بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 18 December 2013

Bencana 26hb ada kaitan dengan al-Quran juzuk 26?


Bismillah..
Aku nak share sedikit tentang tarikh 26 hari bulan yang dikatakan banyak peristiwa gempa bumi, taufan dan sebagainya. Ramai yang berpendapat kejadian yang berlaku pada tanggal 26hb ada kaitan dengan firman Allah dalam al-Quran juzuk 26 sehingga menjadi satu fakta nombor yang menarik untuk kita fikir-fikirkan.
Adakah kita sedari???? Tarikh dipetik pada 26hb sejak 2003-2013
*GEMPA DI BAM, IRAN (6000 maut) pada 26-12-2003
*ACHEH TSUNAMI pada 26-12-2004
*JOGJA GEMPA BUMI pada 26-05-2006
*GEMPA DI TASIKMALAYA (20 orang maut) pada 26-05-2010
*TASIK JAWA BARAT GEMPA BUMI pada 26-06-2010
*GUNUNG BERAPI MELETUS pada 26-10-2010
*JAMBATAN TENGGARONG SAMARINDA,INDONESIA RUNTUH pada 26-09-2013
*Bulan lalu pada 26-10-2013 TAUFAN HAIYYAN di utuskan oleh ALLAH SWT untuk menunjukkan kekuasaan-Nya kepada seluruh rakyat Filipina yang telah merobohkan "RUMAH NYA" (rumah Allah) di Manila untuk di gantikan dengan SHOPPING MALL...

Mengapa semua ini berlaku pada tarikh 26hb???Adakah ini satu kebetulan??
Aku ada terbaca daripada seorang pengguna Facebook :Bukalah dan bacalah Al-Quran Juzuk ke-26,ALLAH SWT telah berfirman Mafhumnya: "Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncangkan "LANGIT DAN BUMI,LAUT DAN DARAT".Biar mereka semua tahu bahawa Mukjizat ALLAH itu ada...
Aku cuba kaji surah yang digunakan sebagai dalil ini. Surah dalam juzuk 26 adalah surah al-Ahqaaf, surah Muhammad, surah al-Fath,surah al-Hujurat, surah Qaaf.. 
Pada pendapat aku, setiap yang berlaku di dunia dan diakhirat ada kaitannya denga al-Quran, seperti mana kisah-kisah umat terdahulu yang dihapuskan oleh Allah dengan tiupan angin kencang, hujan batu, dan sebagainya. Aku belum khatam membaca tafsir yang terkandung dalam juzuk 26. Ilmu agama aku tak banyak untuk membincangkan tarikh ini. Kesimpulannya, ada kaitankah juzuk 26 dengan kejadian tarikh 26hb yang menjadi tajuk menarik di laman sosial dan blog?

Wallahualam..

Sumber: -Tafsir al-Quran
             -Facebook







No comments:

Post a Comment