بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Wednesday, 24 April 2013

Kaabah Pernah Rosak.

Sejarah Kaabah sangat panjang. Ada laporan menyebut Kaabah wujud sebelum Nabi Adam a.s. , asas-asasnya pula dibangunkan oleh Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Nabi Ismail a.s.. Sepanjang sejarahnya yang panjang itu , sudah pastilah bangunan Kaabah mengalami kerosakan. Antaranya:
TERBAKAR. Kaabah pernah terbakar  dan mengalami kerosakan teruk pada tahun 64 Hijrah 684 Masihi. Pada waktu pendudukan Abdullah bin Zubair itu, Makkah dikepung oleh pasukan Yazid. Dalam pertembungan itu, sebilah mata panah yang berapi menyebabkan kaabah terbakar dan rosak terus. HajarulAswad  retakmenjadi tiga bahagian.
        Setelah berakhir pertempuran, Abdullah bin Zubair memperbaiki Kaabah, bangunannya ditinggikan dan dipanjangkan. Beliau juga menutup kaabah dengan kain hitam.
        Kaabah juga pernah rosak kerana banjir besar pada tahun 1030 Masihi. Dalam kejadian itu, sebahagian lampu dan dinding-dinding kaabah turut hanyut. Sultan Murad telah memerintah supaya ia diperbaiki dan sekali gus diperluaskan.
dipetik dan diubahsuaikan daripada majalah "IMAN" 2013.

No comments:

Post a Comment