بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 19 March 2013

Kasih Sayang yang menyeluruh


Kasih sayang adalah anugerah yang diberikan oleh Pencipta kepada mahluknya. Sayang adalah satu sifat dimana penggunaan perasaan hati dan jiwa yang menghargai kehidupan. Dalam menjalinkan kasih sayang manusia dengan manusia adalah dititik beratkan tentang kasih sayang manusia dengan Pencipta. Hal ini adalah asas kehidupan manusia haruslah berpaksikan kebenaran dan kehendak Tuhan yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. Kasih sayang itu adalah titi yang dapat menghiburkan hati. Kasih sayang manusia dengan manusia perlulah berhati-hati agar ianya dapat mengurangkan kesedihan sekiranya diuji oleh Pencipta. Apa itu kasih sayang?? Mungkin kita ada rasa kasih sayang kepada seseorang tetapi tidak cinta. Cinta adalah lengkap diantara kasih sayang. Cinta adalah satu anugerah pada hati dimana ianya amat sayang akan sesuatu perkara menyebabkan sesuatu perkara itu sentiasa ada dihatinya. Berbeza dengan sayang, sayang lebih kepada umum seperti sayang kepada ibubapa, sayang kepada kawan-kawan, sayang kepada saudara mara, sayang kepada tumbuh-tumbuhan dan sayang kepada haiwan. Jadi sayang tiada limit berbanding cinta. Namun tidak salah manusia ada cinta yang luas. seperti cinta kepada ibu bapa, cinta kepada nabi, cinta kepada Allah.

No comments:

Post a Comment