بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday 2 April 2013

Pertanyaan Nabi Kepada Iblis (soalan ke-6 dan ke-7)

6.) "Jika umatku membaca al-Quran kerana Allah, bagaimana perasaanmu?"

Jawab iblis:
Jika mereka membaca al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuhku, putus-putus segala urat ku lalu aku lari daripadanya.

7.)"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana perasaanmu??"

Jawab iblis:
Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku kerana mereka telah mencukupkan rukun Islam.

Ini adalah potongan daripada 20 pertanyaan Rasulullah kepada Iblis.
Allah telah memerintahkan seorang malaikat menemui iblis supaya dia menghadap Rasulullah saw untuk memberi tahu segala rahsianya, baik yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi  Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka malaikat itu pun berjumpa iblis dan berkata;
     "Hai Iblis! bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar memberi perintah untuk menghadap Rasulullah. Hendaklah engkau buka segala rahsiamu dan apapun yang ditanya rasulullah. Hendaklah engkau menjawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta dengan satu perkataanpun, nescaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta diseksa dengan azab yang amat keras."

Mendengar ucapan Malaikat yang dasyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih sepuluh helai, panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga tiga kali tidak juga dijawab oleh Rasuullah. Maka sambut ibis (alaihi laknat), Ya Rasulullah! mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia disisi Allah?''

Maka jawab nabi saw dengan marah;
  "Hai Aduwullah (seteru Allah)! kepadaku engkau menunjukan kebaikanmu? janganlah engkau mencuba menipuku sebagaimana kau menipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan hasutanmu, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap beracun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, Kisah Nabi Daud a.s dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan gitu juga beberapa Anbiya' dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu.

  "Hai iblis ! sebenarnya islam itu sangat mulia disisi Allah, cuma salam mu sahaja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendakmu datang menemui ku?''

Maka berkatalah Iblis;
   "Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Kerana engkau adalah Khatamul Anbiya maka dapat mengenali ku. Kedatangan ku adalah perintah Allah untuk memberi tahu segala tipu daya ku terhadap umatmu dari zaman Adam a.s hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tidaklah aku berani menyembunyikannya."

Maka iblis pun bersumpah dengan nama Allah dan berkata;

   "Ya Rasulullah! sekiranya aku berdusta sepatah pun nescaya hancur leburlah badan ku menjadi abu".

Apabila mendengar sumpah iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluangku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar oleh sekalian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada seluruh umatku.


Wallahualam.
#sumber dari buku bertajuk ''IBLIS yang sombong Soal Jawab Bersama Rasulullah saw"
nama penulis buku Halim majid al-Otmani.

No comments:

Post a Comment