بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Tuesday, 2 April 2013

Pertanyaan Nabi kepada iblis (soalan ke-5)

''Hai Iblis! Jika umat ku solat kerana Allah, bagaimana keadaanmu?"

Jawab Iblis:
 Sebesar-besarnya kesusahanku. Gementarlah badanku dan lemahlah tulang sendiku. Maka aku akan kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggooda seorang manusia, pada setiap anggota badannya.
Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas solat, waswas, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang kepada pekerjaan dunia yang ditinggalnya, sentiasa hendak cepat habis solatnya, hilang khusyuknya- matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah iblis duduk di belakang badan orang yang bersembahyang itu supaya tidak kuasa sujud berlama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis solatnya, itu semua membawa kepada kurangnya pahala. Jika para iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman.


wallaualam..


gambar hiasan.

No comments:

Post a Comment