بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 2 October 2013

Senyuman Profesional


Aku bercerita kali ini ingin berkongsikan konsep senyuman profesional. Sememangnya senyum adalah satu perbuatan yang mudah namun hakikatnya membawa seribu makna.Ada yang senyum sunnah yang mendatangkan pahala dan sebaliknya tiada mendapat apa-apa ganjaran melainkan pujian orang belaka. Perwatakan yang hebat dengan senyuman yang sememangnya amat disenangi oleh orang lain ketika berurusan dengannya. Sekiranya dia bertugas menjaga kaunter, pasti akan memberi kepuasan oleh pelanggan yang berkunjung. Jika bertugas di bahagian pemasaran, pasti jualan akan meningkatdari masa ke masa. Sesiapa yang berhadapan dengannya pasti akan disenangi dan ketidak hadiran ke tempat kerja pasti dapat dirasai oleh rakan.

    Malangnya perwatakan berubah ketika berada di rumah. Ketika bersama isteri dan anak-anak, perwatakannya bertukar menjadi seekor harimau yang kelaparan. Tiada senyuman dan senda gurau yang diberinya. Masalah kecik bolehmenjadi masalah besar. Inilah senyuman profesional. Senyuman yang lahir bukan dari iman. Senyuman yang bukan tulus ikhlas untuk mendapatkan ganjaran pahala sedekah yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Senyuman profesional hanya bertujuan untuk orang tertentu dan membawa maksud tertentu.

Senyuman sunnah tidak memilh siapa. Ia hadir daripada hati yang suci dengan keimanan. Rasulullah pernah bersabda" senyumlah,anda akan bahagia" pilihlah senyuman sunnah daripada senyuman profesional.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment