lama atau lapuk, kebiasaannya bahan ngumpatan adalah perkara baru seperti mengkritik permakaian perempuan tanpa pengetahuan perempuan tersebut. Yang dikatakan mengumpat adalah sesuatu perkara buruk yang diceritakan kepada seseorang lain tanpa diketahui orang itu dan jika diketahui orang itu akan merasa malu dan marah.

BAGAIMANA PEREMPUAN MENGUMPAT??

Wednesday 13 March 2013

Bongkar Rahsia Hati Wanita (bahagian 1)

BAHAGIAN SATU : TANGISAN SEORANG WANITA





Aku cuba memahami bertapa lembutnya hati seseorang wanita.. Tajuk "Bongkar rahsia hati wanita" bahagian satu yang aku pilih adalah sesuai dengan entri yang aku hendak kongsikan. Tujuan aku menulis entri ini adalah untuk berkongsi sedikit tentang hati wanita. Apa makna hati yang korang faham?? Jika dilihat dalam wikipedia berkaitan hati,  

"Hati merupakan organ homeostasis yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma dalam manusia dan haiwan. Hati mempunyai pelbagai fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah. Ia menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas. Istilah perubatan yang berkaitan dengan hati sering kali bermula dari perkataan Greek bagi hati iaitu hepar, menjadi hepato- atau hepatic. Hati berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen. Hati menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus."

Aku faham dengan maksud yang tertulis dalam wikipedia itu sebab ia memberi maksud hati dari kontek sains dan sebagainya, pada aku hati adalah organ tempat letaknya perasaan kasih sayang, belas kasihan, tolak ansur dan sebagainya. Namun yang aku hendak ketengahkan adalah hati seseorang wanita. Wanita adalah manusia yang istimewa dengan daya tarikan, kelembutan hati, dan sebagainya. Hati wanita ini terlalu lembut dan halus sehingga mudah terasa sakit, iri hati, cemburu dan sebagainya berbanding lelaki yang agak keras,panas baran dan lain-lain. Wanita pertama yang aku kenal adalah emak aku. semua orang la, mesti korang kenal wanita pertama adalah emak. Dari lahir sampai sekarang, adakah makin kurang kasih sayang seorang ibu kepada kita?? Emak aku melahirkan anak sebelas orang, emak aku tidak pernah pilih kasih antara adik-beradik aku.. Aku anak yang kesembilan , emak aku seorang yang penyayang dan pendidik. Meskipun bergitu emak aku hanya lebihkan sayang dia terhadap anak bungsunya. Biasalah, anak bungsu biasanya manja terhadap makbapak, namun aku faham kasih sayang dalam keluarga tidak perlu dipersoalkan..
Berapa kali seorang ibu menitiskan air mata??? 

PEREMPUAN MENANGIS DIIJAPKABULKAN

Setahu aku, perempuan menangis yang pertama adalah waktu diijapkabulkan dalam pernikahan. Hal ini aku dapat lihat sewaktu persandingan abang aku dengan pasangannya (kakak ipar aku). Semasa majlis pernikahan perempuan akan menangis sambil membaca surat penyerahan anak perempuan kepada pihak lelaki yang menjadi suaminya yang sah. Hal ini kerana tanggungjawab seseorang ibu terhadap anak daranya adalah sehingga anak dara tersebut bernikah. Dari sinilah ibu tidak berhak menjaga, atau mengambil berat terhadap anaknya.

MELAHIRKAN ANAK.

Semasa melahirkan anak, seseorang wanita akan menangis kesakitan dan dalam pada itu mereka akan menangis kerana kesyukuran dan kenikmatan melahirkan anak .


Bersambung...

TIKET BAS BALIK KAMPUNG UUM KE SELATAN.


Kepada mahasiswa/mahasiswi yang menginginkan perkhidmatan kami untuk pulang ke kampung pada cuti pertengahan semester 2013. "CAMPUS LINER" telah beroperasi sejak tahun 2010 yang telah mendapat sambutan para pelajar dengan bergitu baik.
Bas hanya beroperasi sehari sebelum cuti bermula iaitu 4 April 2013.
"CAMPUS LINER"
    ****Keselesaan Anda keutamaan kami**** 
gambar hiasan

DESTINASI HARGA(RM)

PERAK
UUM – BOTA >>> 35
UUM – KUALA KANGSAR >>> 30
UUM – IPOH >>> 32
UUM – TELUK INTAN >>> 40
UUM – MANJUNG >>> 35
UUM – SEBERANG PERAK >>> 38

JOHOR
UUM – LARKIN >>> 73
UUM – BATU PAHAT >>> 66
UUM – MUAR >>> 63

SELANGOR
UUM – SABAK BERNAM >>> 46
UUM –KUALA SELANGOR >>> 49
MELAKA SENTRAL 57

SMS NAMA PENUH,IC,DPP & DESTINASI. 
DEPOSIT RM20 
ALI – 0137951462/0124867943( JOHOR )
AZHARI – 0136474691( DIMANA SHJ )(MELAKA)
FAROQ – 0132054574 ( PERAK)
AKHMAL – 01116550131 (PERAK)
AMIN-0135686182 (SELANGOR)

TARIKH PERJALANAN BAS : 04 /04/2013

2WAY=(PERAK SHJ)

WAKTU BERTOLAK DARI UUM
PERAK=5.30PTG
SELANGOR,MELAKA,JOHOR= 8.00MLM

Tuesday 12 March 2013

Cerita Seram DPP Sime Darby UUM


Banyak cerita seram kat UUM nie.. kalau nak cerita satu per satu takkan habis,jadi aku cerita la kisah seram kat dpp aku.. Aku tinggal di DPP Sime Darby. Masa aku di semester satu, masa tu waktu malam, aku duk bilik 6D105.. aku baring-baring nak tidur awal sebab keesokkan harinya ada kelas pagi.lampu masa tu da padam, tidur terang kan susah nak lelap, masa aku tengok jam loceng da pukul 3 suku, mata tak bole lelap, roommate aku masa tu da lena tidur. Aku bangun dari baring keluar untuk menuju ke tandas, nak buang air kecil, masa aku kat dalam tandas, aku masuk dan terus tutup pintu. Pas aku da selesai buang air aku pon menuju ke bilik semula, dalam perjalanan aku selamat dari gangguan apa-apa. aku terus masuk bilik lalu baring. tengah baring-baring dalam 3,4 minit aku terlelap, sedar-sedar da azan subuh, pastu aku bangun solat, iron baju lepastu g kelas.. tak seramkan?? sebab..ada sambungannya..

#nantikan sambungannya bulan April 2013.. 

Permainan popular mahasiswa bila bosan.

Mana-mana pelajar pernah melakukan permainan yang agak menyeronokan ketika menerima tekanan, lebih-lebih lagi pelajar yang tinggal di asrama. Permainan pertama yang aku kenal ialah Dota. permainan ni agak popular dikalangan pelajar, tapi senior aku yang minat ngan permainan ni.


Masa kemasukan aku ke universiti, ada seorang kawan aku nama dia Jawahirbawa satu permainan yang menarik iaitu Zombie vs Plant..

bukan aku seorang je yang hayal terhadap permainan ni, tapi hampir satu blok.. haha.. pas da bosan ngan game ni, aku nagn kawan2ku bermain permainan carrom.
chess
 counter strike 
daun terup

10 Tanda Hati Mati


1. Kita mengaku kenal allah SWT tetapi kita tidak menunaikan hak nya.
2. Kita mengaku cinta kepada Rasulullah SAWtetapi kita mengabaikan sunahnya.
3. Kita membaca al-Quran tertapi kita tidak beramal dengan hukum-hukum yang ada dalam al-Quran.
4. Kita memakan nikmat Allah tetapi kita tidak mensyukuri pemberian-Nya.
5. Kita mengaku syaitan musuh, tetapi kita mengikutinya.
6. Kita mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kita tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kita mengaku adanya siksa neraka, tetapi kita tidak berusaha menjauhinya.
8. Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untuknya.
9. Kita sibuk membuka keaiban orang lain, tetapi kita lupa keaiban diri sendiri.
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah dan mayat, tetapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya.


Wallahualam.. :-)

Curi 3 minit exco keselamatan DPP Sime Darby.


DPP SIME DARBY-Kejadian kecurian barang-barang berharga mahasiswa merupakan satu bentuk jenayah terancang yang menjadi sambutan dan merupakan faktor utama yang menjurus peningkatan indeks jenayah di kawasan kampus.
        Exco Keselamatan DPP Sime Darby Ahmad Izzuddin (Din Ola) berkata, peningkatan kecurian dari semasa ke semasa telah membawa ke satu tahap yang kritikal dimana kadar kehilangan yang dilaporkan telah menjadi penyumbang besar kepada peningkatan indeks jenayah.
          Menurutnya,kejadian seperti ini telah banyak membawa kerugian kepada pemiliknya dan juga menjadi satu fenomena ketakutan mahasiswa mahasiswi yang khuatir akan kehilangan barang mereka. DPP ini pernah dikejutkan dengan kejadian curi komputer riba, telefon bimbit, dompet dan sebagainya sekitar tahun 2012.
   "Keadaan itu berlanjutan hingga kini dan menjadi kebimbangan pelajar terutamanya DPP Sime Darby."katanya.
      Ahmad Izzuddin berkata "Semua pelajar perlu berhati-hati, pintu bilik hendaklah sentiasa dalam keadaan kunci,kerana kecurian adalah terancang dimana berlaku hanya tiga minit". semasa berucap di dalam mesyuarat R.A dan Ketua Blok minggu lepas.

       

Monday 11 March 2013

Tanda-tanda seseorang itu sengsara

Dalam kitab "Tanbihul Ghafilin" ada menyatakan bahawa tanda-tanda seseorang itu sengsara ada sebelas:
1. Rakus terhadap harta dunia.
2. Kuat kemahuannya terhadap nafsu syahwaqt dan kelazatan dunia.
3. Kotor dalam perkataanya serta banyak ghibah (menceritakan cela orang lain).
4. Merigan-ringankan sembahyang fardhu lima waktu.
5. Berkawan dengan orang-orang fasik(derhaka).
6. Buruk perangainya.
7. Sombong lagi membangga diri.
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain.
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman.
10. Bersifat kedekut.
11. Lupa terhadap mati.


Wallahualam.. :-)

Contoh Akhlak Terpuji Rasulullah S.A.W


1. Manusia yang amat bertolak ansur.
2. Manusia yang berani,adil dan sopan santun sekali.
3. Tangannya tidak pernah sekali menyentuh kulit wanita ajnabi.
4. Amat permurah.
5. Suka membalas hadiah.
6. Tidak menerima atau memakan sesuatu pemberian sedekah.
7. Sangat marah jika hak Allah dicabuli, tetapi tidak marah kalau haknya dilanggari.
8. Sangat pendiam tetapi tidak sombong.
9. Sangat berbelas kasihan kepada semua manusia.

#ada beratus lagi akhlak mulia Rasulullah, akan diupdate kemudian.

Sunday 10 March 2013

Dosa semalam

Bahagian 1 Pemuda kampung

Sebuah kampung yang mempunyai penduduk yang agak ramai, dihiasi kemajuan dengan pembinaan dewan,klinik dan sebagainya.Suasana asli segar yang masih kekal dengan permandangan indah sebatang sungai yang mengalir dengan deras. Terdapat seorang pemuda yang belasan tahun." Aku Ali...Aku berusia 19 tahun yang kini bekerja di sebuah kilang makanan ringan berhampiran kampungku. Aku adalah antara anak muda kampung yang rajin menyemarakkan masjid di kampungku. Setiap kali waktu solat aku menjadi bilal, melaungkan azan dan kadang-kadang aku diizinkan diberi peluang oleh orang-orang tua di kampungku untuk menjadi imam. Setelah selesai solat aku bertadarus berseorangan di dalam masjid, kadang-kadang bersama pak imam yang meluangkan masa untuk bertadarus. Zamruth seorang anak muda yang lahir di Kuala Lumpur yang kini seusiaku, dia merupakan anak kepada cikgu mail sekolah rendahku. dia mula menjadi kawanku semenjak ayahnya ditukarkan mengajar di sekolah rendah kampungku. pada ketika itu kami berusia 9 tahun iaitu darjah tiga. Pada usia 12 tahun iaitu darjah 6, Zamruth terpaksa pindah ke kuala Lumpur kembali kerana ayahnya pencen. Berbalik cerita pada usiaku 19 tahun,semasa aku tiba dirumah dari masjid setelah selesai solat isyak, deringan telefon pon berbunyi.. kringggg,kringggg. Hello assalamualaikum,maaf siapa ni? tanya aku kepada panggilan telefon yang belum ku kenali suaranya. Halllooo, bro lu ingat wa lagi?? gua Zamruth.. jawab Zamruth dengan pantasnya.
aku pada mulanya terpinga-pinga kerana aku kurang ingat akan namanya.. Zamruth?Zamruth mana erk?? tanya aku kepada Zamruth dengan persoalan. 'Aku zamruth anak cikgu mail la.. Ayoo tak akan dah lupa??

bersambung.......

Sabar terhadap manusia

Hari ini aku kongsikan sedikit cara untuk mengatasi marah terhadap manusia yang tidak tahu beradap terhadap diri anda. Dalam pergaulan seharian bersama kawan-kawan, gurau-gurauan yang menyentuh hati tidak lari dari diri,apa yang aku katakan adalah sabar... bagaimana mahu bersabar jika perkataan yang digunakan oleh kawan-kawan adalah tahap melampauhi batas. anda hanya menganggap mereka adalah seperti kanak-kanak yang baru belajar, yang tidak tahu menggunakan perkataan dengan baik. Cara lain adalah anda perlu berdiam diri atau kurangkan bercakap semasa bersama-sama mereka.
Insya-Allah..

Friday 8 March 2013

Warna-warni Kehidupan.


Kelahiran manusia atau insan di muka bumi ini adalah umpama sekeping kertas putih yang amat bersih. Persekitaran, ibu bapa, keluarga adalah pelukis di atas kertas tersebut. Namun ianya adalah sementara kerana kehidupan diwarnai oleh diri sendiri. Memilih warna yang sesuai menjadikan kertas tersebut dicorak menjadikan kertas tersebut kelihatan indah dan menarik. Sekiranya warna yang dipilih tidak sepadan dengan warna yang asal lukisan tersebut, maka ianya akan menjadi hodoh dan tidak menarik.

Kelahiran itu anugerah.

Aku tercipta oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa di atas muka bumi. Kelahiran dari rahim seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. Setelah beberapa bulan berada di alam rahim, tibalah masa aku bernyawa di dunia. Meskipun aku dilahirkan sudah tentu tidak memiliki apa-apa pengetahuan tentang dunia, kehidupan dan sebagainya. Celik mata, nangis, lapar dan nangis dan terus menangis. seorang ibu yang tiada bandingan kasih sayang yang sentiasa bersabar. bangun di waktu malam kerana terjaga dengan tangisan anak. Betapa besar perhubungan ibu dengan anak. Kelahiran adalah satu anugerah, jika kita dapat menilainya. Kelahiran adalah istimewa. Bersyukur terhadap kehidupan adalah satu perkara yang mulia. Sekali lagi kelahiran bagiku anugerah dari Allah. Dilahirkan dalam keadaan islam juga satu anugerah. Kelahiran menjadi permulaan hidup dan diakhiri dengan kematian. Kelahiran adalah punca manusia itu sentiasa berasa salah terhadap ibu sekiranya hati seorang ibu terluka... Kelahiran... itu... anugerah...