بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Sunday, 21 April 2013

Unic Liner terbakar depan DPP Petro?


Cerita tentang kejadian ni dah lama, saja aku nak berkongsi. Kejadian ni berlaku pada 7 Januari 2010. Satu semester sebelum aku masuk UUM. Aku masuk UUM pada bulan Julai 2010, sebab pengambilan kemasukan Universiti pada tahun 2010 adalah bulan Julai. Cerita kebakaran yang berlaku di hadapan bustop DPP Petro tu bukanlah bas Unik Liner tapi bas milik HBR Group of Companies . Tapi pada masa tu bas Unik Liner memang da beroperasi. Potongan kisah benar adalah seperti ni .Sebuah bas milik HBR Group of  Companies itu  terbakar selepas sahaja menurunkan sebahagian penumpang di kawasan sekitarnya.

Sepasukan Bomba dan Penyelamat dari Bukit Kayu Hitam telah dikejarkan ke tempat kejadian untuk memadamkan api yang merebak ke seluruh bas.

Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat Bukit kayu Hitam, Eshak Ayob Ali, pihak kami telah menerima laporan pada pukul 8.30 malam dan kami telah bergegas ke tempat kejadian selepas 15 minit kemudian dan api berjaya di kawal sepenuhnya pada pukul 9.05 malam.

Menurutnya lagi, “kebakaran ini mungkin berpunca daripada masalah pendawaian di bahagian enjin bas lalu menyebabkan kebakaran secara perlahan-lahan sehingga merebak keseluruh bahagian bas dan kini siasatan masih dijalankan”.

Sementara itu, menurut Pegawai Unit Keselamatan UUM , Ku Abdul Rahman berkata, pihaknya terus bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat panggilan dari salah seorang pelajar dan berusaha mengawal keadaan sekitar tempat kejadian.

Menurut salah seorang penumpang bus yang hanya mahu dikenali sebagai Nik berkata, pada mulanya bas itu berbau asap dan apabila pemandu membuka bahagian enjin bersebelahan tempat pemandu, asap mula kelihatan keluar dari bas dan pemandu mengarahkan penumpang segera turun daripada bas.

“Kesemua penumpang yang berjumlah kira-kira 6 orang segera turun menyelamatkan diri dan api kemudiannya marak dan merebak dari bahagian tengah bas dan seterusnya ke bahagian atas bumbung”, katanya lagi.

Menurut salah seorang mahasiswa yang berada di tempat kejadian, Kang Kett Shing,21, beliau berasa terkejut apabila melihat sendiri kebakaran itu berlaku dan beliau berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi pada masa hadapan kerana bas adalah menjadi pengangkutan utama mahasiswa UUM untuk keluar.


Sumber: Mohd Hafiz Jamil- Pelajar Universiti Utara Malaysia 2010

No comments:

Post a Comment