بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Monday 25 March 2013

Tanggalnya cahaya iman pada wajahku


Assalamualaikum, terfikir aku untuk meluahkan rasa hati tentang keimanan pada diri ini. Wajah yang dahulunya bersih dilapiskan cahaya iman namun, kini hilang disaat aku menjauhkan diri dari Tuhan. Sekelilingku yang memiliki keindahan,kecantikan, ketampanan wajah yang dihiasi cahaya iman. Apa yang berlaku semenjak aku telah mendapatkan apa yang aku mahukan. Dahulunya aku tidak terlepas dari mengamalkan amalan wajib solat,puasa, dan sebagainya. Membaca al-Quran juga telah menjadi amalan harianku. Kini, ntah la bagaimana aku nek ceritakan. Wajah yang ku miliki kini gelap dilapisi oleh amalan mungkar yang sepatutnya semua orang boleh hindarkan. Setiap kali waktu subuh aku selalu terlajak bahkan hanyut tanpa mengganti. Bukan aku tidak mampu untuk bangun menunaikan solat subuh tapi aku masih memilih kenikmatan tidur di waktu subuh berbanding kenikmatan solat di waktu subuh. Hatiku sentiasa ada titik-titik hitam yang memenuhi ruang disebabkan aku menjadi hamba Tuhan yang amat lemah. Jika saat ini aku diberi ujian dengan perbuatan dosa besar, sudah pasti aku akan tergelincir tanpa rasa takut kepada Tuhan. Tuhan selalu beri aku kesempatan untuk aku berubah, untuk aku tinggalkan semua dosa-dosa, namun hakikatnya tak mudah untuk aku berubah kepada yang lebih baik. 
Aku rindukan kebaikan dan menjadi orang yang beriman...

No comments:

Post a Comment