بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday, 18 April 2013

Cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

sememangnya cuti seperti ini perlu diperkenalkan dan dilaksanakan setiap negara bagi mengurangkan masalah indivuidu stress dalam kehidupan. Kesan putus cinta juga akan menyebabkan sesebuah pekerjaan atau pelajaran akan terganggu sekaligus akan berlakunya pengurangan pengeluaran produk dalam sesebuah organisasi. Hal ini sedemikian, para pekerja yang putus cinta terhadap pasangannya akan mengalami tekanan jiwa yang menyebabkan mereka tidak bersemangat dalam apa-apa bidang pekerjaan, bahkan untuk selera makan nye pon aka berkurangan. Bagi orang islam , kita diberi pelbagai ilmu islam untuk mengatasi masalah putus cinta iaitu bersabar, banyakkan berzikir, berdoa untuk ketenangan jiwa dan sebagainya. Yang ditakuti kebanyakan manusia yang tidak dapat mengawal perasaan akan membuat tindakan yang tidak waras seperti bunuh diri, berkelakuan tidak siuman, akan bersendirian tanpa menghiraukan kesihatan diri sendiri.

Ditulis oleh Aku bercerita.
berdasarkan keratan akbar bertajuk cuti putus cinta diperkenalkan di Jepun

No comments:

Post a Comment