بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday 21 March 2013

UUM SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ HANAFI

Silat cekak pusaka Ustaz Hanafi telah lama beroperasi di Universiti Utara Malaysia. Pada mulanya beroperasi di DKG5 pada setiap malam selasa dan rabu. Bermula akhir 2012, silat ini beroperasi di dataran DPP SIME DARBY pada setiap hari isnin dan selasa (malam) sehingga kini. 





Cekak telah diasas dan dilahirkan kembali oleh pemimpin Agung,
Allahyarham Ustaz Hanafi Bin Hj Ahmad pada tanggal 5 Ramadan 1385
bersamaan 28 Disember 1965.
Silat ini berasal dari Kedah dan
berdasarkan dari cerita guru ke guru silat ini pernah digunakan oleh
panglima panglima kanan istana di zaman pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin II.



APA ITU SILAT CEKAK HANAFI??


pergerakan
Silat Cekak adalah berdasarkan pergerakkan normal manusia dan tidak
mengambil ilham dari pergerakkan haiwan, tumbuh tumbuhan atau apa 
apa kejadian alam. Malah, Silat Cekak mempunyai kaedah kaedah
mempertahankan diri dan menyerang yang diilhamkan dari pergerakan
sembahyang.

Silat Cekak tidak mempunyai tari silat
atau apa yang lebih dikenali sebagai bunga di dalam kaedah
persilatannya. Pergerakannya menjurus kepada teknik teknik persilatan
atau buah buah silat.


Silat
Cekak tidak mengelak ke kiri, ke kanan atau pun mengundur walaupun
setapak malah ia mara kehadapan bila menangkis serangan.


Silat
Cekak menanti serangan dalam keadaan berdiri lurus dan tidak berkuda 
kuda atau langkah melangkah apabila menanti serangan.


Silat
Cekak menekankan mempertahankan diri dan hanya menyerang apabila
terdesak. Namun, apabila ia menyerang, musuh mengelak, serangan itu
akan tetap kena dan jikalau serangan itu ditepis, pasti tepisan
tersebut dapat ditewaskannya (elak kena, tepis makan). Tambahan pula,
serangan Silat Cekak juga boleh menangkap ketika menyerang (Cekak
menyerang, Cekak menangkap) yang cukup efektif terhadap gerakan 
gerakan makan gerak.

Dalam
Silat Cekak tidak ada system dua senjata, yakni tatkala musuh
bersenjata, Silat Cekak akan berlawan dengan tangan kosong. Tujuan
Silat Cekak adalah untuk menewaskan musuh dengan merampas senjata musuh
(senjata makan tuan).


Silat
Cekak tidak mempunyai teknik menyepak yang melebihi paras pinggang.
Akan tetapi ia mempunyai teknik teknik untuk berlawan dengan tangan
pengamalnya diikat ke belakang.


Silat
Cekak menekankan kaedah menurut pergerakan lawan dan bukan membangkang.
Oleh itu ia dapat menumpang kekuatan lawan dan menggunakan kekuatan
tersebut untuk menewaskannya.







2 comments:

  1. terbaik.. mnta post kt semua ye..

    ReplyDelete
  2. bagus.. junior2 sy... tapi jgn dilupakan senior yg dah lama habis kat uum... hehe

    ReplyDelete