بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Saturday, 20 April 2013

Hebatnya Bumi Ciptaan Allah s.w.t.

gambar hiasan

Entry bertajuk hebatnya bumi ciptaan Allah s.w.t. , aku mengumpulkan beberapa hadis tentang kelebihan Nabi kita tentang tempat untuk bersujud kepada Allah s.w.t.
antaranya:

Dari Abu Said al-Hudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali perkuburan dan kamar mandi".
(Hadis Sahih Ibnu Majah dan Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
"Apabila iQamah sudah dikumandangkan, maka sama sekali tiada solat kecuali solat wajib".
(Hadis Riwayat Muslim, Al-Tirmizi, An-Nasa'i dan Ibnu Majah)


Daripada Jabir r.a. , Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Dijadikan untukku bumi sebagai masjid (tempat sujud) yang suci".
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


Hadis Abu Zar r.a katanya: 
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Masjid manakah yang pertama diasaskan atas muka bumi ini? Rasulullah menjawab: Masjidilharam. Aku bertanya lagi: Setelah itu, masjid mana pula? Baginda menjawab: Masjidilaqsa. Seterusnya aku bertanya: Berapa lamakah beza waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Empat puluh tahun. Walau pun begitu, di mana saja kamu berada apabila tiba waktu sembahyang, dirikanlah sembahyang kerana di situ juga merupakan masjid.
(Hadis Sahih riwayat Imam Muslim)


Hadis Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a katanya: 
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Semua Nabi sebelumku hanya diutuskan khusus kepada kaumnya sahaja, sedangkan aku diutuskan kepada manusia yang berkulit merah dan hitam iaitu seluruh manusia. Dihalalkan untukku harta rampasan perang, sedangkan ianya tidak pernah dihalalkan kepada seorang Nabi pun sebelumku. Disediakan untukku bumi yang subur lagi suci sebagai tempat untuk sujud iaitu sembahyang. Maka sesiapa pun apabila tiba waktu sembahyang walau di mana saja dia berada hendaklah dia mendirikan sembahyang. Aku juga diberikan pertolongan secara dapat menakutkan musuh dari jarak perjalanan selama satu bulan. Aku juga diberikan hak untuk memberi syafaat.
(Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim: Hadis no.810)


Jadi, seluruh bumi adalah tempat sujud kecuali tempat perkuburan, tempat-tempat bernajis dan sebagainya. Sila tinggalkan teguran kepada saya jika saya silap.
Terima kasih.



No comments:

Post a Comment