بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday, 16 April 2013

Apa ada dalam kaabah?? buku SOLUSI isu54 April 2013

cerita ini aku ambil dari buku SOLUSI isu 54 April 2013 halaman 33.
Apa ada di dalam kaabah?

Soalan ini pernah ditanya kepada para masyaikh. Kebiasaannya mereka akan menjawab dengan jawapan yang mudah dan ringkas: "tiada apa-apa di dalam kaabah kecuali tiga batang tiang yang menongkat bumbung kaabah."
Fatwa bernombor 9016 oleh Markaz Fatwa bagi laman Islamweb.net menjelaskan bahawa sebahagian individu yang boleh dipercayai (thiqah) telah diberi peluang masuk ke dalam kaabah. Menurut mereka tiada apa-apa yang tinggal di dalamnya kecuali beberapa buah kerusi dan sebuah meja. Bahagian di dalam kaabah  dipenuhi dengan batu marmar.
Sejarah tiang kaabah bermula sewaktu orang Quraisy membina kaabah. Mereka telah menutupnya dengan atap dan disokong oleh enam batang tiang sebanyak dua baris. setiap baris mempunyai tiga batang tiang. Kemudian ketika pembinaan semula kaabah oleh ibnu Zubair beliau telah menjadikan hanya tiga batang tiang yang menongkat kaabah dan atapnya. Jarak antara setiap batang tiang adalah 2.35 meter. Di sebelah kanan pintu kaabah disediakan tangga untuk naik kebahagian atap kaabah. (Dr.Abdul Basit Abdul Rahman)

untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa ada di dalam kaabah sila klik http://www.islah.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=86:apa-ada-di-dalam-kaabah-&catid=36:pendidikan .

No comments:

Post a Comment