بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 18 February 2014

Sebaris ayat al-Quran membuatkan aku menangis.

Aku bercerita tentang cerita yang aku baca. Dalam sebuah buku bertajuk 162 kisah insan yang menangis kerana takut kepada Allah swt. , halaman 93 cerita yang ke 73 “sebaris ayat al-Quran membuatkan aku menangis”.
Abu Nu’aim menceritakan di dalam kitabnya Al-Hidayah, sebuah cerita yang jelas daripada Muhammad bin Al-Munkadir r.a. Dia bangun di suatu malam lalu menangis. Mereka bertanya kepadanya: “mengapa kamu menangis?”
Sebaris ayat al-Quran membuatku menangis,” jawabnya.
Mereka bertanya: “ayat yang mana?”
Dia menjawab: (ayat al-Quran yang bermaksud):
“Dan jelaslah bagi mereka azab daripada Allah yang belum pernah mereka perkirakan.” (Az-Zumar:47)
Saya berkata: “sesungguhnya itu kerana ketakutan ayang ada padanya terhadap Allah SWT. Ingatkan huru hara pada hari pembalasan. Inilah keadaan seorang hamba yang soleh, ketika sedang membaca al-Quran atau mendengarnya, bergetar kulitnya dan melembut hatinya kerana takut kepada Allah SWT Allah SWT berfirman:
“kalau sekiranya Kami menurunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pastilah kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah”. (Al-Hasyr: 21)

Wallahualam..

Sumber : Mansur Abdul Hakim “162 kisah insan yang menangis kerana takut kepada Allah.

No comments:

Post a Comment