بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda:
"SESEORANG INSAN ADALAH TERIKUT-IKUT DENGAN ADAT KEBIASAAN SAHABATNYA MAKA HENDAKLAH KAMU MELIHAT DENGAN SIAPA KAMU BERSAHABAT."
-Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim

Thursday 18 July 2013

RAMADHAN YANG BAKAL DISIA-SIAKAN?


Aku dapat sumber ni daripada artikel yang ditinggalkan pada setiap kenderaan di kawasan masjid Sultahnah Badlisha UUM selepas solat tarawih tadi 18 Julai 2013 bersamaan 9 Ramadhan 1434H. Aku salin bulat-bulat tanpa mengubah atau menambah satu perkataan pon.. Artikelnya bergini:

Kaab bin Ujrah menceritakansuatu kisah menarik daripada Rasulullah s.a.w. dimana baginda bersabda:
"Hampiri mimbar!"

Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan: "Amin". Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan: "Amin". Bergitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga.

Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:

"Aku didatangi Jibril a.s. mengatakan kepadaku: Jauhlah (rugilah orang yang sempat ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan. Aku pun menyahut dengan berkata: "Amin" Ditangga kedua Jibril mengatakan: Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat keatasmu, aku pun menyahut: Amin. Ditangga yang ketiga Jibrail mengatakan: Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga. Aku pun mengatakan: Amin.

"Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan."

Apakah yang kita rasa? Maksud hadis ini menggetarkan perasaan dan menyentap jiwa, bukan?

Benar, kita hamba Allah, bukannya hamba ramadhan. Tetapi, tidak dapat dinafikan yang kita mengandakan amal kita sebanyak yang mungkin pada bulan ini. Sesuatu yang jarang berlaku disebelah bulan lainnya. Bulan ini seharusnya menjadi pencetus dan jalan kepada amalan-amalan kita pada masa hadapan. Ramadhan adalah satu "proses".

Proses apa yang saya maksudkan? proses mentarbiyah diri sendiri.

Jika dulu tidak pandang al-Quran, mukin kini sudah mula baca satu muka surat.
Jika dulu hanya sekadar membaca, mungkin kini sudah mula baca terjemahannya.
Jika dahulu hanya sekadar menunaikan solat wajib, mungkin kini sudah mula meendirikan yang sunat.

Dan proses itu terus berjalan dan berjalan. Yang penting, komitmen dan istiqamah. Itu yang payah , tapi usahalah untuk mencuba.

Apakah harapan kita pada ramadhan? Saya rasa ramai yang menginginkan pengampunan daripada Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengampun.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda; " Sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu."

Insya-Allah, sama-sama kita doakan.


No comments:

Post a Comment