بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 10 December 2013

Kawan makan kawan


Adakah anda terasa hairan dengan isu kawan makan kawan? Tidak mustahil kawan yang kita percaya dan kita hormat akan melakukan perkara di luar jangkaan terhadap kita. Kawan makan kawan ni boleh diertikan kawan atau sahabat yang kita percaya dan kita sanjungi sanggup menghancurkan kepercayaan kita demi kepentingan mereka.

"Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. 

Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua org yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat.Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya
” H.R Hakim”

KAWAN MAKAN KAWAN “KEPENTINGAN POLITIK”
Dalam politik terdapat banyak isu kawan makan kawan dimana kawan seperjuangnya akan memburukan nama kawannya demi merebut pangkat dan kepentingan diri sendiri.

KAWAN MAKAN KAWAN “KEPENTINGAN INDIVIDU”
Dalam hal ini terdapat kawan yang sentiasa menginginkan kejatuhan kawannya disebabkan cemburu dengan kebolehan dan keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah swt kepada kawannya.
Dalam hal yang lain terdapat juga kawan yang tidak amanah dimana ia menyembunyikan perkara yang menjadi hak pengetahuan kawannya. Contoh A pergi ke kelas, B tidak pergi ke kelas kerana faktor kesihatan. B menanyakan kepada A tentang pembelajaran di dalam kelas semasa ketidak hadirannya, A memberi tahu bahawa kelas dibatalkan, sedangkan A tahu bahawa dia menipu kawannya.

Sumber: -Hadis nabi
             -blog mohamadfbi.blogspot.com
             -blog dukeamienerev.blogspot.com
             -cahayapurnama.com


No comments:

Post a Comment