بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 18 February 2014

EMPAT BEKAL KE AKHIRAT..


Blog aku bercerita kali ini ingin berkongsi tentang sebuah hadis yang menyatakan tentang empat bekal menuju ke akhirat. Hadis tersebut adalah:
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Abu Dzar al-Ghifari r.a.:
Wahai Abu Dzar,
1perbaharuilah perahumu, kerana lautan itu sangat dalam..
2carilah bekal yang lengkap kerana perjalanan itu sangat jauh..
3kurangkanlah beban kerana rintangan itu amatlah sulit untuk diatasi..
4ikhlaskanlah dalam beramal kerana yang menilai baik dan buruk adalah Zat Yang Maha Melihat.

Perbaharuilah perahumu membawa maksud perbaikilah niatmu dalam setiap amalan agar memperoleh pahala dan selamat dari seksa Allah s.w.t.. Kurangilah beban membawa maksud janganlah terlalu mengejar keduniaan. Disamakan akhirat dengan lautan yang dalam, perjalanan yang jauh dan rintangan yang amat sulit untuk dihadapi kerana banyaknya kesulitan dan rintangan  yang mesti dirempuhi untuk sampai kepada kebahagiaan di akhirat.

Sumber: -majalah Gen-Q.
                -kumpulan hadis rasulullah..


Cegah Kanser Dengan Biji Anggur.

Bismillah, aku bercerita tentang khasiat biji anggur. Kebiasaannya ramai yang memakan anggur, tetapi membuang bijinya. Tahukah anda biji anggur mampu mencegah kanser kulit? Kandungan anti oksidannya yang mampu mengurangkan kanser kulit. Tidak perlu banyak, anda hanya mengamalakan memakan lima hingga sepuluh biji sehari. Anda seharusnya memilih buah anggur yang berwarna gelap seperti unggu atau biru kerana bijinya lebih banyak. Pengambilan anggur bersama kulit buah dan bijinya boleh membuat iritasi pada penderita hulu hati. Walau bagaimanapun, sekiranya pencernaan anda adalah sensetif sebaiknya jangan mengambil ketika perut kosong.


Lelaki perlu Vitamin E kurangkan risiko kanser prostat dan meningkatkan air mani.



Aku bercerita tentang apa yang aku tahu. Berkongsi sedikit tentang info kesihatan khususnya penggemar rokok tegar. Penghisap rokok sememangnya mengundang bermacam penyakit, namun yang paling bahaya adalah kanser prostat. Risikonya adalah tinggi bagi seseorang perokok. Oleh itu, vitamin E adalah perlu bagi mengurangkan risiko ini. Vitamin E terdapat pada sayuran-sayuran hijau dan kekacang. Bagi kaum Adam, kita seharusnya mengamalkan pengambilan sayuran dedaun hijau gelap, kekacang,biji-bijian, daging organ, kacang soya dan ubi kentang yang merupakan perkara penting dalam memastikan kesihatan prostat anda sekali gus ianya dapat meningkatkan pengeluaran air mani.

Sumber: Majalah Isihat.


Sebaris ayat al-Quran membuatkan aku menangis.

Aku bercerita tentang cerita yang aku baca. Dalam sebuah buku bertajuk 162 kisah insan yang menangis kerana takut kepada Allah swt. , halaman 93 cerita yang ke 73 “sebaris ayat al-Quran membuatkan aku menangis”.
Abu Nu’aim menceritakan di dalam kitabnya Al-Hidayah, sebuah cerita yang jelas daripada Muhammad bin Al-Munkadir r.a. Dia bangun di suatu malam lalu menangis. Mereka bertanya kepadanya: “mengapa kamu menangis?”
Sebaris ayat al-Quran membuatku menangis,” jawabnya.
Mereka bertanya: “ayat yang mana?”
Dia menjawab: (ayat al-Quran yang bermaksud):
“Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang belum pernah mereka perkirakan.” (Az-Zumar:47)
Saya berkata: “sesungguhnya itu kerana ketakutan ayang ada padanya terhadap Allah SWT. Ingatkan huru hara pada hari pembalasan. Inilah keadaan seorang hamba yang soleh, ketika sedang membaca al-Quran atau mendengarnya, bergetar kulitnya dan melembut hatinya kerana takut kepada Allah SWT Allah SWT berfirman:
“kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pastilah kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah”. (Al-Hasyr: 21)

Wallahualam..

Sumber : Mansur Abdul Hakim “162 kisah insan yang menangis kerana takut kepada Allah.