بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 12 March 2013

Curi 3 minit exco keselamatan DPP Sime Darby.


DPP SIME DARBY-Kejadian kecurian barang-barang berharga mahasiswa merupakan satu bentuk jenayah terancang yang menjadi sambutan dan merupakan faktor utama yang menjurus peningkatan indeks jenayah di kawasan kampus.
        Exco Keselamatan DPP Sime Darby Ahmad Izzuddin (Din Ola) berkata, peningkatan kecurian dari semasa ke semasa telah membawa ke satu tahap yang kritikal dimana kadar kehilangan yang dilaporkan telah menjadi penyumbang besar kepada peningkatan indeks jenayah.
          Menurutnya,kejadian seperti ini telah banyak membawa kerugian kepada pemiliknya dan juga menjadi satu fenomena ketakutan mahasiswa mahasiswi yang khuatir akan kehilangan barang mereka. DPP ini pernah dikejutkan dengan kejadian curi komputer riba, telefon bimbit, dompet dan sebagainya sekitar tahun 2012.
   "Keadaan itu berlanjutan hingga kini dan menjadi kebimbangan pelajar terutamanya DPP Sime Darby."katanya.
      Ahmad Izzuddin berkata "Semua pelajar perlu berhati-hati, pintu bilik hendaklah sentiasa dalam keadaan kunci,kerana kecurian adalah terancang dimana berlaku hanya tiga minit". semasa berucap di dalam mesyuarat R.A dan Ketua Blok minggu lepas.

       

No comments:

Post a Comment