بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday, 18 April 2013

Ikhlas dalam persahabatan



Manusia sentiasa memerlukan persahabatan bagi sesuatu tempat untuk dijadikan teman. Tidak kiralah persahabatan antara lelaki dengan lelaki atau lelaki dengan perempuan. Diantara dua konsep persahabatan ini, saya menyimpulkan bahawa persahabatan yang ikhlas lebih terdapat pada hati perempuan. Berdasarkan pengalaman saya dari bangku sekolah rendah lagi, bersahabat dengan perempuan lebih disenangi berbanding bersahabat dengan lelaki. Sememangnya persahabatan dengan keikhlasan adalah penting bagi kedua-dua belah pihak untuk merapatkan ukhwah. Mengapa saya berkata sedemikian adalah berdasarkan pengalaman saya hidup dengan bersahabatkan perempuan dan lelaki. Namun sehingga kini tiada persahabatan yang kekal melauinkan sedikit sahaja.
      Perempuan mempunyai nilai yang tinggi terhadap hatinya yang sentiasa ikhlas berkawan. Tidak memandang paras rupa sahabatnya melainkan keselesaannya untuk berkawan. Maksud keselesaannya adalah serasi dengan apa yang dimaksudkan kawan iaitu saling memahami. Perempuan dari konsep sahabat ia sentiasa memiliki sikap "ambil berat" terhadap kawannya meskipun kawannya telah mempunyai kekasih. Ucapan yang sentiasa diberi sedap didengar dengan kata-kata semangat. Perempuan lebih memahami sahabatnya berbanding lelaki. Namun jika dilihat seluruh sahabat, semuanya mengharapkan keikhlasan dalam persahabatan.

    Kita dapat perlu mengikuti cara pergaulan persahabatan yang diberkati oleh Allah dengan menghayati kisah benar para sahabat Nabi yang mencerminkan keikhlasan, kepimpinan, persaudaraan, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment