بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 22 October 2013

186 Entri Terakhirku..


Assalamualaikum para pembaca entri ini. Semoga anda dalam golongan orang-orang yang beruntung di dunia akhirat. Diam tak diam da masuk pertengahan bulan sepuluh bagi tahun 2013 ni. Aku telahpun aktif dalam penulisan blog sejak bulan mac 2013 yang memaparkan 185 entri yang dihasilkan 70% karya sendiri. Adalah dimaklumkan bahawa ini adalah entri terakhirku bagi "blog aku bercerita" sampai bila-bila. Mungkin yang mengenaliku tidaklah daku seindah blog yang daku hasilkan ini. Namun aku berniat menghasilkan blog ini bertujuan berkongsi sebanyak sedikit tentang pengetahuan aku tentang agama dan kehidupan seharian. Dengan penghasilan blog ini aku mengharapkan agar daripadanya aku memperoleh pahala dari Allah. Meskipun aku banyak cacat celanya, tapi sememangnya aku sentiasa menginginkan hidup bersyariat islam, berTuhankan Allah, berNabikan Rasulullah s.a.w. berakhirkan hayat dengan kalimat "Tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad persuruh Allah"..

Para pembaca sekalian, Allah jua yang menilai rahsia hati seseorang. Hati aku tiada sesiapa tahu, perbuatan amalku, tiada siapa yg uji melainkan pujian,pujian dan pujian yang hanya dinilai oleh para manusia yang melihat dari luaran. Allah, Allah, Allahu.. 

Akhir penulisan aku, setinggi terima kasih kepada para pembaca yang budiman, aku memohon maaf andai aku terkasar bahasa, tercopy idea, terlebih kata dan lain-lain lagi. Mana yang baik datangnya dari Allah, mana yang salah datangnya dari diri aku sendiri. 

Sekian,
Assalammualaikum..

Wednesday 16 October 2013

Kelemahan Perempuan Yang Perlu Diatasi


Blog aku bercerita kali ini ingin berkongsi teori yang pernah aku pelajari dari para wanita di Malaysia. Terdapat beberapa kelemahan para anak dara yang perlu diambil berat oleh diri mereka sendiri. Sebelum itu perlu diketahui tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuannya adalah diatas tanggungjawabnya sehingga perempuan itu dikahwinkan. Ini bermakna dosa anak perempuan akan ditanggung juga oleh ibu bapa sehingga anak perempuan dikahwinkan. Barulah si suami pula yang bertanggungjawab terhadap perempuan tersebut. Namun bergitu ada hadis yang aku penah baca tentang wanita boleh menarik 4 golongan lelaki ke neraka, pertama bapanya, kedua suaminya, ketiga abang kandungnya, dan keempat adalah anak lelakinya.

Berbalik kepada tajuk yang aku nak kongsikan. pertama sekali perempuan terlalu mudah tergoda terhadap lelaki yang macho atau tampan. Nampak je lelaki okey sikit terus tergila-gila ingin mendapatkannya. mulalah taktik goda mengoda. Berdandan secantik-cantiknya. Tanpa memikirkan perasaan lelaki yang suka kat perempuan tersebut. Hehe.. memilih sangat..

kedua adalah perempuan terlalu cair dengan ayat-ayat romeo dari kalangan lelaki. Hah ni aku perasan sangat jika perempuan dihidangkan dengan ayat-ayat cinta yang berjanjikan lautan api sanggup kurenangi. Mulah sebuah percintaan dengan ayat-ayat manis. Kadang-kadang aku lihat lelaki punyalah xjaga penampilan, awek dia cun gila..penah gak aku tanya budak-budak playboy apa rahsia mereka dengan mudahnya dapat tacle awek. "ayat kena manis bro". owh patut la ramai lelaki yang muka tak berapa macho awek ala-ala model syampoo.. hehe..

Ketiga perempuan mudah melakukan apa-apa sahaja demi menginginkan hubungan mereka kekal. Kalau anak dara yang dewasa sampai sanggup guna taktik nasi kangkang bagai. Kalau yang masih mentah, sanggup memberi cinta dengan mengizinkan lelaki menyentuh tubuhnya. Asalkan lelaki tersebut sentiasa ada disisi mereka. Sama-sama dapat sedap akirnya mulalah si anak dara terperangkap dengan ayat janji manis. "Seks memang nikmat jika mereka ketahui, tapi berbataslah dengan siapa kamu berseks".. maksud ayat ni mereka hendaklah melakukan hubungan yang halal sahaja.

Keempat, perempuan selalu membuat kerja gila apabila mereka disakiti. Kebanyakan perempuan yang putus cinta seolah-olah kehilangan anak di tengah pasaraya. ke kanan tak ke kiri tak.. Ada perempuan yang sanggup bunuh diri disebabkan ditinggalkan lelaki kesayangannya. Ada perempuan yang diuji oleh Tuhan dengan diberikan anak luar nikah, namun mereka ingin membunuhnya dengan menggugurkan kandungannya. Perempuan yang putus cinta seolah-olah datang bulan, selalu tidak ada mod, sikit punya hal boleh bergaduh..

Akhir kata terdapat banyak lagi kelemahan perempuan, namun aku hanya berkongsi empat teori sendiri.  Tidak semua perempuan seperti dinyatakan diatas, hanya sekadar buat renungan bersama. Nanti ada idea aku nak wat artikel tentang kekuatan perempuan yang perlu dikekalkan.


Tuesday 15 October 2013

Syahadahnya Firaun di Hujung Nyawa


      Aku bercerita tentang syahadah firaun. Syahadah adalah penentu kehidupan di akhirat. Kebanyakan manusia gagal mengucapkan kalimah "Laila ha illallah" ketika menempuh sakaratul maut . Ada yang berkata berlaku sedemikian adalah hubung kait dengan amalan. Wallahualam. berbalik dengan kisah firaun. Allah s.w.t. menolak syahadahnya kerana dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Bukan juga kerana dia berani ingin "membunuh" Allah dengan memanah langit. Syahadah firauh ditolak kerana tidak kena pada tempatnya.
     
     Dalam al-Quran Allah berfirman, mafhumnya: Sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia pun berkata: "aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh bani Israel, dan aku termasuk orang yang berserah diri."
Allah s.w.t. berfirman: "adakah sekarang baru engkau beriman? padahal sesungguhnya sejak dahulu engkau telah kufur, derhaka dan termasuk orang yang melakukan kerosakan.
    "pada hari ini, Kami biarkan engkau (Firaun) terlepas dengan badanmu(mati) untuk menjadi tandi bagi orang di belakang kamu sebagai iktibar. Dan ingatlah, sesungguhnya ramai manusia yang lalai daripada memerhatikan tanda-tanda kekuasaan Kami!"
(Surah Yunus 10: 90-92)
     Taubat akan ditolak ketika taubat dilakukan dihujung nyawa. Wallahualam.

Sumber: - al-Quran surah yunus ayat 90 hingga 92
              -Kisah-kisah ringkas 25 Rasul.
             

Selepas kejahatan ada kebaikan, selepas itu ada kejahatan pula.


Aku bercerita tentang sebuah cerita pada zaman Rasulullah s.a.w.. Huzaifah. Seorang umat Muhammad pada zaman Rasulullah s.a.w. yang bertanyakan tentang kejahatan. Kebiasaannya pada zaman Rasulullah ramai umatnya bertanyakan tentang kebaikan. Jadi Huzaifah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang kejahatan kerana bimbang akan terjerumus kedalamnya.

Huzaifah bertanya: "Wahai Rasulullah, dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kemudian Allah hantarkan kebaikan. Adakah selepas kebaikan ini ada kejahatan pula?"
Rasulullah menjawab: "ya,ada!"
Huzaifah: "adakah selepas kejahatan itu ada kebaikan?"
Rasulullah menjawab: "ya, ada. Namun, ada dakhan padanya."
Huzaifah: "Apakah yang dimaksudkan dengan dukhan ya Rasulullah??"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "satu kaum yang mengambil petunjuk selain daripada petunjukku. Kamu dapat mengenali mereka lalu kamu menolak mereka."

Huzaifah: "adakah selepas kebaikan itu ada lagi kejahatan?"
Rasulullah: "ya, ada. Iaitu penyeru yang berada di tepi jurang neraka. Sesiapa yang menyahut seruan mereka , maka akan dicampakan ke dalam neraka.!"

Huzaifah: "Ya Rasulullah, apakah pesananmu sekiranya aku masih hidup pada masa itu?"

Rasulullah s.a.w. bersabda: "kamu hendaklah tetap bersama jemaah kaum muslimin dan pemimpin mereka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Rujukan: -Ceramah Ustaz Kazim elias
              -Solusi isu 54 April 2013
              - Hadis Sahih al-Bukhari

Thursday 3 October 2013

Nikmati Malam Jumaat Anda


Apa yang ada malam jumaat?? semua orang akan terfikir suami isteri melakukan hubungan seks di rumah pada malam jumaat. Alang-alang da klik link ni, baca je terus ye. Aku bercerita bukan la lucahan belaka. Nikmat dan nikmatilah malam jumaat, malam yang penuh keberkatan. Suami isteri biarlah membuat aktiviti mereka tersendiri, yang kita belum berkahwin ni.. Jangan cari penyakit. Ada lagi nikmat lain yang boleh dinikmati. Hah.. Apa dia?? Yang pertama amalan surah al-kahfi.. Dengar je malas nak buat kan.. Tapi itulah nikmat yang akan dirasai akhirat nanti..

Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud) “sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah” 

Kalau berat sangat nak baca al-Quran surah al-kahfi tu, ada nikmat lain yang boleh dilakukan.. Apa dia? Sedekah.. ye sedekah.. sedekah bukan sahaja dari kewangan, tetapi seluruh perbuatan seperti senyum, membantu orang lain, bertasbih atau bertasmid juga sedekah. Yang nimatnya sedekah malam jumaat atau hari jumaat akan digandakan amalannya.

Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya: (bermaksud) “Bersedeqah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya” 

Berat der nak sedekah, malas nak tolong orang, duit cukup-cukup makan, ada cara lain? ada, apa dia? zikir mohon ampun sebelum subuh hari jumaat. Selain tu, berselawat.. dengar mp3 selawat nabi automatik hati ikut selawat.. mudah der..

Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani) 

Abu Umamah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi) 

Akhir kata semua kat dunia ni nikmat-nikmat belaka. Berkat malam jumaat..

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah ar-Rahmaan ayat 36.

Wallahualam..
Rujukan: Ayat ar-RAhman
              Buku amalan sunat malam jumaat.
              Seks Malam jumaat.
              Ibadat Harian 


Wednesday 2 October 2013

Senyuman Profesional


Aku bercerita kali ini ingin berkongsikan konsep senyuman profesional. Sememangnya senyum adalah satu perbuatan yang mudah namun hakikatnya membawa seribu makna.Ada yang senyum sunnah yang mendatangkan pahala dan sebaliknya tiada mendapat apa-apa ganjaran melainkan pujian orang belaka. Perwatakan yang hebat dengan senyuman yang sememangnya amat disenangi oleh orang lain ketika berurusan dengannya. Sekiranya dia bertugas menjaga kaunter, pasti akan memberi kepuasan oleh pelanggan yang berkunjung. Jika bertugas di bahagian pemasaran, pasti jualan akan meningkatdari masa ke masa. Sesiapa yang berhadapan dengannya pasti akan disenangi dan ketidak hadiran ke tempat kerja pasti dapat dirasai oleh rakan.

    Malangnya perwatakan berubah ketika berada di rumah. Ketika bersama isteri dan anak-anak, perwatakannya bertukar menjadi seekor harimau yang kelaparan. Tiada senyuman dan senda gurau yang diberinya. Masalah kecik bolehmenjadi masalah besar. Inilah senyuman profesional. Senyuman yang lahir bukan dari iman. Senyuman yang bukan tulus ikhlas untuk mendapatkan ganjaran pahala sedekah yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Senyuman profesional hanya bertujuan untuk orang tertentu dan membawa maksud tertentu.

Senyuman sunnah tidak memilh siapa. Ia hadir daripada hati yang suci dengan keimanan. Rasulullah pernah bersabda" senyumlah,anda akan bahagia" pilihlah senyuman sunnah daripada senyuman profesional.

Wallahualam..