بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Monday, 29 April 2013

Janjiku Capati.

Hari ni aku merenung diri aku yang sentiasa dalam resah diatas perilaku yang tidak disenangi oleh para malaikat yang bertugas. Setiap kali aku mula bangun dari tidur, sememangnya aku berharap agar mendapat rahmat dari-Nya. Petunjuk jalan yang lurus. Aku tahu dosa aku terlalu banyak. Dan aku sedar itu. Taubat yang aku kerjakan hanyalah untuk mengurangkan ketakutan aku kepada Allah. Namun selepas itu aku kembali kepada kejahilan. Bukankah ini melampaui batas?? ye! amat zalim aku terhadap diri ini. Aku sering kali menaburkan janji-janji manis kepada sesiapa yang berurusan dengan aku. Tapi janji aku sukar untuk ditepati. Dari sekolah menengah lagi, tabiat janji-janji ini aku amalkan. Tahu lah, janji yang diingkari adalah dosa. Janji aku pada Allah nak bertaubat. Tetap aku ingkari, seolah-olah aku ini tidak mengerti akan azab Allah yang amat pedih. Wahai pembaca entri ini. adalah baik sekiranya kita sama-sama saling mendoakan agar kita diampuni oleh Allah s.w.t. yer...
Jangan berjanji jika tidak mampu untuk dilaksanakan.
namun janji itu penting agar orang lain meyakini kita.
Janjiku Capati, lepas ni Janjiku Ditepati..

No comments:

Post a Comment