Entry saya kali ini adalah cerita tentang seronoknya mendapat pujian dari manusia. Banyak manusia yang mempunyai penyakit mengharapkan pujian dari manusia.Saudara saudari, sememangnya kita adalah insan biasa yang selalu tidak perasan dengan apa yang kita buat itu kadang-kadang mendatangkan kemarahan Allah. Cerita tentang pujian, setiap amal baik kita sering dipuji oleh orang awam. Bahaya der... Baik-baik niat kita buat sesuatu amal itu ikhlas untuk Allah, tetapi sering mendapat pujian menjadikan kita buat sesuatu amal hanya untuk mendapat pujian dari orang ramai. Dari sini lah lahirnya penyakit takbur, ujub dan riak.
Mungkin saudara saudari mengetahui tiga perkataan itu. Saudara saudari, saya mengingatkankan saudara saudari dan juga diri saya sendiri supaya berjaga-jaga dengan hati dan niat. Mahukan popular sanggup kerja keras, rajin dan sebagainya demi mendapat pujian dari manusia.. Adakah amal kita diterima? Wallahualam.
Mungkin saudara saudari mengetahui tiga perkataan itu. Saudara saudari, saya mengingatkankan saudara saudari dan juga diri saya sendiri supaya berjaga-jaga dengan hati dan niat. Mahukan popular sanggup kerja keras, rajin dan sebagainya demi mendapat pujian dari manusia.. Adakah amal kita diterima? Wallahualam.
Akibat terlalu mengharapkan pujian sesama manusia. Diceritakan daripada Hamid bin Abdul Rahman bin Auf bahawa suatu hari Marwan berkata kepada penjaga pintunya, " Wahai Rafi', pergilah berjumpa dengan Ibnu Abas dan tanyakan tentang ayat ini: "Jika setiap orang yang berbangga dengan perbuatannya dan mengharapkan pujian orang lain atas perbuatannya itu, maka nanti mereka akan disiksa".
Pergilah Marwan bertemu dengan Ibn Abbas. Dipertemuan itu, berkatalah Ibn Abbas, " Kamu ingin tahu tentang ayat itu? ayat sebenarnya berbunyi bergini 9maksudnya) : "JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MENYANGKA BAHAWA ORANG YANG BERGEMBIRA DENGAN APA YANG MEREKA TELAH LAKUKAN, DAN MEREKA PULA SUKA DIPUJI DENGAN APA YANG MEREKA LAKUKAN. JANGAN ENGKAU MENYANGKA MEREKA AKAN TERSELAMAT DARIPADA SIKSA, DAN MEREKA AKAN BEROLEH AZAB YANG PEDIH". (Surah Ali 'Imran 3; 188)
Ibn Abbas bertanya pula, " Kamu ingin tahu bagaimana dan sebab ayat itu diturunkan? Marwan senyap mendengar.
Bergini: Suatu masa dan ketika Rasulullah s.a.w. bertanya kepada ahli kitab tentang sesuatu, tetapi mereka memberi tahu tentang sesuatu yang lain. Lalu, dengan mengharapkan pujian, mereka memperlihatkan kepada setiap orang bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah s.a.w. dan berbangga pula kerana berjaya menyembunyikan sesuatu daripada Rasulullah s.a.w. Sedangkan mereka tidak tahu akan seksaan yang pedih menanti mereka diakhirat kelak." -Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Wallahuaklam...
No comments:
Post a Comment