بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Sunday 24 March 2013

Sahabat didalam doaku..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Cerita tentang persahabatan yang tidak pernah aku mengerti . Dalam kehidupan seharian adalah pentingnya peranan seseorang sahabat dalam menghiburkan hati,malah  sentiasa mengingatkan sesuatu yang patut atau tidak patut dilakukan. Sahabat yang hadirnya tidak dirancang dengan keizinan-Nya untuk merapatkan ukhwah. Sahabat adalah berbeza dengan kawan. Dan aku tak pernah merasakan yang aku tiada sahabat, namun aku merasakan sesiapa yang hadir dalam hidupku secara automatiknya menjadi sahabat. Sahabat yang betul-betul sahabat adalah sentiasa ada dikala kita jatuh dan ada dikala kita bangun dengan memberikan pimpinan dan sokongan untuk bangkit semula. Dalam persahabatan perlu ada keikhlasan, perlu ada niat kepada Tuhan agar perhubungan antara sahabat ada ganjaran pahala disisi-nya.  Memilih siapa sahabat adalah perlu dan penting untuk menjamin keselamatan dan kebahagian. Namun pilihan nya bukan lah dari paras rupa atau harta kekayaan tetapi keikhlasan hati yang menerima kehadiran dalam kehidupan.  Bagi aku sahabat rujuk kepada dua atau tiga orang berbanding kawan yang bilingannya tidak terkira. Doaku buat keluarga ,cinta, dan sahabat handai tidak akan terputus... Insya-Allah


No comments:

Post a Comment