بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday 18 December 2013

Syiah bercanggah daripada Islam.

Bismillah.
Aku bercerita sedikit tentang syiah. Syiah ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam selain daripada Sunni. Secara umum, Syiah menolak kepemimpinan daripada tiga khalifah sunni pertama seperti juga sunni menolak Imam daripada Imam Syiah. Muslim Syiah mengikuti Islam berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya kerana menolak hadis yang berlawanan dengan kepercayaan mereka. (sumber wikipedia).
     Aku berminat untuk mengetahui secara mendalam tentang syiah ini, tapi bukan bermakna aku nak ikut ajaran ini. Sebelum ini aku sering menonton cara syiah azan dan solat melalui youtube, blog dan sebagainya. Terang-terangan ianya ada perbezaan dengan apa yang diajarkan oleh islam.

       Alhamdulillah kita adalah islam dan adanya didikan agama islam yang benar. Kita boleh berfikir apa yang baik dan apa yang buruk. Seperti ajaran syiah yang sememangnya bercanggah, wajiblah kita menjauhinya bahkan menolak segala fahaman syiah yang boleh merosakan aqidah.

          Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (Surah Ali-Imran ayat 103).

".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (Surah Al-Hasyr ayat7).

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.). (Hadis riwayat Imam Malik)

Wallahualam.
Sumber: -Wikipedia
             -Ceramah Ustaz Kazim Elias
             -Ceramah Ustaz Nazmi Karim
             -Ceramah Ustaz Azhar Idrus


No comments:

Post a Comment