بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Friday, 19 April 2013

ADAKAH HAIWAN LEBIH BERJEMAAH BERBANDING KITA?

 Berjemaah menuju satu arah.

    Burung migrasi tidak pernah bermusafir jauh bersendirian. mereka akan ber migrasi secara berjemaah. Bukan sekadar beramai-ramai bahkan bergitu berorganisasi sekali. Mereka akan terbang dalam formasi "V".

    Formasi itu bukan sekadar pertunjukan udara. Saintis mendapati bahawa dengan formasi itu, penerbangan menjadi lebih berkesan dengan mengurangkan rintangan angin dan menambahkan daya apung sesama mereka. Bergitu aerodinamik sekali. Hasilnya, burung-burung tersebut boleh terbang sejauh 71% lebih jauh berbanding terbang secara solo.
     Bergitulah seharusnya kita. Maka apabila kita menuju kepada suatu matlamat itu secara berjemaah, segala yang sukar menjadi mudah.

Sehebat jemaah semut.


   Semua orang tahu bahawa semut hidup berjemaah. Namun perkara yang paling menarik ialah semut-semut bekerja tanpa seliaan. Semut bukan setakat tahu tugas masing-masing, malah melaksanakan amanah tanpa dipaksa.
     Untuk membina sarang di atas dahan, semut-semut akan memaut daun-daun yang berdekatan sehingga bercantum lalu menjadi bulatan. Pautan sehelai daun akan dijayakan oleh beberapa ekor semut. Sebaik sahaja seekor semut berjaya mendapatkan hujung daun tersebut, maka yang lain menariknya. Apabila daun-daun mula bersentuhan, maka beberapa ekor semut menggenggamnya. Lalu terhasilah sebuah sarang buat teduhan bersama.
    Bergitulah sepatutnya kita. Nikmat hidup berjemaah dirasai apabila semua warga amanah melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

No comments:

Post a Comment